StayerKiller@Resepi

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Biskut

 1.    Biskut Badam Bertakhta
 2.    Biskut Chocolate Pretzel 
 3.   
Bintang Keju Krim Bercoklat
 4.    Almond London
 5.    Biskut Coklat Pistachio
 6
.    Biskut Badam Berkismis
 7.    Biskut Cornflake
 8.    Biskut Keju Bergajus
 9.    Biskut Mentega Kacang
 10. 
Emping Jagung Madu
 11.  Kuih Bangkit
 12.  Kuih Makmur
 13.  Biskut Bunga Cina (Semprit)
 14.  Tart Gulung Nanas
 15.  Tart Nanas
     

        Lain
 


 


Biskut Badam Bertakhta


Bahan-Bahan:
1000 gm tepung
600 gm mentega (dibiarkan lembut)
400 gm gula aising 200 gm kuning telur
Parutan kulit lemon
1 sudu teh esen vanila


Cara :
Gaulakan tepung, mentega, gula aising dan badam kisar. Masukkan kuning telur dan parutan kulit lemon serta esen vanila. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan bulat-bulat. Golekkan di atas kepingan badam dan dihias dengan ceri merah. Bakar sehingga masak di dalam ketuhar dengan suhu  

Kembali ke atas...


 


Biskut Chocolate Pretzel 


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT 10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko


Cara :
Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko.
Dengan menggunakan beg aising, bentukkan seperti dalam gambar. Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan

Kembali ke atas...


 


Bintang Keju Krim Bercoklat

Bahan-Bahan:
90 gm marjerin
100 gm mentega
75 gm keju krim
80 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu segar 1 sudu teh pewarna kuning telur
250 gm tepung halus
30 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
80 gm serpihan coklat (hiasan)


Cara :
Putar marjerin bersama mentega, keju krim dan guka halus hingga ia kembang.
Masukkan telur bersama susu segar dan pewarna kuning telur.
Putar sebentar hingga ia sebati.
Masukkan tepung halus bersama tepung kastard dan tepung jagung perlahan-lahan.
Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Jika perlu, sejukkan doh dahulu di dalam peti sejuk, sebentar.
Bentuk doh bebola sederhana besar. Potong di atasnya dengan pisau tajam bentuk bintang atau diterap dengan acuan pilihan. Kembangkan bekas potongan. Tabur serpihan coklat di dalamnya. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 15 minit.

Kembali ke atas...


 


Almond London 


Bahan-Bahan
125 gm mentega
75 gm gula ising
1 biji kuning telur
333 gm badam berkulit dibakar di dalam oven selama 7 minit (350F)
300 gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur (shortening)
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex (bahan untuk membuat biskut rangup)


Cara :
Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna
Gaulkan adunan sehingga sebati
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar
Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170C
Sejukkan dahulu
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening')
Hiaskan dengan hirisan badam

 

Kembali ke atas...


 


BISKUT COKLAT PISTACHIO

Bahan Bahan
125 gm mentega
2 sudu besar gula kastor
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan tepung susu penuh krim
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan kacang tanah digoreng dan dicincang (boleh diganti dengan walnut atau badam)


Lapisan Coklat
125 gm coklat masakan dicairkan


Cara :
Satukan mentega dan gula kastor
Pukul keduanya hingga kembang
Campurkan dengan tepung naik sendiri, susu tepung penuh krim, susu pekat manis dan coklat yang telah dicair
Uli adunan sehingga menjadi doh
Canai doh menjadi bentuk bulat memanjang kemudian potong setebal 1 cm dan bakar selama 12 minit.
Setelah sejuk sapukan lapisan coklat di atasnya dan taburkan kacang. (Gunakan beg aising untuk memudahkan anda menyapu lapisan coklat).

Kembali ke atas...


 


Biskut Badam Berkismis 


Bahan-Bahan:
1 ¼ cawan mentega
1 cawan gula
2 biji telur
½ cawan badam halus ½ cawan kismis hitam
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila


Cara :
Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai. Terap ikut acuan disukai. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.

Kembali ke atas...


 


 

BISKUT CORNFLAKE 


Bahan-Bahan : 
2 cawan tepung gandum. 
1/2 cawan tepung ubi. 
3/4 cawan gula halus 
1 biji telur ayam 
1 cawan cornflake ramaskan 
1/4 cawan mentega 
1 camca teh vanila 
sedikit cornflake untuk hiyasan 


  Cara :
Satu semua bahan2 kering diayak tiga kali kecuali cornflake. 
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanila, adun sehingga sebati 
Masukkan cornflake yang diramas tadi dan juga bahan2 kering yang lain. 
Kacau hingga bergaul rata. 
Bulat2 kan dan letakkan di atas loyang yang berlenser. 
Hiaskan dengan dua tiga keping cornflake. 
 
 

Kembali ke atas...


 


BISKUT KEJU BERGAJUS


Bahan-Bahan
1/2 cawan krim keju
1 biji telur ( diambil merahnya sahaja)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur ( dipukul)


Cara :
Pukul mentega bersama gula dan krim keju hingga kembang
Masukkan merah telur dan pukul lagi
Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Pilih acuan sesuka hati kemudian terapkan adunan
Sapukan telur di atasnya dan letakkan gajus
Bakar adunan selama 15 minit atau hingga kekuningan
Pastikan biskut sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas
 

Kembali ke atas...


