StayerKiller@Resepi

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Lauk
 

 
 1.     Asam Pedas
  2.     Asam Peranakan
  3.     Barbeku Kembung
  4.     Bawal Masak Kari
  5.     Bawal Masam Manis
  6.     Cili Rebus Asam Ikan Patin
  7.     Cencaru Rumpai LAut
  8.     Gulai Cekur
  9.     Gulai Lemak Keladi Dan Ikan Kering
  10.   Gulai Siam Ikan Keli
  11.   Ikan Betutu Masak Tempoyak
  12.   Ikan Berempah Bakar
  13.   Ikan Goreng Bersos TomYam
  14.   Ikan Goreng Biskut
  15.   Rendang Kambing
  16.   Bebola Daging
  17.   Bifstik Daging
  18.   Daging Berempah
  19.   Daging Goreng Bercili
  20.   Daging Goreng Lada Hitam
  21.   Ayam Berempah
  22.   Ayam Masak Merah
  23.   Chicken Chop
  24.   Ayam Dan Sayuran Masak Paprik
  25.   Ayam Bakar Ala BBQ
  26.   Ayam Bakar Bercili
  27.   Ayam Bercili Jeruk
      

         kembali
 


 


Asam Pedas

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan kembong
1 batang serai-diketuk
1 tangkai daun kesum
2 ½ gelas air
Garam secukup rasa Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah
Sedikit belacan


Cara:

Masukkan bahan yang ditumbuk, serai, daun kesum serta air ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan panas-panas bersama nasi putih atau dicecah dengan roti.


 

Kembali ke atas...


 



Asam Peranakan

Bahan-Bahan:
300 gm ikan tenggiri / sebarang ikan
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kering (kisar)
2 helai daun limau purut
1 cawan air asam jawa
½ biji terung (dipotong & digoreng)
1 biji tomato
15 gm garam
5 gm gula Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik aroma. Masukkan cili kering & biar hingga garing. kemudian masukkan ikan & garam. Setelah ikan masak, masukkan air asam & tomato. Akhir sekali
masukkan gula & terung yang telah digoreng. Setelah masak, angkat & hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 


Barbeku Kembung

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih


Cara:
Bersihkan ikan dan gaul bersama bahan-bahan lain. Panggang mengikut kesukaan anda dan hidangkan bersama sos atau sambal.


 

Kembali ke atas...


 



Bawal Masak Kari

Bahan-Bahan:
3 ekor ikan bawal hitam dikerat dua
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia 1 pekat rempah kari ikan
2 biji terung
1 sudu teh halba campur
Sedikit asam jawa
Sedikit garam


Cara:
Bersihkan ikan & ditoskan. Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya. Tumiskan halba campur bersama bawang merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan serbuk kari & biarkan seketika sehingga pecah minyak. Masukkan santan & perahan air asam jawa bersama-sama terung, apabila menggelegak masukkan ikan & biarkan seketika sehingga masak.


 

Kembali ke atas...


 


Bawal Masam Manis

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1 sudu besar tepung jagung
1 biji putih telur
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
2 biji cili merah ]
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum 2 sudu besar sos cili
50 ml air
1 sudu kecil air limau nipis
Minyak masak
Garam dan gula


Cara:

Ikan dibuang sisik dan perutnya dibersihkan. Lap ikan hingga kering. Gaulkan ikan dengan tepung jagung dan putih telur. Perapkan selama 15 minit.
Gorengkan ikan hingga kekuningan. Angkat dan letakkan dalam pinggan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar.
Masukkan semua sos, air limau nipis dan air. Kacau hingga mendidih. Setelah cukup pekat, bubuhkan cili merah, garam dan gula. Angkat dan tuangkan atas ikan hingga rata.


 

Kembali ke atas...


 



Cili Rebus Asam Ikan Patin

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin
 cili padi
5 ulas bawang merah
sedikit kunyit
sedikit belacan
5 keping asam gelugor (ikut suka, jika suka masam tambahkan lagi bilangan asam gelugor)
2000 ml air
Garam secukup rasa

 
Cara:

Masukkan bahan yang telah dikisar, ikan, asam gelugor, garam dan air ke dalam periuk.
Letakkan periuk di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
Setelah mendidih kecilkan api dan biarkan sehingga 5 minit atau sehingga kuah itu pekat sedikit. Setelah itu padamkan api. Siap untuk dihidangkan.



