StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Kuih
 

 
 1.     Apam Pisang
  2.     Bakar Jagung
  3.     Baulu
  4.     Belebab
  5.     Bingka Kemboja
  6.     Bingka Saujana
  7.     Buah Melaka
  8.     Buah Tanjung
  9.     Cakar Ayam Keledek
  10.   Candy Bebola Kelapa
  11.   Cucur Badak
  12.   Cucur Pendaram
  13.   Cucur Kodok
  14.   Cucur Kacang Dal Berudang
  15.   Cucur Pisang
  16.   Cucur Udang Berjagung
  17.   Jala Emas Raja
  18.   Jemput-Jemput Pisang
  19.   Karipap Daging
  20.   Kuih Buah Bidara
  21.   Kuih Kasturi
  22.   Kuih Cara Manis
  23.   Kuih Ketayap
  24.   Kuih Koci
  25.   Kuih Lopeh
  26.   Kuih Lompang
  27.   Lempeng Pisang
  28.   Murtabak Berinti
  29.   
Keria
     

          kembali


Apam Pisang

Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam


Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

 

Kembali ke atas...


 



Bakar Jagung

Bahan-Bahan:
230 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
10 gm gula 330 ml air
300 ml santan
2 gm pewarna kuning


Cara:
Gaulkan kesemua bahan sehingga semuanya mesra dan sebati.
Masukkan ke dalam bekas dan bakar dalam ketuhar 180 darjah Celcius sehingga ia masak.

 

Kembali ke atas...


 



Baulu

Bahan-Bahan:
10 biji telur
600 gm tepung gandum
300 gm gula Sedikit minyak (untuk sapuan pada acuan)
Acuan baulu cermai


Cara:
Pukul telur dan gula hingga naik. Setelah itu ambil semangkuk adunan telur dan campurkan tepung sedikit-sedikit dahulu. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan acuan dengan menyalakan bara api di atas dan bawah acuan. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang sesudu adunan bagi setiap acuan. Jangan terlalu penuh. Tutup acuan. Pastikan api tidak terlalu panas. Bakar hingga kekuningan. Angkat acuan dan keluarkan kuih.
 

Kembali ke atas...


 



Belebab
 

Bahan-Bahan
4 cawan tepung beras
cawan gula 2 biji kelapa (ambil 2 cawan pati santan)
2 biji keledek (dipotong kecil dan rebus)


Cara:
Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan.
Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak.
Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Bingka Kemboja


Bahan-Bahan:
600 gm
3 biji telur
3 cawan gula pasir
6 cawan santan (diambil daripada 1
biji kelapa)
cawan jus pandan 1 tin jagung kasar
Sedikit garam
Sedikit minyak


Cara:
Pukul gula dengan telur hingga hancur. Tos jagung dan ambil airnya. Masukkan santan, jus pandan, air jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan adun sehingga sebati. Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian bolehlah dibakar. Setelah bingka setengah masak, angkat sebentar dan taburkan jagung tadi rata-rata. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
 

Kembali ke atas...


 




Bingka Saujana


Bahan-Bahan:
250 gm suji
250 gm mentega
300 gm gula pasir
1000 cc air
2 helai daun pandan, diambil airnya sahaja
5 biji telur 200 cc susu cair
200 cc susu pekat
50 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanila
camca teh garam
Sedikit pewarna mengikut suka


Cara:

Kacau telur bersama gula hingga sebati. Masukkan suji, susu cair, susu pekat, daun pandan, garam, air dan pewarna. Kacau di atas api hingga pekat. Angkat dan masukkan mentega, tepung dan esen vanila. Kacau lagi hingga rata. Tuang ke dalam acuan beralas kertas timah berlengser sedikit mentega. Bakar sejam atau hingga masak pada suhu 200'C.

 

Kembali ke atas...


 



Buah Melaka


Bahan-Bahan:
sudu gula pasir
keping gula melaka
90 gm tepung beras pulut
1 sudu air pandan, pewarna hijau Sedikit garam
8 helai daun pisang, untuk bakul
3 sudu kelapa parut, dibuang kulit airnya


Cara:
Sediakan inti dan kelapa: Campurkan gula dan gula melaka yang direcik. Campurkan secubit garam ke dalam kelapa untuk disadur. Sediakan air untuk merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan doh yang kental. Gulungkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej yang panjang dengan diameter setebal 12mm dan potong kecil-kecil. Sediakan kuih: Golekkan tiap-tiap satu bahagian supaya bulat, buatkan lubang dan masukkan gula ke dalamnya. Tutupkan inti gula itu bentukkan bulatan itu semula. Masukkan dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram. Hidangkan dalam kelongsong, baluk atau dalam pinggan kuih.
Cadangan Hidangan:
4 orang (8 kelongsong yang mengandungi 3-4 biji).

 

Kembali ke atas...


 



Buah Tanjung

Bahan-Bahan:
10 biji telur itik
1 kg gula pasir
250 g tepung pulut 100 g tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih


Cara:
Pukul merah telur hingga kembang. Campur tepung beras dengan tepung pulut dan goreng tanpa minyak. Angkat dan sejukkan. Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat. Sediakan sebiji mangkuk masukkan telur dan sedikit tepung beras. Uli dengan tiga jari dan bentukkan seperti buah tanjung. Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah boleh diangkat.

