StayerKiller@Resepi
RESEPI NASI | RESEPI BISKUT | RESEPI KEK | PENCUCI MULUT | LAUK-PAUK | |
KUIH | MINUMAN | ACAR | SAYUR | KOMEN |
Aneka Resepi
Minuman
1.
ABC Mangga
2. Air Barli Berlimau
3. Air Buah-Buahan
4. Air Fanta
5. Air Halia
6. Air Dwilobak
7. Air Bandung Istimewa
8. Air Koko
9. Air Laici Istimewa
10. Air Limau Berermpah Ratus
11. Air Nanas
12. Air Pegaga Limau
13. Air Susu Kacang Soya
14. Air Tembikai
15. Ais Krim Coklat Dengan Sos Vanila Pudina
16. Banana Milk Shake
17. Beatiful Feeling Drink
18. Berpati Sayuran
19. Berry Treasure
20. Cenderawasih
21. Coconut Shake
22. Ceri Lemon
23. Coklat Calypso
ABC Mangga
Bahan-Bahan:
200 gm isi mangga masak
500 ml air masak
50 ml susu skim
100 gm kacang merah yg telah direbus
50 gm kismis/sultanas
Cara:
Masukkan isi mangga,susu skim & air ke dlm pengisar & putar hingga hancur.
Sejukkan di dlm peti sejuk.Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah &
satu sudu kismis dlm setiap 4 gelas. Tuangkan air mangga sama banyak ke dlm
setiap gelas.
Air Barli Berlimau
Bahan-Bahan:
30 gm barli
500 ml air
¼ biji limau sederhana besar
30 gm gula secukup rasa Hiasan:
½ biji ceri
1 tangkai daun pudina
Cara:
Basuh & rebus barli ke dalam periuk dengan 500 ml air. Apabila mendidih,
kecilkan api & biarkan barli merenih hingga air kelihatan keruh. perh limau &
buangkan bijinya ke dalam cawan. Tapis air barli ke dalam mangkuk yang berisi
gula & kacau. Biarkan ia sejuk. Apabila air barli itu telah sejuk, masukkan air
limau yang diperah tadi. Sejukkan di dalam peti ais. Campurkan air barli
berlimau itu dengan air untuk mendapatkan 500 ml & hidangkan sejuk / suam dengan
ceri & daun pudina.
Air Buah-Buahan
Bahan-Bahan:
1 biji buah tembikai
1 biji nenas
1 biji betik 1 biji belimbing besi
Air gula secukupnya
Cara:
Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah mangkuk
dan tuangkan air gula kacau rata-rata. Sejukkan.
Air Fanta
Bahan-Bahan:
1 botol perisa banana star brand
1 botol perisa oren star brand
2-4 sudu atau mengikut kesesuaian warna perisa epal starbrand (hijau)
3 kg gula
1 ½ botol air
Cara:
Masak air sehingga mendidih.
Masukkan kesemua perisa. Akhir sekali masukkan gula.
Kacau sehingga larut dengan menggunakan api sederhana.
Air Halia
Bahan-Bahan:
10 - 12 keping besar halia
1 cawan gula pasir
4 cawan air 3 helai daun pandan
2 cm x 4 cm kulit kayu manis
3 sudu teh jintan manis
Cara:
Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih. Tapis air halia ke dalam jag dan
hidangkan.
Air Dwilobak
Bahan-Bahan:
1 butang lobak merah
½ batang lobak putih
1 ½ cawan air
2 camca besar madu 1 biji limau nipis (diperah airnya)
1 cawan soda ais krim
6 ketul ais
Cara:
Kisar lobak merah & lobak putih bersama air hingga hancur. Masukkan bahan-bahan
lain & kisar lagi hingga sebati. Selain enak, Minuman ini juga berkhasiat.
Air Bandung Istimewa
Bahan-Bahan:
1 liter air
½ tin susu cair
1 botol Sprite/7-Up
½ biji epal 50 gm tembikai
1 camca teh selasih
Sirap secukupnya
Cara:
Rendam selasih 5 minit. Epal yang dikupas kulitnya dan tembikai dipotong dadu
kecil-kecil. Satukan air, sirap, susu dan Sprite/7-Up. Kacau rata. Kemudian
campurkan buah-buahan dan selasih. Kacau hingga rata.
