StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Minuman

 1.     ABC Mangga
 2.     Air Barli Berlimau
 3.     Air Buah-Buahan
 4.     Air Fanta
 5.     Air Halia
 6.     Air Dwilobak
 7.     Air Bandung Istimewa
 8.     Air Koko
 9.     Air Laici Istimewa
 10.   Air Limau Berermpah Ratus
 11.   Air Nanas
 12.   Air Pegaga Limau
 13.   Air Susu Kacang Soya
 14.   Air Tembikai
 15.   Ais Krim Coklat Dengan Sos Vanila Pudina
 16.   Banana Milk Shake
 17.   Beatiful Feeling Drink
 18.   Berpati Sayuran
 19.   Berry Treasure
 20.   Cenderawasih
 21.   Coconut Shake
 22.   Ceri Lemon
 23.   Coklat Calypso
     

         kembali


ABC Mangga

Bahan-Bahan:
200 gm isi mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yg telah direbus
50 gm kismis/sultanas


Cara:
Masukkan isi mangga,susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur. Sejukkan di dlm peti sejuk.Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah & satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. Tuangkan air mangga sama banyak ke dlm setiap gelas.

 

Kembali ke atas...


 



Air Barli Berlimau

Bahan-Bahan:
30 gm barli
500 ml air
biji limau sederhana besar
30 gm gula secukup rasa Hiasan:
biji ceri
1 tangkai daun pudina


Cara:
Basuh & rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air. Apabila mendidih, kecilkan api & biarkan barli merenih hingga air kelihatan keruh. perh limau & buangkan bijinya ke dalam cawan. Tapis air barli ke dalam mangkuk yang berisi gula & kacau. Biarkan ia sejuk. Apabila air barli itu telah sejuk, masukkan air limau yang diperah tadi. Sejukkan di dalam peti ais. Campurkan air barli berlimau itu dengan air untuk mendapatkan 500 ml & hidangkan sejuk / suam dengan ceri & daun pudina.

 

Kembali ke atas...


 



Air Buah-Buahan

Bahan-Bahan:
1 biji buah tembikai
1 biji nenas
1 biji betik 1 biji belimbing besi
Air gula secukupnya


Cara:
Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah mangkuk dan tuangkan air gula kacau rata-rata. Sejukkan.

 

Kembali ke atas...


 


Air Fanta

Bahan-Bahan:
1 botol perisa banana star brand
1 botol perisa oren star brand
2-4 sudu atau mengikut kesesuaian warna perisa epal starbrand (hijau)
3 kg gula
1 botol air


Cara:
Masak air sehingga mendidih.
Masukkan kesemua perisa. Akhir sekali masukkan gula.
Kacau sehingga larut dengan menggunakan api sederhana.
 

Kembali ke atas...


 



Air Halia

Bahan-Bahan:
10 - 12 keping besar halia
1 cawan gula pasir
4 cawan air 3 helai daun pandan
2 cm x 4 cm kulit kayu manis
3 sudu teh jintan manis


Cara:
Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Tapis air halia ke dalam jag dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Air Dwilobak

Bahan-Bahan:
1 butang lobak merah
batang lobak putih
1 cawan air
2 camca besar madu 1 biji limau nipis (diperah airnya)
1 cawan soda ais krim
6 ketul ais


Cara:
Kisar lobak merah & lobak putih bersama air hingga hancur. Masukkan bahan-bahan lain & kisar lagi hingga sebati. Selain enak, Minuman ini juga berkhasiat.
 

Kembali ke atas...


 


Air Bandung Istimewa

Bahan-Bahan:
1 liter air
tin susu cair
1 botol Sprite/7-Up
biji epal 50 gm tembikai
1 camca teh selasih
Sirap secukupnya


Cara:
Rendam selasih 5 minit. Epal yang dikupas kulitnya dan tembikai dipotong dadu kecil-kecil. Satukan air, sirap, susu dan Sprite/7-Up. Kacau rata. Kemudian campurkan buah-buahan dan selasih. Kacau hingga rata.
 

Kembali ke atas...