 

Kembali ke atas...


 



Cakar Ayam Keledek

Bahan-Bahan:

1 kg ubi keledek
1 kg gula merah
1 kg minyak masak Sedikit air
Sedikit garam


Cara:

Keledek dikupas kulit dan dicuci bersih. Sagat keledek ini hingga halus. Ketepikan. Satukan gula merah, sedikit air dan garam halus. Masak hingga pekat. Ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian goreng keledek yang disagat tadi hingga garing. Angkat dan toskan. Masukkan keledek ke dalam air gula merah tadi dan masak dengan api yang perlahan. Pastikan gulanya disira hingga rata. Ketika panas, tekan keledek ini ke dalam acuan bulat. Buat hingga habis. Apabila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Kembali ke atas...


 



Candy Bebola Kelapa


Bahan-Bahan:
2/3 cawan susu pekat
1 biji kuning kuning
2 sudu besar mentega
1 cawan padat kelapa parut 3 sudu besar kacang tanah bakar, yang ditumbuk halus
Beberapa titis pewarna makanan merah dan hijau


Cara:
Gaulkan kelapa parut, susu pekat, kuning telur dan mentega. Masak hingga pekat dengan api yang sederhana, kacau berterusan untuk mengelakkannya hangus. Masukkan pewarna makanan sambil kacau. Angkat periuk dari dapur dan sejukkan. Bentukkan candy ke bentuk bebola kecil. Golek setiap bebola dalam kacang yang ditumbuk halus, jika digunakan untuk menyadur rata bebola candy. Simpan di dalam bekas kedap udara sehingga sedia dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Cucur Badak


Bahan-Bahan:
600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya

Bahan inti:
biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
sudu teh ketumbar
sudu teh jintan manis
sudu teh jintan putih
sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air


Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 




Cucur Pendaram

Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
600 gm gula merah Minyak untuk menggoreng


Cara:

Masak gula dengan air hingga pekat (anggaran satu mangkuk) dan tapis. Bila air gula masih panas, tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Simpan adunan kira-kira sejam. Ambil sedikit-sedikit dan bentukkan bulat-bulat seperti roda. Setelah itu, goreng di dalam kuali minyak panas sehingga nampak kekuningan.

 

Kembali ke atas...


 



Cucur Kodok

Bahan-Bahan:
1 sikat pisang emas
300 gm tepung gandum 1 biji telur ayam
minyak masak


Cara:

Pisang dilenyek sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan. Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng sehingga kuning tua. Setelah masak bolehlah diangkat dan dituskan minyaknya.
 

Kembali ke atas...


 



Cucur Kacang Dal Berudang


Bahan-Bahan:
2 mangkuk tepung beras
1 cawan kacang dal
150 gm udang hidup halus dan dibuang kepala
sudu teh kunyit serbuk
Sedikit kapur sirih
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan untuk pencicah:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar cili giling
sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 senduk cuka
senduk air panas


Cara:

Kacang dal direbus hingga empuk. Udang dibersihkan. Tepung beras dibancuh dengan 1 gelas air, kunyit serta garam dan jadikannya seperti tepung menggoreng pisang. Kemudian masukkan kacang dal dan udang dan gaulkan hingga rata. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkanlah satu persatu hingga garing. Kemudian angkat. Bawang putih, cili giling, garam dan gula masukkan dalam satu mangkuk. Kemudian dibancuh dengan 1/2 senduk air panas. Kacaukan hingga gula hancur. Kemudian masukkan cuka dan kacau lagi hingga sebati.

 

Kembali ke atas...


 



Cucur Pisang


Bahan-Bahan:
250 gm pisang
40 gm gula
20 gm kelapa parut kering
1 biji telur 125 gm tepung kek
4 gm serbuk penaik
3 gm baking soda


Cara:
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan masukkan ke dalam bekas.
Bakar di dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
Sebagai hiasan, hiris sedikit pisang dan letakkan di atas kuih sebelum menghidang.

 

Kembali ke atas...


 



Cucur Udang Berjagung

Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 tin krim jagung
300 gm udang
5 tangkai daun kucai, dipotong kasar-kasar
100 gm tauge 2 biji telur
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk penaik
1 labu bawang besar, dihiris bulat
Air dan garam secukupnya


Cara:
Satukan serbuk kunyit, telur, garam, serbuk penaik, bawang besar, tepung gandum dan air. Bancuh hingga sebati.
Masukkan udang, tauge, krim jagung dan daun kucai. Gaul rata.
Panaskan minyak. Goreng hingga kuning.


 

Kembali ke atas...


 



Jala Emas Raja


Bahan-Bahan:
10 biji merah telur itik
2 biji merah telur ayam
1 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan


Cara:

Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang. Masak gula bersama 2 cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula. (Cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya). Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.

 

Kembali ke atas...