Air Koko
Bahan-Bahan:
4 camca teh penuh koko
1 liter susu Gula dalam mangkuk
Cara:
Campurkan sebatian koko dengan 6 camca besar susu. Jerangkan susu selebihnya
dalam periuk yang sudah dibasahkan. Apabila susu mendidih, tuangkan ke dalam
bekas berisi koko dan kacau.Bilas periuk kemudian tuangkan bancuhan koko ke
dalam periuk dan jerang semula.Masak hingga mendidih supaya masak kanjinya.
Biarkan merenih selama 1-2 minit. Tuangkan ke dalam jag tembikar yang sudah
dipanaskan dan hidangkan dengan gula.
Air Laici Special
Bahan-Bahan:
4 biji laici
1 gelas susu segar
Gula secukup rasa
Cara:
Kisarkan semua bahan-bahan tadi.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama-sama ais dan kalu mahu lebih rasa, masukkan buah laici dalam
minuman tersebut.
Air Limau Berempah Ratus
Bahan-Bahan:
500 ml air panas
3 uncang teh buah kismis hitam
12 biji cengkih
1 biji limau
2 biji limau nipis, kulitnya dibuang dan diperah airnya 2 camca teh serbuk pala
2-4 camca besar gula
2 x 4 cm kulit kayu manis
2 camca besar madu
Cara:
Tuang air panas dan masukkan uncang teh ke dalam periuk besar. Cucuk cengkih
pada limau, masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan lain. Masak campuran
teh menggunakan api perlahan, kacau sekali-sekala hingga gula larut. Tapis teh
ke dalam mangkuk panc dan hidangkan.
Air Nanas
Bahan-Bahan:
1 biji nanas yang kecil
1 biji limau nipis
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)
875 ml air sejuk
Ketul-ketul ais Hiasan:
Hirisan nanas / kiub nanas
daun pudina
1 biji ceri (jika suka)
Cara:
Sediakan sirap. Bubuh gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas mendidih ke
dalamnya. kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Kupas nanas & potong
sehiris untuk hiasan. Parut nanas & perahkan airnya. Belah limau & perah airnya
& campurkan dengan air nanas. Tapiskan air nanas & sirap ke dalam jag.
Tambahkan 875 ml air sejuk. Sejukkan minuman itu di dalam peti ais. Hidangkan
Air Pegaga Limau
Bahan-Bahan:
Pegaga
Gula
Secubit Garam
Asam Limau
Ais
Cara:
1. Pegaga dimesin bersama air secukupnya.
2. Tapiskan pegaga tadi. Masukkan gula dan garam tadi.Kacau
3. Perahkan sedikit asam limau dan masukkan ais.
Air Susu Kacang Soya
Bahan-Bahan:
150 gm kacang soya (dicuci & direndam selama satu malam)
750 ml air & 500 ml air 185 gm gula pasir (½ gula batu jika suka)
2 helai daun pandan
Cara:
Menyedia kacang soya. Cuci, tos & hancurkan kacang soya bersama-sama dengan 750
ml air dalam penghancur (blender) hingga halus. (Bahagikan dalam 3 / 4 bahagian
jika penghancur itu terlalu kecil)/ Cuci, tos & tumbukkan kacang soya itu hingga
lumat. (air 750 ml ditambah ke dalam periuk semasa merebus). Menyedia susu
kacang soya. Masukkan kacang soya yang hancur dalam sebuah periuk & tambahkan
500 ml air serta daun pandan yang disimpulkan. Masak hingga mendidih & biarkan
mendidih perlahan-lahan lebih kurang 20 minit. Tapiskan campuran secara teliti
dengan menggunakan sehelai kain maslin. Tuang semula susu kacang soya ke dalam
periuk & masukkan gula kemudian rebuskan semula hingga gula larut. Cairkan
mengikut rasa & hidangkan sejuk / suam.
Air Tembikai
Bahan-Bahan:
½ biji buah tembikai (sedang)
125 gm gula pasir (sirap)
125 ml air panas mendidih (sirap)
1 biji limau nipis
Air tembikai & ketul-ketul ais
875 ml air sejuk Hiasan:
Daun pudina
½ cawan isi tembikai yang dipotong dadu
Cara:
Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuangkan air panas. Kacau &
tutup mangkuk itu. Sediakan air buah. Cuci & potong sehiris untuk dipotong dadu
(hiasan). Korek isi tembikai dengan sudu besar & masukkan ke dalam mangkuk
adunan. Perah air tembikai dengan menekankannya di dalam tapis aluminium dengan
menggunakan senduk kayu kemudian tuang air ke dalam jag. Perah limau. Tapis
sirap ke dalam jag air tembikai, tambahkan 875 ml air sejuk, kacau & sejukkan di
dalam peti ais. Potong dadu isi tembikai untuk hiasan. Apabila cukup sejuk
masukkan hiasan ini serta daun pudina & hidangkan.
