StayerKiller@Resepi
RESEPI NASI | RESEPI BISKUT | RESEPI KEK | PENCUCI MULUT | LAUK-PAUK | |
KUIH | MINUMAN | ACAR | SAYUR | KOMEN |
Aneka Resepi
Kuih
1. Apam
Pisang
2. Bakar Jagung
3. Baulu
4. Belebab
5. Bingka Kemboja
6. Bingka Saujana
7. Buah Melaka
8. Buah Tanjung
9. Cakar Ayam Keledek
10. Candy Bebola Kelapa
11. Cucur Badak
12. Cucur Pendaram
13. Cucur Kodok
14. Cucur Kacang Dal Berudang
15. Cucur Pisang
16. Cucur Udang Berjagung
17. Jala Emas Raja
18. Jemput-Jemput Pisang
19. Karipap Daging
20. Kuih Buah Bidara
21. Kuih Kasturi
22. Kuih Cara Manis
23. Kuih Ketayap
24. Kuih Koci
25. Kuih Lopeh
26. Kuih Lompang
27. Lempeng Pisang
28. Murtabak Berinti
29. Keria
Apam Pisang
Bahan-Bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum 1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur
dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama
baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus
hingga masak lebih kurang 45 minit.
Bakar Jagung
Bahan-Bahan:
230 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
10 gm gula 330 ml air
300 ml santan
2 gm pewarna kuning
Cara:
Gaulkan kesemua bahan sehingga semuanya mesra dan sebati.
Masukkan ke dalam bekas dan bakar dalam ketuhar 180 darjah Celcius sehingga ia
masak.
Baulu
Bahan-Bahan:
10 biji telur
600 gm tepung gandum
300 gm gula Sedikit minyak (untuk sapuan pada acuan)
Acuan baulu cermai
Cara:
Pukul telur dan gula hingga naik. Setelah itu ambil semangkuk adunan telur dan
campurkan tepung sedikit-sedikit dahulu. Pastikan adunan tidak terlalu pekat
atau cair. Panaskan acuan dengan menyalakan bara api di atas dan bawah acuan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang sesudu adunan bagi setiap acuan.
Jangan terlalu penuh. Tutup acuan. Pastikan api tidak terlalu panas. Bakar
hingga kekuningan. Angkat acuan dan keluarkan kuih.
Belebab
Bahan-Bahan
4 cawan tepung beras
½ cawan gula 2 biji kelapa (ambil 2 cawan pati santan)
2 biji keledek (dipotong kecil dan rebus)
Cara:
Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan.
Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak.
Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.
Bingka Kemboja
Bahan-Bahan:
600 gm
3 biji telur
3½ cawan gula pasir
6 cawan santan (diambil daripada 1½
biji kelapa)
½ cawan jus pandan 1 tin jagung kasar
Sedikit garam
Sedikit minyak
Cara:
Pukul gula dengan telur hingga hancur. Tos jagung dan ambil airnya. Masukkan
santan, jus pandan, air jagung dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit-sedikit dan adun sehingga sebati. Sapukan acuan dengan
sedikit minyak dan tuang adunan ke dalamnya. Kemudian bolehlah dibakar.
Setelah bingka setengah masak, angkat sebentar dan taburkan jagung tadi
rata-rata. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak. Setelah masak, sejukkan
terlebih dahulu sebelum dipotong.
Bingka Saujana
Bahan-Bahan:
250 gm suji
250 gm mentega
300 gm gula pasir
1000 cc air
2 helai daun pandan, diambil airnya sahaja
5 biji telur 200 cc susu cair
200 cc susu pekat
50 gm tepung gandum
1 camca teh esen vanila
½ camca teh garam
Sedikit pewarna mengikut suka
Cara:
Kacau telur bersama gula hingga sebati. Masukkan suji, susu cair, susu pekat,
daun pandan, garam, air dan pewarna. Kacau di atas api hingga pekat. Angkat
dan masukkan mentega, tepung dan esen vanila. Kacau lagi hingga rata. Tuang ke
dalam acuan beralas kertas timah berlengser sedikit mentega. Bakar sejam atau
hingga masak pada suhu 200'C.
Buah Melaka
Bahan-Bahan:
½ sudu gula pasir
¼ keping gula melaka
90 gm tepung beras pulut
1 sudu air pandan, pewarna hijau Sedikit garam
8 helai daun pisang, untuk bakul
3 sudu kelapa parut, dibuang kulit airnya
Cara:
Sediakan inti dan kelapa: Campurkan gula dan gula melaka yang direcik.