 


Air Koko

Bahan-Bahan:
4 camca teh penuh koko
1 liter susu Gula dalam mangkuk


Cara:
Campurkan sebatian koko dengan 6 camca besar susu. Jerangkan susu selebihnya dalam periuk yang sudah dibasahkan. Apabila susu mendidih, tuangkan ke dalam bekas berisi koko dan kacau.Bilas periuk kemudian tuangkan bancuhan koko ke dalam periuk dan jerang semula.Masak hingga mendidih supaya masak kanjinya. Biarkan merenih selama 1-2 minit. Tuangkan ke dalam jag tembikar yang sudah dipanaskan dan hidangkan dengan gula.
 

Kembali ke atas...


 


Air Laici Special

Bahan-Bahan:
4 biji laici
1 gelas susu segar
Gula secukup rasa


Cara:
Kisarkan semua bahan-bahan tadi.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama-sama ais dan kalu mahu lebih rasa, masukkan buah laici dalam minuman tersebut.
 

Kembali ke atas...


 



Air Limau Berempah Ratus

Bahan-Bahan:
500 ml air panas
3 uncang teh buah kismis hitam
12 biji cengkih
1 biji limau
2 biji limau nipis, kulitnya dibuang dan diperah airnya 2 camca teh serbuk pala
2-4 camca besar gula
2 x 4 cm kulit kayu manis
2 camca besar madu


Cara:
Tuang air panas dan masukkan uncang teh ke dalam periuk besar. Cucuk cengkih pada limau, masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan lain. Masak campuran teh menggunakan api perlahan, kacau sekali-sekala hingga gula larut. Tapis teh ke dalam mangkuk panc dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Air Nanas

Bahan-Bahan:

1 biji nanas yang kecil
1 biji limau nipis
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)
875 ml air sejuk
Ketul-ketul ais Hiasan:
Hirisan nanas / kiub nanas
daun pudina
1 biji ceri (jika suka)


Cara:
Sediakan sirap. Bubuh gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas mendidih ke dalamnya. kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Kupas nanas & potong sehiris untuk hiasan. Parut nanas & perahkan airnya. Belah limau & perah airnya & campurkan dengan air nanas. Tapiskan air nanas & sirap ke dalam jag.
Tambahkan 875 ml air sejuk. Sejukkan minuman itu di dalam peti ais. Hidangkan

 

Kembali ke atas...


 



Air Pegaga Limau

Bahan-Bahan:

Pegaga
Gula
Secubit Garam
Asam Limau
Ais


Cara:
1. Pegaga dimesin bersama air secukupnya.
2. Tapiskan pegaga tadi. Masukkan gula dan garam tadi.Kacau
3. Perahkan sedikit asam limau dan masukkan ais.
 

 

Kembali ke atas...


 


Air Susu Kacang Soya

Bahan-Bahan:
150 gm kacang soya (dicuci & direndam selama satu malam)
750 ml air & 500 ml air 185 gm gula pasir ( gula batu jika suka)
2 helai daun pandan


Cara:
Menyedia kacang soya. Cuci, tos & hancurkan kacang soya bersama-sama dengan 750 ml air dalam penghancur (blender) hingga halus. (Bahagikan dalam 3 / 4 bahagian jika penghancur itu terlalu kecil)/ Cuci, tos & tumbukkan kacang soya itu hingga lumat. (air 750 ml ditambah ke dalam periuk semasa merebus). Menyedia susu kacang soya. Masukkan kacang soya yang hancur dalam sebuah periuk & tambahkan 500 ml air serta daun pandan yang disimpulkan. Masak hingga mendidih & biarkan mendidih perlahan-lahan lebih kurang 20 minit. Tapiskan campuran secara teliti dengan menggunakan sehelai kain maslin. Tuang semula susu kacang soya ke dalam periuk & masukkan gula kemudian rebuskan semula hingga gula larut. Cairkan mengikut rasa & hidangkan sejuk / suam.

 

Kembali ke atas...


