StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Kek
  

  
 1.   Kek Ciffon
   2.    Kek Chocolate Traffer
   3.   
Kek Coklat Delight
   4.    Kek Coklat Epal Pecan
   5.    kek Coklat Gulung
   6
.    Kek Coklat Span
   7.    Kek Gula Hangus
   8.    Kek Impian Ratu
   9.    Kek Keju Swairl Coklat Kopi
   10.  Kek Keju Goteoux Coklat
   11.  Kek Kopi Aprikot Prun
   12.  Kek Kukus Buah - Buahan
   13.  Kek Lembut Strawberi
   14.  Kek Panca Warna

          lain
          kembali

 


Kek Ciffon

Bahan-Bahan:

7 biji telur ayam
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca baking powder
1 camca cream of tartar camca kecil garam
4 camca besar minyak mazola
6 camca besar air
camca kecil vanila serbuk
1 camca kecil warna bijian


Cara :
Pukul putih telur dgn gula hingga kembang. Ayak tepung dgn baking powder. Air & minyak dicampurkan sekali. Kuning telur dipukul dalam tempat lain. Kacau perlahan-lahan, masukkan vanila serbuk & garam. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung & air dengan cara berselang-selang hingga habis, selepas itu tuangkan adunan putih telur tadi. Panaskan acuan & tuangkanlah acuan tadi Bakar hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Chocolate Traffer


Bahan-Bahan:
200 gm gula
10 biji telur
80 gm mentega 150 gm tepung
50 gm serbuk coklat
200 gm coklat krim


Cara :
Gaul gula, mentega dan tepung hingga naik. Sambil itu, masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau. Kemudian gaul bersama coklat. Bakar dalam ketuhar hingga kek masak. Kemudian tuangkan krim coklat keliling kek dan bakar lebih kurang 10 minit lagi. Kemudian hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Coklat Delight

Bahan-Bahan:
85 gm coklat masakan
2 camca sedang air
5 biji telur ayam
110 gm gula halus
55 gm mentega cair
110 gm tepung Superfine
1 camca teh parutan kulit limau
camca teh serbuk penaik
camca teh esen vanila Bahan-bahan Frosting Coklat:
170 gm coklat masak
230 gm krim putar
2 camca sedang gula aising
2 camca sedang minyak jagung


Cara:
Panaskan coklat dan masukkan air. Kacau hingga coklat hancur. Sejukkan. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sambil dikacau hingga pekat. Masukkan tepung, parutan kulit limau, mentega cair dan coklat cair. Kacau rata. Bahagi adunan dua bahagian. Bakar di dalam acuan bulat beralas kertas berukuran 17.78 sm yang dilengser sedikit mentega. Sejukkan. Sapu frosting coklat di atas kek dan hias mengikut suka.

Cara membuat Frosting Coklat:
Coklat dimasak bersama minyak jagung hingga cair. Krim putar dipukul hingga pekat. Masukkan gula aising dan coklat cair. Kacau hingga pekat.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Coklat Epal Pecan
 

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung naik sendiri
cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul) cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut)
1/3 cawan kacang pecan


Cara:
Sapu acuan kek empat segi dengan mentega. Panaskan ketuhar pada 180C. Masukkan tepung, gula dan koko ke dalam acuan. Kacau rata. Masukkan telur dan minyak. Pukul adunan hingga sebati. Campurkan epal parut dan kacang pecan. Pukul lagi. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Coklat Gulung


Bahan-Bahan:

300 gm tepung berserbuk penaik
160 gm gula
2 camca besar coklat emulco 5 biji telur ayam
Sedikit jem atau krim segar


Cara :
Putar gula dengan telur hingga kembang dan putih. Masukkan coklat emulco dan putar lagi. Ayak tepung sedikit-sedikit ke dalam adunan telur tadi. Kacau perlahan-lahan hingga rata. Sediakan loyang empat segi yang beralaskan kertas minyak dan berlengser sedikit marjerin. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak. Setelah sejuk tanggalkan kertas minyak tadi dan alaskan dengan kertas minyak yang baru. Sapukan jem atau krim segar rata-rata dan gulung kemas-kemas.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Coklat Span


Bahan-Bahan:
4 butir telur
100 gm gula
80 gm tepung 50 gm mentega
30 gm coklat cair
1 sudu teh serbuk penaik


Cara :
Putar gula dan telur sehingga kembang dan gebu. Masukkan coklat dan putar lagi sehingga adunan mesra. Masukkan tepung dan serbuk penaik dan kaup perlahan-lahan supaya adunan sebati. Masukkan coklat cair dan gaul lagi. Masukkan adunan ke dalam bekas dan panaskan ketuhar sehingga 220 darjah Celsius. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:

2 cawan gula halus
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur 2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega


Cara :
Panaskan gula halus hingga menjadi hangus. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan. Masukkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Impian Ratu

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
180 gm gula kastor
cawan ceri merah, dipotong kecil
50 gm kelapa kering 4 biji telur
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
cawan susu cair


Cara :
Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga rata. Masukkan ceri dan kelapa, kacau adunan secara kaup balik. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan, lakukan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan susu cair, lakukan proses kaup balik hingga adunan sekata. Bakar selama 30 minit pada suhu 150 darjah. Setelah sejuk, balut kek dengan fondant aising. Hias mengikut suka.

