StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Biskut
 

 
 1.     Bakul Buah Kering
  2.     Biskut Badam Chocolate Chip
  3.     Biskut Balah
  4.     Biskut Bee Heaves
  5.     Biskut Bulan Sabit
  6.     Biskut Dam
  7.     Biskut Gula Kipas
  8.     Biskut Inti Kelapa
  9.     Biskut Jejari
  10.   Biskut Jasmin
  11.   Biskut Halia Rangup
  12.   Biskut Kapas Salji
  13.   Biskut kelapa Rangup
  14.   Biskut Kelapa Riben
  15.   Biskut Kerisik
  16.   Biskut Kopi Raya
     

          kembali
  


 


Bakul Buah Kering

Bahan-Bahan:
130 gm mentega
80 gm gula aising
50 gm telur (sebiji)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar serbuk badam
250 gm tepung gandum
1 sudu teh emplex
Kuning telur untuk hiasan Bahan untuk Inti:
200 gm buah-buahan campuran
40 gm badam keping
40 gm cornflakes
Satukan kesemuanya dan gaul dengan enam sudu besar susu pekat.


Cara:
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim dan masukkan telur, susu, badam, emplex dan tepung gandum. Uli sebati. Terap adunan dan letak inti di tengah-tengah. Silangkan dengan sedikit adunan tepung yang dipotong panjang. Sapu kuning telur dan bakar hingga garing.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Badam Chocolate Chips


Bahan-Bahan:
130 gm mentega
65 gm perang
100 gm tepung jagung
70 gm tepung sagu 80 gm tepung gandum
1 biji kuning telur
100 gm badam
50 gm chocolate chip


Cara:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung, badam dan chocolate chip dan uli hingga menjadi doh.
Terap dan sapu kuning telur dan hias dengan badam.
Bakar pada suhu 160 darjah Celcius selama 20 minit.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Balah

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum
cawan tepung jagung
cawan gula halus
6 camca besar majerin 1 biji telur
2-3 camca besar susu cair
kurma dibelah empat
secubit garam


Cara:

Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan telur dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak terlebih dahulu berselang-seli dengan susu. Jika adunan lembik, masukkan ke dalam peti sejuk. Ambil sejemput adunan dan leperkan, letakkan belahan buah kurma, bungkus adunan kemudian letakkan di dalam acuan berlenser. Sapu kuning telur dan atur buah badam potong, bakar dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Bee Heaves

Bahan-Bahan:

75 gm tepung
225 gm tepung gandum
1 sudu kecil emplex
4 sudu kecil kulit oren 2 biji kuning telur
175 gm gula aising
Secubit garam
Putih telur & walnut hancur sebagai hiasan


Cara:

Ayak kesemua tepung dan emplex, ketepikan. Panaskan mentega sampai cair dan sejukkan. Pukul telur, gula, garam dan kulit oren hingga sebati. Campurkan kesemua bahan lain termasuk mentega yang dicairkan. Gunakan beg paiping, masukkan adunan dan paipkan secara bertingkat ke atas dulang pembakar. Sapukan putih telur di atas biskut dan taburkan walnut hancur. Bakar selama 30-40 minit pada suhu 150C.


 

Kembali ke atas...


 



Biskut Bulan Sabit

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising 1 biji telur
320 gm tepung


Cara:
Pukul mentega dan gula hingga separuh naik. Masukkan telur putih dan pukul lagi. Campur tepung. Gaul rata dan terap mengikut suka. Biar empat jam dan bakar.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Dam

Bahan-Bahan:
900 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
sudu teh garam
200 gm mentega
250 gm gula kastor 2 biji telur
2 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh jus lemon
50 gm serbuk koko


Cara:

Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam. Pukul mentega, gula, telur dan parutan kulit lemon serta jus lemon. Masukkan campuran tepung sambil digaulkan hingga menjadi doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi warna oren. Canai dan corakkan kemudian bolehlah dipotong-potong dan dibakar hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Gula Kipas

Bahan-Bahan:

375 gm mentega
500 gm gula
4 biji telur
1 camca teh esen vanila 700 gm tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh garam
Sedikit gula yang diwarnakan


Cara:
Pukul mentega bersama gula sehingga berkrim. Masukkan telur dan vanila. Pukul rata.
Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. Gaul rata. Tutup dan simpan adunan di dalam peti sejuk selama sejam.
Tabur gula yang diwarnakan atau hiasan lain.
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.
Canai adunan setebal 1 cm. Terapkan mengikut bentuk kipas.
Lengserkan dulang pembakar dengan mentega dan atur biskut. Bakar lebih kurang 6 - 8 minit.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Inti Kelapa

Bahan-Bahan:
1 cawan majerin
cawan lemak sayuran
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh vanila

Bahan inti:
cawan gula kastor
1 biji putih telur
100 gm kelapa
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh vanila


Cara:
Campur semua bahan inti dan ketepikan.
Untuk membuat biskut, pukul sebati majerin, lemak sayuran dan gula halus. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
Campur tepung gandum, tepung jagung adn vanila dan uli sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan picit di dalam mangkuk. Jangan terlalu penuh.
Masukkan inti di tengah dan bakar.


 

Kembali ke atas...