Campurkan secubit garam ke dalam kelapa untuk disadur. Sediakan air untuk
merebus: Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan doh yang kental. Gulungkan
doh di atas papan canai hingga menjadi sosej yang panjang dengan diameter
setebal 12mm dan potong kecil-kecil. Sediakan kuih: Golekkan tiap-tiap satu
bahagian supaya bulat, buatkan lubang dan masukkan gula ke dalamnya. Tutupkan
inti gula itu bentukkan bulatan itu semula. Masukkan dalam air yang mendidih
hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke dalam kelapa yang sudah bergaram.
Hidangkan dalam kelongsong, baluk atau dalam pinggan kuih.
Cadangan Hidangan:
4 orang (8 kelongsong yang mengandungi 3-4 biji).
Buah Tanjung
Bahan-Bahan:
10 biji telur itik
1 kg gula pasir
250 g tepung pulut 100 g tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
Cara:
Pukul merah telur hingga kembang. Campur tepung beras dengan tepung pulut dan
goreng tanpa minyak. Angkat dan sejukkan. Masak gula bersama dua cawan air,
daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat. Sediakan sebiji mangkuk
masukkan telur dan sedikit tepung beras. Uli dengan tiga jari dan bentukkan
seperti buah tanjung. Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah
boleh diangkat.
Cakar Ayam Keledek
Bahan-Bahan:
1 kg ubi keledek
1 kg gula merah
1 kg minyak masak Sedikit air
Sedikit garam
Cara:
Keledek dikupas kulit dan dicuci bersih. Sagat keledek ini hingga halus.
Ketepikan. Satukan gula merah, sedikit air dan garam halus. Masak hingga pekat.
Ketepikan. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian goreng keledek yang
disagat tadi hingga garing. Angkat dan toskan. Masukkan keledek ke dalam air
gula merah tadi dan masak dengan api yang perlahan. Pastikan gulanya disira
hingga rata. Ketika panas, tekan keledek ini ke dalam acuan bulat. Buat hingga
habis. Apabila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.
Candy Bebola Kelapa
Bahan-Bahan:
2/3 cawan susu pekat
1 biji kuning kuning
2 sudu besar mentega
1 ½ cawan padat kelapa parut 3 sudu besar kacang tanah bakar, yang ditumbuk
halus
Beberapa titis pewarna makanan merah dan hijau
Cara:
Gaulkan kelapa parut, susu pekat, kuning telur dan mentega. Masak hingga pekat
dengan api yang sederhana, kacau berterusan untuk mengelakkannya hangus.
Masukkan pewarna makanan sambil kacau. Angkat periuk dari dapur dan sejukkan.
Bentukkan candy ke bentuk bebola kecil. Golek setiap bebola dalam kacang yang
ditumbuk halus, jika digunakan untuk menyadur rata bebola candy. Simpan di
dalam bekas kedap udara sehingga sedia dihidangkan.
Cucur Badak
Bahan-Bahan:
600 gm keledek
2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya
Bahan inti:
½ biji kelapa parut
3 sudu besar udang
8 ulas bawang merah
3 batang serai 10 biji cili kering
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh kunyit
minyak masak
garam
2 cawan air
Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai,
bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian
masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah
masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk.
Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat.
Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan.
Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga
selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna
coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
Cucur Pendaram
Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
600 gm gula merah Minyak untuk menggoreng
Cara:
Masak gula dengan air hingga pekat (anggaran satu mangkuk) dan tapis. Bila air
gula masih panas, tuangkan ke dalam tepung dan gaul sebati. Simpan adunan
kira-kira sejam. Ambil sedikit-sedikit dan bentukkan bulat-bulat seperti roda.
Setelah itu, goreng di dalam kuali minyak panas sehingga nampak kekuningan.
Cucur Kodok
Bahan-Bahan:
1 sikat pisang emas
300 gm tepung gandum 1 biji telur ayam
minyak masak
Cara:
Pisang dilenyek sehingga hancur. Kemudian masukkan tepung dan telur. Sebatikan.
Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Panaskan minyak. Gunakan sudu untuk
membentuk adunan tadi bulat-bulat dan masukkan ke dalam minyak yang telah
dipanaskan tadi. Goreng sehingga kuning tua. Setelah masak bolehlah diangkat
dan dituskan minyaknya.