 


BISKUT MENTEGA KACANG


Bahan-Bahan:
125 g  mentega
100 g  gula kastor
100 g  mentega kacang (peanut butter)
setitik esen vanila
1 biji telur
1 biji kuning telur (untuk glis)
180 g  tepung gandum 
1/2 camca  teh serbuk penaik diayak bersama secubit garam                             


Cara :
Mentega, gula, esen vanila dan mentega kacang dipukul hingga kembang
Masukkan telur dan tepung
Gaul adunan hingga rata
Canaikan adunan dan terap dengan penerap biskut mengikut pilihan sendiri
>Aturkan kepingan biskut ke atas dulang pembakar yang telah berlenser dengan majerin cair
Gliskan dengan kunign telur
Bakar di dalam ketuhar bersuhu 200 C atau gunakan gas no. 6 selama 10 minit

Kembali ke atas...


 


EMPING JAGUNG MADU 


Bahan-Bahan
90 gm mentega
1/3 cawan madu
1 1/2 sudu besar gula kastor
4 cawan emping jagung (cornflakes)
1/2 cawan kacang gajus - dicincang panjang
1/4 cawan kelapa tin - digoreng
1 sudu besar bijan - digoreng
Buah ceri untuk hiasan - dicincang halus

Cara :
Campurkan mentega, madu serta gula dan panaskan di atas api sederhana hingga mentega cair
Biarkan mendidih beberapa minit, kemudian angkat dan sejukkan
Masukkan emping jagung, kelapa goreng, bijan dan buah gajus ke dalam adunan mentega tadi dan gaul mesrakan semua adunan
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas serta hiaskan dengan ceri di atasnya
Bakar selama 10 minit atau sehingga adunan nampak kekuningan. 

Kembali ke atas...


 


Kuih Bangkit


  Bahan-Bahan
600 gm tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
4 biji telur ayam
2 biji kelapa ( ambil santannya dengan tidak memakai air)


Cara :
Campurkan tepung jagung dan tepung gandum kemudian digoreng hingga ringan
Pecahkan telur dan kacau bersama gula supaya senang diuli
Santan dimasak dengan telur kemudian tambahkan santan secukupnya dan uli hingga lembut
Canai kira-kira 0.7 cm tebal kemudian terap dengan acuan sesuka hati.
Bakar dengan api yang sederhana panasnya hingga masak

Kembali ke atas...


 


KUIH MAKMUR


Bahan-Bahan
450 gm tepung gamdum
125 minyak sapi
4 biji telur ( ambil putih sahaja)
185 gm gula kisar
300 gm kacang tanah digoreng
2 sudu gula


Cara :
Masukkan ke dalam satu bekas untuk digunakan sebagai intinya nanti
Minyak sapi dan putih telur dipukul hingga cair dan ramas-ramaskan dengan tepung hingga lembut
Ambil sebesar ibu jari adunan dan leperkan di atas daun pisang
Masukkan 1 sudu teh inti kacang ke dalamnya dan ditutupkan balik kulitnya
Bentukkan seperti buah durian dan sepit di atasnya
Bila telah siap, bakar selama 20 minit
Angkat, sejukkan dan taburlah gula kisar di atasnya

Kembali ke atas...


 


 

BISKUT BUNGA CINA(semperit)


Bahan-Bahan
2 biji telur ayam
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gamdum
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan mentega
1/4 sudu sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh baking powder
susu pekat secukup lembut
4 biji ceri merah dipotong kecil kecil (hiasan)
 
Cara :
Ayak tepung gandum dengan tepung jagung dan baking powder
Pukul gula dengan mentega hingga kembang 
Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
Masukkan tepung ke dalam adunan gula gaulkan hingga rata
Tambahkan susu pekat secukupnya (hingga adunan lembut) sambil diuli hingga sebati
Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan tekankan ke atas dulang pembakar yang sudah disapukandengan sedikit mentega
Hiaskan atasnya dengan ceri merah yang sudah dipotong kecil-kecil
Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak.

Kembali ke atas...


 


TART GULUNG NANAS


Bahan-Bahan
250 gm mentega
500 gm tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1 kuning telur
1 cawan jem nanas
Sedikit garam

Cara :
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang
Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati
Gunakan aising nozzle berbentuk zig-zag dan tekan adunan selebar 2 1/2 cm
Masukkan jem dan gulungkan
Bakar sehingga kekuningan

Kembali ke atas...


 


TART NANAS

Bahan-Bahan

250 gm mentega

500 gm tepung gandum
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
1 cawan jem nanas
Sedikit garam

Cara :


(Jem nenas)

 1. Kupas 1 biji nenas dan parut. Tapis untuk buang airnya.
Kemudian masakan dengan 3 cawan gula sehingga pekat.


(Tart)

 1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan 1 biji telur kuning dan pukul bersama garam
2 . Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati 
3. Tekan adunan selebar 2 1 /2 cm dan masukkan jem dan gulungkan .
pukul 1 biji lagi kuning telu dan sapukan di atas setiap biji tart.
Bakar sehingga kekuningan

Kembali ke atas...