 



Jemput-Jemput Pisang


Bahan-Bahan:
30 gm gula
60 gm tepung gandum(diayak)
4 biji pisang emas yang besar Sedikit garam
baking powder
kuali minyak untuk menggoreng


Cara:

Sediakan buah: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula & tepung gandum & kacau rata-rata. Persediaan untuk menggoreng: Panaskan anggaran 1/2 kuali minyak. Ronyokkan sehelai kertas serap minyak & bentangkan diatas pinggan. Masak Kuih: Cedok adunan dengan sudu basah & masukkan ke dalam minyak yang panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk membulatnya. Goreng hingga kuning, sambil membalik-baliknya perlahan-lahan dengan belakang sudip berlubang. (Ini menjadikan kuih itu berbentuk bulat). Tuskan hingga kering & hidangkan dalam pinggan kuih.
Cadangan Hidangan:
4 orang (12 ketul)


 

Kembali ke atas...


 



Karipap Daging

Bahan-Bahan:


Bahan Inti :

1 kg kentang - dipotong dadu
600 gm bawang besar - dipotong dadu
800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sd besar jintan manis
1 paket serbuk kari
cawan minyak
1 batang besar kulit kayu manis
3 sd besar gula
1 sd besar garam
sd teh msg
700 ml air

Doh Karipap :

1 kg tepung gandum - diayak
1 sd besar garam
buku (188gm) lepa susu `Farmcows'
2 biji telur
1 cawan ais
500 ml air
Minyak untuk menggoreng
Secukup tepung untuk mencanai


Cara:


Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.

Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan.
Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Kuih Buah Bidara

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
Inti kelapa secukupnya
2 cawan isi keledek, dilecek
biji kelapa putih, diparut Bahan-bahan inti:
cawan gula merah
cawan gula putih
2 cawan kelapa parut muda
2 atau 3 sudu makan tepung gandum dan daun pandan


Cara:

Gaul keledek dengan tepung hingga rata. Kemudian bulat-bulatkannya seperti membuat buah melaka. Isilah inti kelapa di dalamnya dan rebus sehingga ia timbul dan angkat. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut. Untuk menghasilkan inti, gaul kesemua Bahan-bahan inti dan jeranglah hingga masak.
 

Kembali ke atas...


 



Kuih Kasturi


Bahan-Bahan:
90 gula
600 ml air
125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam 60 gm gula melaka
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng

Bahan Sadur:
3 camca tepung beras
camca garam
Secubit kapur
Air sejuk


Cara:
Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air. Didihkan selama 30-40 minit, hingga menjadi sangat kembang. Masukkan gula, gula melaka & daun pandan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut. Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk. Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Bentukkan tiap-tiap satu dengan kemas supaya menjadi bulat & leper.

Untuk menyediakan bahan sadur:

Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur
untuk memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap. Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga garing & coklat keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Kuih Cara Manis

Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
biji kelapa
4 helai daun pandan garam
gula
majerin
acuan baulu


Cara:
Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Kuih Ketayap


Bahan-Bahan:


Bahan inti:
150 gm gula merah
cawan air
biji kelapa parut
garam
daun pandan 1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan


Cara:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Kuih Koci

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (setengah mangkuk
santan dimasak hingga pecah minyak)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya Inti:
1 biji kelapa parut
cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan


Cara:
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.


 

Kembali ke atas...


 



Kuih Lopeh

Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam. Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
cawan gula putih dimasak dengan 2 cawan air
1 helai daun pandan dan sedikit jintan manis
Gula larut tapis


Cara:
Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air. Tapis beras pulut dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang. Letakkan sepuluh sudu makan adunan pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama 30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut.

 

Kembali ke atas...


 



Kuih Lompang

Bahan-Bahan:
biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
cawan tepung ubi Sedikit kapur
cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat


Cara:
Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.

 

Kembali ke atas...


 



Lempeng Pisang

Bahan-Bahan:
2 sisir pisang masak
1 sudu teh baking powder
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit margerin 2 biji telur
300 gm tepung gandum
Sedikit susu pekat


Cara:

Pisang dilenyek kemudian masukkan tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.
Masukkan pula telur,susu dan gula secukupnya. Gaulkan kesemuanya hingga sebati.
Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit marjerin di atas api yang sederhana.
Masukkan adunan anggaran sesenduk besar dan ratakan.
Bila sebelah bawahnya telah masak balikkan sebelahnya pula.

 

Kembali ke atas...


 




Murtabak Berinti

Bahan-Bahan:
70 g oat segera
50 g udang ]
3 biji bawang besar ] dicincang
1 biji lobak merah ] 1 sudu besar rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popiah secukupnya
Minyak masak


Cara:
Tumiskan bawang besar hingga layu. Masukkan rempah dan masak hingga garing. Kemudian masukkan lobak merah, udang, garam dan gula pasir. Apabila lobak empuk, masukkan oat dan gaulkan hingga sebati. Bubuhkan inti di atas sekeping kulit popia. Lipat bentuk segitiga. Goreng kuih ini dalam minyak yang hingga garing. Toskan.
 

Kembali ke atas...


 



Keria


Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air 5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya


Cara:
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk putih, padamkan api.
 

Kembali ke atas...