 

Kembali ke atas...


 


Cencaru Rumpai Laut

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu besar cili kisar
10 gm rumpai laut (direndam) 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Ikan bilis (ditumbuk)
Daun pandan


Cara:
Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.
Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.


 

Kembali ke atas...


 


Gulai Cekur

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan keli(lain-lain ikan sungai pun boleh)
Sebiji kelapa (ambil santannya tetapi jangan terlalu cair)
10 biji cili api
2 biji bawang merah
4 ulas biji cekur
Garam secukup rasa


Cara:
Panggang ikan keli terlebih dahulu. Ikan keli perlu dilumur dengan garam. Jika mahu dilumur dengan kunyit juga tidak mengapa.

Cara memasak kuah:
1. Tumbuk cili api, bawang dan cekur sehingga lumat.
2. Masukkan santan di dalam kuali beserta dengan bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Jika mahu gulai berwarna kuning, bolehlah dimasukkan sedikit kunyit. Walaubagaimanapun, gulai lemak yang putih ini adalah gulai tradisi orang jawa.
5. Masak santan dengan api perlahan sehingga menggelegak.
6. Setelah menggelegak, bolehlah dimasukkan ikan keli yang telah dipanggang.
7. Tutup api dan kacau perlahan-lahan.



 

Kembali ke atas...


 


Gulai Lemak Keladi Dan Ikan Kering

Bahan-Bahan:
2 rumpun batang keladi serta isinya
5 keping tulang ikan kering
10 biji cili api (ditumbuk)
1 ulas bawang kecil 3 cawan santan yang tidak terlalu pekat
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
1 batang serai


Cara:
Siang keladi, bersihkan dan celur hingga isi keladi separuh empuk. Toskan airnya. Masukkan ikan kering, cili api, bawang kecil hiris, serai, kunyit dan garam ke dalam periuk bersama santan. Biar menggelegak sambil dikacau supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan batang keladi dan biar mendidih sekejap. Rasakan garamnya dan bolehlah diangkat.

Kembali ke atas...


 


Gulai Siam Ikan Keli

Bahan-Bahan:
600 gm ikan keli (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi
1 cawan terung belanda
5 - 6 helai daun kemangi
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa Bahan-bahan digiling:
10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah


Cara:
Perap ikan keli bersama asam jawa dan garam. Gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih. Kacau santan bersama Bahan-bahan giling hingga mendidih. Masukkan cili padi, terung belanda dan ikan. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan daun kemangi, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata. Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan  pecah minyak.

 

Kembali ke atas...


 




Ikan Betutu Masak Tempoyak

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan betutu sederhana besar
60 gm tempoyak
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 ulas bawang besar (dikisar)
1 biji buah tomato (dipotong empat bahagian)
2 biji cili merah (dibelah dua) 1 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kunyit
6 biji cili padi (ditumbuk)
½ biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar sehingga garing.
Masukkan air dan biarkan ia mendidih seketika.
Masukkan serai, asam keping, tempoyak, tomato, cili merah, santan, garam dan gula secukup rasa dan biarkan ia beberapa minit.
Masukkan santan dan perlahankan api. Setelah ikan masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


 

Kembali ke atas...


 


Ikan Berempah Bakar

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan (terpulang tp ikan berlemak lebih baik)
7 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bwg besar (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
sedikit belacan
1.4 cwn pati air asam jawa
1 biji carrot (dihiris memanjang 2.5 cm)
Sedikit bunga kobis
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit hirisan bawang
Sedikit garam dan gula.


Cara:
1. Tumis bahan kisar.
2. Apabila cili sudah garing, masukkn air asam jawa, garam dan gula.
3. Kecilkan api dan biarkan sehingga pekat.
4. letakkan ikan di atas ketas foil dan curahkan bahan tumis.
5. Taburkan hirisan sayuran dan hirisan bawang.
6. Tutup ikan dgn sekeping lg ketas foil dan pastikan air curahan tidak tertmpah.
7. Letakkan ikan td di atas kuali dan bakar sehingga ikan masak.



