StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Nasi

 1.    Beriani Kurma Daging
 2.    Beriani Tumis
 3.   
Beriani Balognese
 4.    Khudhar
 5.    Nasi Ayam Hailam
 6
.    Nasi Ayam
 7.    Nasi Daging
 8.    Nasi Goreng Sayuran
 9.    Nasi Minyak
 10. 
Nasi Paprik
 11.  Nasi Tomato
     

       lain
       kembali
 


 

Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga


Cara:
Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

 

Kembali ke atas...


 


Beriani Tumis

Bahan-Bahan:
1 kg beras beriani
RM1 biji gajus, digoreng
6 biji jagung muda, dikerat 3
8 biji tomato, dibelah 6 dan dibahagi 2
1 tin besar susu cair
250 gm minyak sapi
5 camca sedang serbuk rempah beriani
Garam secukupnya
Air mengikut banyak beras

Bahan-bahan digiling:

10 biji bawang merah 6 ulas bawang putih
5 sm halia

Bahan-bahan tumis:

5 sm kulit kayu manis
5 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan hiasan:
Sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun bawang untuk tabur.


Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Tumis hingga wangi. Masukkan bahan giling dan rempah beriani. Kacau rata hingga garing. Masukkan setengah bahagian tomato, air dan garam. Biar mendidih barulah masukkan susu dan beras. Kacau hingga rata. Tanak hingga hampir kering. Masukkan sebahagian lagi jagung dan gajus. Kacau rata. Kecilkan api dan biar nasi betul-betul masak. Ketika menghidang tabur bawang goreng, daun pudina dan daun bawang.

 

Kembali ke atas...


 




Beriani Bolognese

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
camca teh oregano
1 camca teh puri tomato
50 ml air panas
1 ketul pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya 300 gm beras Basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
100 gm isi ayam, dicincang
1 batang saderi, dicincang
25 gm cendawan butang (berkaleng), dicincang


Cara:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Khudhar (Masakan Arab)

Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur (1 jag blender sja.)
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - di goreng 5 minit
garam secukup rasa

Cara:
Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna.

Tambahan:
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.



 

Kembali ke atas...


 


Nasi Ayam Hailam

Bahan-Bahan

1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad

Bahan-Bahan(a)
(Digiling)
2 inci halia
1/2 labu bawang putih

Cara:
1.Gaulkan bahan(a) bersama ayam,sos tiram,kicap pekat dan garam. Perap selama 4 jam. Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak. Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pd ayam. Kemudian ayam digoreng.
2. Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
3.Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
 

Kembali ke atas...


 


Nasi Ayam

Bahan-Bahan


3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihirs
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis

Cara

1. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning. Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan. Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lenih kurang 1/2 inci dr paras beras) Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.

Sambal

Bahan

5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air, garam, gula dan bahan perasa.
Cara membuat sambal cili Blend kesemua bhn dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Daging

Bahan-Bahan


1 kg beras basmathi--basuh dan toskan
1 kg daging--dipotong kecil
1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan rempah kurma dicampurkan sedikit air
2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia diketuk
Sedikit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

(Sup)
1 liter air
2 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 bungkus sup bunjut 2 cm halia
garam

(Air asam)
2 biji cili merah dihiris nipis
10 biji cili padi dihiris
2 biji bawang besar dipotong dadu
Secawan air asam jawa
3 biji cili besar ditumbuk dengan sedikit belacan dan garam.

Cara :

1. Rebus daging dlm air yg banyak sehingga lembut. Masukkan garam secukup rase dan masaklah sehingga daging empuk. Asingkan daging sementara air rebusan dibahagi 2 untuk sup dan nasi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis sampai wangi. Masukkan rempah kurma. Goreng sehingga hilang bau rempah.
3. Masukkan air rebusan daging sama banyak dgn sukatan beras. Masukkan halia dan sebungkus sup bunjut. Didihkan.
4.Masukkan beras ,daging rebus dan biarkan sehingga masak.
5 Bagi sup pula, masukkan semua bahan sup ke dlm lebihan air rebusan daging dan dididihkan.
6.Cara membuat air asam, campurkan semua bahan di atas. Gaulkan sehingga sebati.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Goreng Sayuran

Bahan-Bahan


800 g nasi putih
1 sudu besar kismis
12 biji buah prune tanpa biji
75 batang Kai Lan dipotong kecil
4 biji cendawan butang dipotong dadu
2 keping cendawan hitam dipotong dadu
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar kicap cair
1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara :
1. Panaskan minyak, masukkan batang Kai Lan, cendawan butang, cndawan hitam dan goreng hingga masak. Campurkan nasi dan goreng hingga sebati.
2. Masukkan perasa dan gaul rata. Angkat dan hidang.
3. Apabila menghidang taburkan kismis dan buah prune.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Minyak

Bahan-Bahan
1kg beras basmathi
100 gm minyak sapi
100 gm bawang merah dihiris
2 cm halia, ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
kulit kayu manis
bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
1 batang serai dititik
3 liter air
garam
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
Bahan hiasan Kismis Hirisan Badam Gajus Bawang goreng

Cara :

1.Basuh beras dan toskan
2.Panaskan minyak sapi dan tumis bawang, halia, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan.
3.Masukkan beras dan biarkan ia mendidih. Kemudian kecilkan api dan biarkan sehingga masak.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Paprik

Bahan-Bahan
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api,dihiris
3 ulas bawang merah,dimayang halus
2 ulas bawang putih,dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara :
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak,masukkan isi ayam/daging.
2.Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Tomato

Bahan-Bahan

1 kg beras
1 tin susu cair
10 ulas bawang merah
Sepotong halia
1 helai daun pandan
1/2 senduk minyak kelapa
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan tomato puri
Garam secukup rasa

Bahan(a)
(Ditumis)
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Cara :
1.Beras dibasuh dan ditoskan.
2.Panaskan minyak sapi dan minyak kelapa di dlm periuk,kemudian tumis bahan bahan(a) serta halia hingga wangi. 3.Masukkan susu cair, tomato puri, bawang tumbuk, garam secukupnya.
4. Masukkan beras dan biarkan nasi masak. Hiaskan dgn bawang goreng semasa menghidang.
 

Kembali ke atas...