 

Kembali ke atas...


 


Kek Keju Swairl Coklat Kopi

Bahan-Bahan:
1 bungkus water coklat
6 camca besar mentega (dicairkan)
cawan krim putar
170 gm coklat separuh manis (dicincang halus)
2 camca besar serbuk kopi segera 1 camca besar air panas
3 ketul krim keju
250 gm kopi segera
1 cawan gula halus
3 biji telur
cawan mentega yang dicairkan, disejukkan di dalam peti sejuk


Cara :
Ramas water coklat hingga halus & gaul bersama mentega cair hingga sebati. Tekapkan adunan pada dasar acuan springform berukuran 22.86 cm lebar. Panaskan krim putar bersama coklat cincang di atas api sederhana hingga coklat cair. Ketepikan. Larutkan kopi segera dengan air panas. ketepikan.Putar krim keju bersama gula hingga sebati dan kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar hingga rata.

 

Kembali ke atas...


 


Kek Keju Gateoux Coklat

Bahan-Bahan:
4 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
5 biji kuning telur - bahan gateoux 200 gm gula - bahan gateoux
500 gm krim keju - bahan gateoux
500 ml krim putar - bahan gateoux
10 gm serbuk agar-agar - bahan gateoux
100 ml air - bahan gateoux


Cara :
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit ketika pengadun masih berputar. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit. Sementara menanti adunan masak sediakan gateoux. Pukul telur dan gula hingga kembang sedikit. Masukkan krim keju dan gaul lagi. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Bancuh serbuk agar-agar bersama air hingga larut, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati. Setelah adunan kek masak, keluarkan dan terap menggunakan acuan bulat, buatlah tiga atau empat tekapan. Di dalam acuan susun kek diselang-selikan dengan gateoux hingga habis. Sejukkan.

 

Kembali ke atas...


 


Kek Kopi Aprikot Prun

Bahan-Bahan:

2/3 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan susu cair
cawan mentega, dicairkan
1 cawan aprikot kering, direndam sejam di dalam air panas, disejat dan dicincang kasar
1 cawan prun, dicincang kasar Bahan digaul bersama:
1 cawan gula perang
1 camca teh serbuk kayu manis
cawan walnut

Bahan diayak bersama:
2 cawan tepung serba guna
1 camca sedang serbuk penaik
camca teh garam


Cara :
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega. Pukul gula bersama telur, susu dan mentega hingga sebati. Gaul bahan-bahan diayak bersama dengan aprikot dan prun. Masukkan sebahagian adunan ke dalam acuan dan tabur bahan-bahan digaul bersama ke atasnya. Kemudian tuang sebahagian lagi adunan dan taburkan bahan-bahan diayak bersama. Bakar 50 minit atau hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 


Kek Kukus Buah-buahan


Bahan-Bahan:
350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur 400 gm mentega
tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila


Cara :
Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata. Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Lembut Strawberi

Bahan-Bahan:
250 gm mentega cair
180 gm tepung jagung
250 gm tepung gandum
250 gula halus
20 biji kuning telur (telah disejukkan) 7 biji putih telur
30 ml air
1 camca sederhana emulsifier
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil esen strawberi


Cara :
Putar putih telur, kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, gula, air, emulsifier, serbuk penaik dan esen strawberi hingga kembang dan pekat dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi dengan kelajuan minima hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan kek tadi. Bakarlah hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Kek Panca Warna


Bahan-Bahan:

10 biji telur ayam
1 tin mentega(16ozs)
1 tin susu manis
1 tin kaya(sedang besar)
1 botol horlicks(kecil)
tin coco biji 1 gelas gula halus
1 sudu teh vanila
1 sudu teh baking powder
1 gelas tepung gandum
tahil agar diberi warna merah


Cara:
Mentega dipukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, susu, kaya, vanila, baking powder, horlicks & tepung, kacau rata-rata. Kemudian bagi 2.1 beri warna kuning masuk coco yg hijau masuk dengan agar-agar yang sudah diwarna. Kemudian kukus mengikut suka buatlah sampai habis lapisnya hingga masak.

 

Kembali ke atas...