 

Kembali ke atas...


 


Ikan Goreng Bersos Tomyam

Bahan-Bahan:


Bahan utama:
500 gm ikan senangin atau siakap
Garam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng

Ramuan A:
1 peket perencah tomyam
12 ulas bawang merah (dihiris)
6 cm kepingan halia (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10 ekor udang (dibuang kulit dan dicincang kasar)

Ramuan B:
¼ cawan air
3 camca besar gula perang
2 camca besar sos ikan
½ camca teh serbuk pati ikan bilis
1/3 cawan susu sejat
10 biji cili padi (dicincang kasar)
3 pokok daun ketumbar (dihiris)
2 pokok daun bawang (dicincang kasar)


Cara:
Bersihkan ikan, buat belahan berpalang di kedua bahagian ikan dan biarkan seekor.
Letakkan perasa ikan dengan garam dan lada sulah. Goreng ikan sehingga kekuningan , tuskan dan letak di atas pinggan hidangan.
Keluarkan minyak sehingga tinggal 3 camca besar sahaja.
Tumis ramuan A sehingga kekuningan, masukkan udang dan goreng sehingga ia masak.
Masukkan ramuan B dan renih selama 3 minit. Masukkan susu sejat dan cili padi. Masak sehingga ia panas dan senduk ke atas ikan.
Hias dengan daun ketumbar dan bawang. Hidangkan ketika panas.


 

Kembali ke atas...


 


Ikan Goreng Biskut

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan senangin
2 keping biskut tawar (cream crackes ditumbuk halus)
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) Sedikit halia ditumbuk lumat
1 biji kentang
1 biji limau nipis


Cara:

Ikan dibersihkan tetapi jangan dipotong cuma dibasuh & ditoskan airnya. Setelah itu gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk serta garam & sedikit serbuk lada sulah.
Perapkan 1/2 jam. Pukul telur. Kemudian celupkan ikan ke dalam telur & golekkan di atas serbuk biskut hingga rata. Kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat & toskan minyaknya. Sementara itu bersihkan kulit ubi kentang & potong memanjang. Kemudian goreng kentang sehingga kuning. Hidangkan bersama-sama ikan goreng serta potongan limau nipis. Hias atas ikan dengan limau
potong & kelilingnya kentang. Lapikkan daun salad di atas pinggan.

 

Kembali ke atas...


 




Rendang Kambing

Bahan-Bahan:
1 Kilo Daging Kambing
1 Biji Bawang Besar - diblender
1 Inci Halia - diblender
5 Ulas Bawang Putih - diblender
4 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
2 Sudu Besar Serbuk Cili
1 Biji Kelapa - diperah santannya
6 Helai Daun Limau Purut
1 Paket Kerisik
Gula & Garam secukup rasa

Cara:
Perapkan daging kambing dengan bahan yang telah diblender.Masukkan sekali dengan serbuk kari dan cili.Panaskan minyak diatas kuali dan masukkan daging yang diperap itu tadi.Kacau hingga sebati dan tuangkan separuh santan kedalam daging dan kacau. Setelah agak kering masukkan santan yang selebihnya dan kacau hingga sebati. Masukkan kerisik dan daun limau purut dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.Bila sudah hampir pekat kuahnya, bolehlah diangkat dan dihidangkan.



 

Kembali ke atas...


 


Bebola Daging

Bahan-Bahan:


Bahan-bahan sos:

20 gm bawang merah
80 g bawang putih
20 g kunyit hidup
10 g lengkuas
100 g cili kering
80 g kerisik
2 sudu besar minyak
½ cawan santan pekat
1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak)
1 sudu kecil air asam jawa 500 gm daging
100 g bawang merah
5 g serbuk lada putih
10 g serbuk lada hitam
20 g daun bawang
500 g serbuk roti
200 g tepung gandum
5 butir telur


Cara:
Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan.
Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti.
Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya.


Cara membuat sos pula

kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan tersebut hingga naik baunya. Masukkan santandan cili masak, kacau hingga mesra. Tuangkan kerisik dan sedikit air asam. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.