 



Air Tembikai

Bahan-Bahan:
biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk Hiasan:
Daun pudina
cawan isi tembikai yang dipotong dadu


Cara:
Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas. Kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Cuci & potong sehiris untuk dipotong dadu (hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar & masukkan ke dalam mangkuk adunan. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. Perah limau. Tapis sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di dalam peti ais. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk masukkan hiasan ini serta daun pudina & hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Ais Krim Coklat Dengan Sos Vanila Pudina

Bahan-Bahan:
100 ml susu segar
50 gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila 3 helai daun pudina
200 gm ais krim perisa coklat


Cara:
Satukan susu segar dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga gula larut. Masukkan telur, esen vanila dan daun pudina. Letakkan mangkuk di atas air mendidih (double boiler) dan kacau hingga sos pekat. Masukkan ais krim di dalam pinggan atau mangkuk dan tuang sos di atasnya. Hias dengan buah-buahan koktel dan hidangkan segera.

 

Kembali ke atas...


 


Banana Milk Shake

Bahan-Bahan:

2 biji pisang emas
1 gelas susu
Gula
Sedikit perisa vanilla


Cara:
Kesemua bahan tersebut dikisar dengan mesin pengisar. Tuang ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais. Hidangkan

 

Kembali ke atas...


 



Beautiful Feeling Drink

Bahan-Bahan:
1 auns galaino (jika suka)
1 auns tritle sep (jika suka)
3 auns air perahan mempelam 3 auns air perahan oren
3 auns sirap secukup rasa


Cara:
Campurkan semua bahan dan hidangkan dalam gelas.

 

Kembali ke atas...


 



Berpati Sayuran

Bahan-Bahan:
225 ml perahan limau (oren di dalam kotak)
250 ml tomato berkaleng
1 kaleng pati sayuran V8
camca teh esen pudina Hirisan kulit limau
Secubit garam
Daun pudina untuk hiasan


Cara:
Kacau perahan limau, tomato, pati sayuran dan esen pudina di dalam jag. Masukkan hirisan kulit limau dan garam. Sejukkan sejam di dalam peti sejuk sebelum dituangkan ke dalam gelas untuk dihidangkan. Keluarkan dahulu hirisan kulit limau sebelum dihidangkan.
 

Kembali ke atas...


 




Berry'd Treasure

Bahan-Bahan:


Bahan Kisar


Buah Blue Berry 60g
Buah Pisang Emas 50g
Gula 40g
Air 80ml
Ice 3 Cawan
Vanilla Powder 180 gram (with sugar added)
Sweadish Berry Tea ( boleh Dibeli di Coffee Bean atau kedai menjual teh)

Cara:
Campurkan Ice kedalam Pengisar kemudian masukkan bahan yang telah di kisar. lalu di tambahkan vanilla powder dan sweadish berry tea, lalu dikisar hingga 1 - 1 1/2 minit.
Cadangan Hidangan:
Dimasukkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream

 

Kembali ke atas...


 



Cenderawasih


Bahan-Bahan:
2 biji buah laici
10 ml buah markisa
60 ml perahan jambu batu 10 ml perahan anggur
5 ml kordial limau


Cara:
Campur semua bahan ke dalam pengisar jus dan tuangkan ke dalam gelas yang sesuai. Hiaskan.

 

Kembali ke atas...


 



Coconut Shake

Bahan-Bahan:
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila Hiasan atas:
1 scop aiskrim vanila


Cara:
Santan kelapa dan aiskrim vanila dikisar menggunakan blander sehingga berbuih. Tuangkan di dalam cawan hidangan. Letakkan aiskrim vanila ke atasnya sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan. Campurkan ais untuk melazatkan hidangan.

 

Kembali ke atas...


 


Ceri Lemon

Bahan-Bahan:
3 biji ceri hijau
1 gelas air suam
biji lemon Air gula secukup rasa
1 camca sedang perasa raspberi
ais batu


Cara:
Masukkan ceri ke dalam gelas. Perahkan lemon. Masukkan air gula, perasa raspberi dan air suam. Kacau rata. Masukkan ketul air batu baru dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 


Coklat Calypso

Bahan-Bahan:
1 cawan susu perasa coklat
2 sudu besar ais krim (perasa coklat atau vanila) 2 sudu besar air sirap gula


Cara:
Masukkan ais krim serta susu perasa coklat tadi ke dalam blender. Kisar hingga semuanya sebati kemudian masukkan air gula. Kacau rata-rata. Tuangkan kedalam gelas dan hidangkan

 

Kembali ke atas...