Cucur Kacang Dal Berudang
Bahan-Bahan:
2 mangkuk tepung beras
1 cawan kacang dal
150 gm udang hidup halus dan dibuang kepala
½ sudu teh kunyit serbuk
Sedikit kapur sirih
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan untuk pencicah:
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar cili giling
½ sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 senduk cuka
½ senduk air panas
Cara:
Kacang dal direbus hingga empuk. Udang dibersihkan. Tepung beras dibancuh
dengan 1 gelas air, kunyit serta garam dan jadikannya seperti tepung
menggoreng pisang. Kemudian masukkan kacang dal dan udang dan gaulkan hingga
rata. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkanlah satu persatu hingga garing.
Kemudian angkat. Bawang putih, cili giling, garam dan gula masukkan dalam satu
mangkuk. Kemudian dibancuh dengan 1/2 senduk air panas. Kacaukan hingga gula
hancur. Kemudian masukkan cuka dan kacau lagi hingga sebati.
Cucur Pisang
Bahan-Bahan:
250 gm pisang
40 gm gula
20 gm kelapa parut kering
1 biji telur 125 gm tepung kek
4 gm serbuk penaik
3 gm baking soda
Cara:
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan masukkan ke dalam bekas.
Bakar di dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
Sebagai hiasan, hiris sedikit pisang dan letakkan di atas kuih sebelum
menghidang.
Cucur Udang Berjagung
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 tin krim jagung
300 gm udang
5 tangkai daun kucai, dipotong kasar-kasar
100 gm tauge 2 biji telur
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk penaik
1 labu bawang besar, dihiris bulat
Air dan garam secukupnya
Cara:
Satukan serbuk kunyit, telur, garam, serbuk penaik, bawang besar, tepung
gandum dan air. Bancuh hingga sebati.
Masukkan udang, tauge, krim jagung dan daun kucai. Gaul rata.
Panaskan minyak. Goreng hingga kuning.
Bahan-Bahan:
10 biji merah telur itik
2 biji merah telur ayam
1 cawan gula pasir
2 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara:
Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam
mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang. Masak
gula bersama 2 cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan
pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula. (Cara
ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).
Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang
atau mengikut suka.
Bahan-Bahan:
30 gm gula
60 gm tepung gandum(diayak)
4 biji pisang emas yang besar Sedikit garam
¼ baking powder
½ kuali minyak untuk menggoreng
Cara:
Sediakan buah: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula &
tepung gandum & kacau rata-rata. Persediaan untuk menggoreng: Panaskan
anggaran 1/2 kuali minyak. Ronyokkan sehelai kertas serap minyak & bentangkan
diatas pinggan. Masak Kuih: Cedok adunan dengan sudu basah & masukkan ke dalam
minyak yang panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk membulatnya.
Goreng hingga kuning, sambil membalik-baliknya perlahan-lahan dengan belakang
sudip berlubang. (Ini menjadikan kuih itu berbentuk bulat). Tuskan hingga
kering & hidangkan dalam pinggan kuih.
Cadangan Hidangan:
4 orang (12 ketul)
Bahan Inti :
1 kg kentang - dipotong dadu
600 gm bawang besar - dipotong dadu
800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sd besar jintan manis
1 paket serbuk kari
¾ cawan minyak
1 batang besar kulit kayu manis
3 sd besar gula
1 sd besar garam
½ sd teh msg
700 ml air
Doh Karipap :
1 kg tepung gandum - diayak
1 sd besar garam
¾ buku (188gm) lepa susu `Farmcows'
2 biji telur
1 cawan ais
500 ml air
Minyak untuk menggoreng
Secukup tepung untuk mencanai
Cara:
Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan
tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas
api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk
perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan
msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan
kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara
itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api
kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi
serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram
dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.
Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap)
dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan
golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga
mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd
besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk
mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.
Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan.
Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
Kuih Buah Bidara
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
Inti kelapa secukupnya
2 cawan isi keledek, dilecek
½ biji kelapa putih, diparut Bahan-bahan inti:
½ cawan gula merah
¾ cawan gula putih
2 cawan kelapa parut muda
2 atau 3 sudu makan tepung gandum dan daun pandan
Cara:
Gaul keledek dengan tepung hingga rata. Kemudian bulat-bulatkannya seperti
membuat buah melaka. Isilah inti kelapa di dalamnya dan rebus sehingga ia
timbul dan angkat. Setelah diangkat, gaulkan dengan kelapa parut. Untuk
menghasilkan inti, gaul kesemua Bahan-bahan inti dan jeranglah hingga masak.