 



Biskut Jejari

Bahan-Bahan:
220 gm mentega
80 gm gula
1 biji telur 250 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila


Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
Ayak tepung dan campurkan ke dalam adunan mentega. Kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan picit bentuk jejari dan picit ke dalam dulang pembakar.
Bakar hingga kuning.


 

Kembali ke atas...


 



Biskut Jasmin

Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm serbuk gula
200 gm tepung
2 camca sedang tepung aiskrim vanila
2 camca sedang tepung kastard 1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
camca teh garam
1 camca sedang susu pekat
Sedikit serbuk koko


Cara:
Kacau mentega, telur, esen vanila, tepung aiskrim, garam, susu dan gula hingga pekat. Masukkan tepung kastard dan tepung. Uli hingga sebati. Ambil sedikit adunan, bubuh serbuk koko dan uli hingga rata. Masukkan ke dalam acuan dahlia. Mula-mula picit warna biasa kemudian ditindih dengan adunan berwarna koko. Susun di atas dulang pembakar dan bakar hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Halia Rangup

Bahan-Bahan:
100 gm mentega atau marjerin
75 gm gula merah lembut
1 sudu besar madu lebah Bahan-bahan diayak sekali:
200 tepung gandum
2 sudu teh paras serbuk penaik
1 sudu teh paras soda bikarbonat
1 sudu teh halia giling
1 sudu teh kulit kayu manis (digiling)
Kepingan halwa halia


Cara:

Pukul mentega, gula dan madu lebah. Masukkan dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan. Jika adunan itu menggumal, masukkan sedikit susu untuk melembutkannya. Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil dan ratakan. Hiaskan dengan kepingan halwa halia. Atur agak jauh-jauh, di atas dulang pembakar (kerana biskut mengembang ketika dibakar). Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan dahulu kira-kira 20 - 25 minit sehingga nampak kecoklatan.

 

Kembali ke atas...


 




Biskut Kapas Salji (Melted in Your Mouth!)

Bahan-Bahan:
2 cawan/buku butter
2 biji kuning telur
1 cawan gula halus
4 cawan tepung sagu/ubi
1 tin tepung kupu-kupu
1 sudu teh baking powdwer

Cara:
1. Tepung sagu digoreng hingga ringan. Sejukkan.
2. Pukul mentega dan gula.
3. Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan tepung kupu-kupu sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli hingga sebati.
5. Masukkan tepung sagu sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang gebu.
6. Terap mengikut acuan pilihan.
7. Bakar selama 15-20 minit.

 

Kembali ke atas...


 




Biskut Kelapa Rangup

Bahan-Bahan:
250 gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk buah pala
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
125 gm mentega
50 gm gula perang
1 biji kuning telur sudu teh esen vanila
sudu teh perasa badam
2 sudu teh parutan kulit lemon
2 biji putih telur
90 gm kelapa kering
Ceri untuk hiasan


Cara:
Gaulkan tepung, garam, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala. Pukul mentega, gula, kuning telur dan perasa serta parutan kulit lemon. Campurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan doh dan celupkan dalam putih telur kemudian gelek dalam kelapa. Hiaskan dengan ceri dan bakar hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Kelapa Riben

Bahan-Bahan:
200 gm mentega
50 gm lelemak sayur
130 gm gula aising
1 biji kuning telur 1 sudu besar santan serbuk
190 gm tepung gandum
Garam
Buah ceri hijau dan merah


Cara:
Pukul mentega, lelemak sayur dan gula aising hingga sebati.
Masukkan serbuk santan dan kacau hingga sebati.
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan bertuk riben dan hias dengan ceri.
Bakar pada suhu 140 darjah Celcius selama 20 minit.
 

Kembali ke atas...


 



Biskut Kerisik

Bahan-Bahan:
200 gm mentega
200 gm gula halus
1 biji telur
camca teh esen vanila 100 gm kelapa goreng, dikisar halus (kerisik)
camca teh serbuk penaik
Tepung berserbuk penaik secukupnya


Cara:
Kacau mentega bersama gula. Masukkan telur, esen vanila, serbuk penaik, kerisik. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung dan uli dengan tangan hingga lembut. Canai dan terap mengikut suka. Kemudian atur di atas tin pembakar dan bakar pada kepanasan 150 darjah hingga kuning.

 

Kembali ke atas...


 



Biskut Kopi Raya


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
150 gm gula perang
2 biji kuning telur
1 camca teh serbuk kopi dibancuh dengan sedikit air
125 ml santan
80 gm tepung beras 300 gm tepung serba guna
100 gm tepung atta
80 gm serbuk kacang hazel
2 camca teh esen vanila
2 camca teh serbuk penaik
1 biji kuning telur
cawan coklat urai

Cara:

Putar mentega bersama gula perang dan kuning telur hingga kembang. Kemudian tuang bancuhan kopi. Putar lagi.
Masukkan santan bersama tepung beras, tepung serba guna, tepung atta, serbuk kacang hazel dan esen vanila. Uli perlahan-lahan hingga menjadi doh. Canai doh. Terapkan dengan acuan pilihan. Buat hingga habis doh.
Sapu kuning telur ke atas doh dan tabur coklat urai. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit.

 

 

Kembali ke atas...