 

Kembali ke atas...


 


Bifstik Daging

Bahan-Bahan:
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia


Cara:
Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

 

Kembali ke atas...


 


Daging Berempah

Bahan-Bahan:
300 gm daging
10 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
3 camca serbuk rempah kari
1 biji kelapa (¼ cawan dibuat kerisik)
2 cm halia
1 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
¼ cawan kerisik
2 sudu minyak makan
1 helai daun limau purut
Garam


Cara:
Daging dicuci & potong ikut suka. Tumbuk
halia & gaul bersama daging. Bawang merah & putih dimayang halus. Panaskan minyak & tumiskan bawang, cengkih, bunga
lawang & kayu manis. Bila bawang kuning,
masukkan rempah, daging & santan cair. Bila empuk daging, kecilkan api & masukkan pati santan. Masak sampai pekat. Bubuh daun limau purut, kerisik & garam sambil di kacau supaya jangan hangus.


 

Kembali ke atas...


 


Daging Goreng Bercili

Bahan-Bahan:
600 gm daging
20-25 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1 cm halia 1 cm lengkuas
15 biji buah keras
6 camca minyak makan
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa


Cara:
Daging dibersih & dipotong ikut suka hati. Cili, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas & buah keras digiling halus. Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis ramuan yang digiling tadi. Bila wangi, masukkan daging & kecilkan api. Bila daging empuk, masukkan air asam jawa & garam.


 

Kembali ke atas...


 


Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-Bahan:
Daging (dihiris halus)
Lada hitam secukup rasa
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Kicap pekat
Garam
Bahan perasa


Cara:
Campurkan kesemua bahan2 dengan daging dan diperap seketika (10 min pun boleh tapi kalau lagi lama lagi sedap)
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah diperap, masukkan sedikit air untuk melembutkan daging dan tutup kuali hingga daging empuk.
Rasa masakan anda dan apabila daging empuk, air telah kering, masukkan hirisan bawang besar.
 

Kembali ke atas...


 


Ayam Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup


Cara:

Satukan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

 

Kembali ke atas...


 


Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:


Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa 1.5 kg ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak


Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

 

Kembali ke atas...


 


Chicken Chop

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)


Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 


Ayam & Sayuran Masak Paprik

Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut 2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa


Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.


 

Kembali ke atas...


 



Ayam Bakar Ala BBQ

Bahan-Bahan:
1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara:
Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.
Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.
Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.



 

Kembali ke atas...


 


Ayam Bakar Bercili

Bahan-Bahan:
6 ketul paha ayam
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca besar tairu
1 camca besar gula
5 camca besar cili boh ½ camca teh serbuk lima rempah
2.5 sm halia - dikisar lumat
1 biji bawang besar - dikisar lumat
4 ulas bawang putih - dikisar lumat


Cara:

Satukan bahan-bahan kisar dan bahan-bahan lain kecuali ayam. Gaul hingga rata. Kemudian gaul pada ayam dan perap beberapa jam baru dibakar hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 




Ayam Bercili Jeruk

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong lapan dan dikelar-kelar
1 biji limau nipis, diambil perahannya
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukupnya
1 cawan minyak
10 biji bawang merah, dihiris nipis
2 camca besar kerisik
2 cawan santan, daripada setengah biji kelapa 1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
10 tangkai cili kering-dikisar
3 camca besar cili jeruk-dikisar
6 biji bawang merah-dikisar
3 ulas bawang putih-dikisar
1 batang serai-dikisar
3 cm halia-dikisar


Cara:
Perap ayam bersama air limau, kicap, sos cili, garam dan gula 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang merah hingga kuning dan garing. Angkat. Goreng ayam setengah masak. Angkat. Keluarkan minyak gorengan tadi, tinggalkan tiga camca besar sahaja. Tumis bahan-bahan dikisar hingga wangi. Masukkan kerisik, santan, daun kunyit dan asam gelugur. Kacau di atas api perlahan hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan ayam dan kacau hingga ia empuk. Apabila kuah pekat, masukkan bawang goreng dan garam. Kacau sebati baru dihidangkan.

 


 

Kembali ke atas...