Kuih Kasturi
Bahan-Bahan:
90 gula
600 ml air
125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam 60 gm gula melaka
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng
Bahan Sadur:
3 camca tepung beras
¼ camca garam
Secubit kapur
Air sejuk
Cara:
Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air. Didihkan
selama 30-40 minit, hingga menjadi sangat kembang. Masukkan gula, gula melaka
& daun pandan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut.
Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk. Turunkan periuk dari atas api
& biarkan sejuk. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Bentukkan tiap-tiap
satu dengan kemas supaya menjadi bulat & leper.
Untuk menyediakan bahan sadur:
Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur
untuk memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap.
Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga
garing & coklat keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas
dapur. Hidangkan.
Kuih Cara Manis
Bahan-Bahan:
300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
½ biji kelapa
4 helai daun pandan garam
gula
majerin
acuan baulu
Cara:
Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk. Masukkan telur
yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan bersama air daun
pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil. Pastikan adunan tidak
terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam. Panaskan acuan baulu
dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur sedikit gula di atasnya.
Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan
tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
Bahan inti:
150 gm gula merah
¾ cawan air
½ biji kelapa parut
garam
daun pandan 1 cawan tepung gandum
1 ½ cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan
Cara:
Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas
api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung
gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan
tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau
hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan
ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan
sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata
dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai
semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di
tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung
ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
Kuih Koci
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (setengah mangkuk
santan dimasak hingga pecah minyak)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya Inti:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Cara:
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air,
kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas
dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk
menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan
mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi
satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada
beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti
tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap,
sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.
Kuih Lopeh
Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam. Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
½ cawan gula putih dimasak dengan 2 cawan air
1 helai daun pandan dan sedikit jintan manis
Gula larut tapis
Cara:
Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air. Tapis beras pulut
dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk
sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang. Letakkan sepuluh sudu makan adunan
pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama
30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal
setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut.
Kuih Lompang
Bahan-Bahan:
½ biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi Sedikit kapur
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat
Cara:
Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan
sedikit. Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau
rata. Tuangkan air gula yang masih panas, kacau. Celupkan jari, kalau melekat
bolehlah digunakan. Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan
kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih
lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang
disukai.
Lempeng Pisang
Bahan-Bahan:
2 sisir pisang masak
1 sudu teh baking powder
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit margerin 2 biji telur
300 gm tepung gandum
Sedikit susu pekat
Cara:
Pisang dilenyek kemudian masukkan tepung dan baking powder. Gaul hingga
sebati.
Masukkan pula telur,susu dan gula secukupnya. Gaulkan kesemuanya hingga
sebati.
Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit marjerin di atas api yang sederhana.
Masukkan adunan anggaran sesenduk besar dan ratakan.
Bila sebelah bawahnya telah masak balikkan sebelahnya pula.
Murtabak Berinti
Bahan-Bahan:
70 g oat segera
50 g udang ]
3 biji bawang besar ] dicincang
1 biji lobak merah ] 1 sudu besar rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
Kulit popiah secukupnya
Minyak masak
Cara:
Tumiskan bawang besar hingga layu. Masukkan rempah dan masak hingga garing.
Kemudian masukkan lobak merah, udang, garam dan gula pasir. Apabila lobak
empuk, masukkan oat dan gaulkan hingga sebati. Bubuhkan inti di atas sekeping
kulit popia. Lipat bentuk segitiga. Goreng kuih ini dalam minyak yang hingga
garing. Toskan.
Keria
Bahan-Bahan:
600 gm keledek
Setengah cawan air 5 sudu gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Cara:
Kupas keledek dan rebus hingga empuk. Tus airnya dan lecek halus. Campur
tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli. Jangan terlalu lembik atau terlalu
keras. Ambil sejemput-sejemput, bulatkan dan leperkan. Buat lubang di tengah
seperti membuat donat. Buat hingga habis dan goreng. Masak gula pasir bersama
air di dalam kuali hingga air gula likat. Masukkan kuih yang digoreng tadi.
Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk
putih, padamkan api.