Ais Krim Coklat Dengan Sos Vanila Pudina
Bahan-Bahan:
100 ml susu segar
50 gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 camca teh esen vanila 3 helai daun pudina
200 gm ais krim perisa coklat
Cara:
Satukan susu segar dan gula di dalam mangkuk. Kacau hingga gula larut. Masukkan
telur, esen vanila dan daun pudina. Letakkan mangkuk di atas air mendidih
(double boiler) dan kacau hingga sos pekat. Masukkan ais krim di dalam pinggan
atau mangkuk dan tuang sos di atasnya. Hias dengan buah-buahan koktel dan
hidangkan segera.
Banana Milk Shake
Bahan-Bahan:
2 biji pisang emas
1 gelas susu
Gula
Sedikit perisa vanilla
Cara:
Kesemua bahan tersebut dikisar dengan mesin pengisar. Tuang ke dalam gelas dan
letakkan ketulan ais. Hidangkan
Beautiful Feeling Drink
Bahan-Bahan:
1 auns galaino (jika suka)
1 auns tritle sep (jika suka)
3 auns air perahan mempelam 3 auns air perahan oren
3 auns sirap secukup rasa
Cara:
Campurkan semua bahan dan hidangkan dalam gelas.
Berpati Sayuran
Bahan-Bahan:
225 ml perahan limau (oren di dalam kotak)
250 ml tomato berkaleng
1 kaleng pati sayuran V8
½ camca teh esen pudina Hirisan kulit limau
Secubit garam
Daun pudina untuk hiasan
Cara:
Kacau perahan limau, tomato, pati sayuran dan esen pudina di dalam jag. Masukkan
hirisan kulit limau dan garam. Sejukkan sejam di dalam peti sejuk sebelum
dituangkan ke dalam gelas untuk dihidangkan. Keluarkan dahulu hirisan kulit
limau sebelum dihidangkan.
Berry'd Treasure
Bahan-Bahan:
Bahan Kisar
Buah Blue Berry 60g
Buah Pisang Emas 50g
Gula 40g
Air 80ml
Ice 3 Cawan
Vanilla Powder 180 gram (with sugar added)
Sweadish Berry Tea ( boleh Dibeli di Coffee Bean atau kedai menjual teh)
Cara:
Campurkan Ice kedalam Pengisar kemudian masukkan bahan yang telah di kisar. lalu
di tambahkan vanilla powder dan sweadish berry tea, lalu dikisar hingga 1 - 1
1/2 minit.
Cadangan Hidangan:
Dimasukkan kedalam cawan dan picitkan sedikit cream
Cara:
Campur semua bahan ke dalam pengisar jus dan tuangkan ke dalam gelas yang sesuai.
Hiaskan.
Coconut Shake
Bahan-Bahan:
250 ml santan kelapa
2 scop aiskrim vanila Hiasan atas:
1 scop aiskrim vanila
Cara:
Santan kelapa dan aiskrim vanila dikisar menggunakan blander sehingga berbuih.
Tuangkan di dalam cawan hidangan. Letakkan aiskrim vanila ke atasnya sebagai
hiasan. Sedia untuk dihidangkan. Campurkan ais untuk melazatkan hidangan.
Ceri Lemon
Bahan-Bahan:
3 biji ceri hijau
1 gelas air suam
½ biji lemon Air gula secukup rasa
1 camca sedang perasa raspberi
ais batu
Cara:
Masukkan ceri ke dalam gelas. Perahkan lemon. Masukkan air gula, perasa raspberi
dan air suam. Kacau rata. Masukkan ketul air batu baru dihidangkan.
Coklat Calypso
Bahan-Bahan:
1½ cawan susu perasa coklat
2 sudu besar ais krim (perasa coklat atau vanila) 2 sudu besar air sirap gula
Cara:
Masukkan ais krim serta susu perasa coklat tadi ke dalam blender. Kisar hingga
semuanya sebati kemudian masukkan air gula. Kacau rata-rata. Tuangkan kedalam
gelas dan hidangkan