StayerKiller@Resepi

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Sayur

 1.    Buncis Goreng Dengan Taucheo
 2.   
Campuran Sawi Mee
 3    
Cendawan Abalon Dengan Ayam Dalam Periuk Tanah
 4.   
Cendawan Cek Mek Molek
 5.   
Cendawan Hitam Dan Sos Tiram
 6.
    Cendawan Hitam Dengan Bebola Ayam
 7.   
Cendawan Liar Sumbat Zucchini
 8.    
Cendawan Masak Negeri
 9.    
Cendawan Segar Bersama Udang
10.  
Cendawan Tiram Cameron Bersama Sos Tiram
11.  
Cendawan Tumis Cilipadi
12   
Cendawan Shitake Dengan Sawi Cina
13  
 Cendawan Rendang
14  
 Cendawan Masak Lemak Cilipadi
15
   Cendawan Hitam Ala Szechuan
 

        Lain

 

 


Buncis Goreng Dengan Taucheo


Bahan-Bahan:
250 gm kacang buncis (dibuang uratnya tepinya & dihirias tebal menyerong)
250 gm bahagian dalam ayam air didihan yang bergaram
2 sudu minyak makan
3 ulas bawang putih (dihiris tipis)
6 ulas bawang merah (dihiris tipis)
1.2 cm halia
1.2 lengkuas
5 mata petai-jika suka
1 sudu belacan (dibakar) 1 sudu taucheo
1 helai daun limau purut
1 helai daun salam
¾ biji kelapa (diparut)
5 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya
6 batang lada hijau (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
¼ cawan air asam jawa
Secubit gula


Cara:
Rebuskan bahagian dalam ayam (hempada),hati,jantung & lain-lain dalam air bergaram hingga lembut.Tapis air rebusannya & simpan.Potong bahan-bahan yang telah direbus itu & diketepikan. Pijarkan minyak di atas api yang sederhana.Goreng bawang putih & bawang merah hingga layu,Kemudian masukkan isi dalam ayam tadi, halia,lengkuas & petai. Goreng selama 2-3 minit.Masukkan belacan,taucheo,daun limau purut & daun salam.Teruskan menggoreng selama 3-5 minit. Kecilkan api. Dengan menggunakan air rebusan yang disimpan,diperahkan 11/2 cawan santan dari kelapa parut. Taburkan ke dalam kulai kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan lada & kacang buncis. Teruskan didihkan perlahan-lahan hingga sayur masak (jangan sampai lecur. Masukkan air asam jawa & gula.Rasalah asam garamnya. Angkat dari api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih & hidangan-hidangan lain.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

 

Kembali ke atas...


 


Campuran Sawi Mee

Bahan-Bahan:
500 gm sawi hijau/sawi bunga (asingkan daun & batangnya)
½ cawan minyak makan
3 ulas bawang putih (dihiris tipis)
6 ulas bawang merah (dihiris tipis)
1 labu sedang bawang besar (dicincang)
90 gm daging lembut (dihiris tipis)
Garam & lada sulah secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa Kicap cair secukup rasa
¼ cawan air panas
90 gm lobak merah (dihiris tipis)
90 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya; diperasakan)
1 biji tomato hijau (dihiris)
1 batang lada merah (dihiris menyerong & dibuang bijinya)
1 biji tomato masak (dicincang)


Cara:
Siang batang & sayur secara bahagian supaya sama besar. Cuci & toskan betul-betul.Pijarkan minyak atas api sederhana.Goreng bawang putih & bawang merah hingga garing.Toskan minyak ke dalam periuk & ketepikan. Masukkan bawang besar ke dalam minyak & goreng hingga hening warnanya. Masukkan daging & serbuk perasa secukup rasa. Goreng daging hingga garing & kecilkan api.Masukkan air panas & lobak merah.Masak perlahan-lahan hingga lobak merah itu hampir empuk. Masukkan udang,tomato hijau & batng sawi. Apabila batang sawi itu lembut,masukkan lada & daun sawi. Masak sebentar sahaja & sesuaikan rasanya. Angkat dari api. Masukkan tomato & bawang putih serta bawang merah yang telah diketepikan tadi.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4-6 orang saja

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Abalon Dengan Ayam Dalam Periuk Tanah

Bahan-Bahan:
160 gm cendawan abalon
120 gm ayam
40 gm sos tiram
20 gm halia
30 gm daun bawang 1 camca teh kicap cair
½ camca teh kicap pekat
Serbuk perasa
Garam
3 camca teh tepung jagung


Cara:
Buang batang cendawan abalon. Potong ayam berkeping-keping & gaul bersama kicap cair. Goreng ayam sekejap sehingga separuh masak & ketepikan.
Goreng daun bawang & halia serta sos tiram. Kemudian masukkan ayam & cendawan abalon dalam sos. Tambah air 240 gm & masak bahan-bahan tadi tiga minit. Akhirnya, masukkan kicap cair & pekat, serbuk perasa, gula & tepung jagung. Masukkan semua bahan dalam tanah dan masak dua minit.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Cek Mek Molek

Bahan-Bahan:
500 gm cendawan abalon (dibelah dua)
500 gm bawang besar (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
3 helai daun kunyit (dihiris)
1 inci halia (digiling) 2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji kelapa -santan
200 gm cili kering (digiling)
1 botol sos tomato
Minyak masak
Garam secukup rasa


Cara:
Panaskan minyak & tumis bawang merah, serai, sebahagian daun kunyit, halia & bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering yang digiling & masak sehingga naik minyaknya.Masukkan sos tomato & masak hingga sebati. Masukkan santan & cendawan & masak hingga pekat.Tabur daun kunyit selebihnya & kacau. Sebelum menghidang, hiaskan dengan cili merah & bawang yang dihiris bulau-bulat.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Hitam Dan Sos Tiram

Bahan-Bahan:
200 gm cendawan hitam (direndam ½ jam)
½ camca teh kicap pekat
1 camca besar sos tiram
2 camca teh kicap cair
1 camca teh bawang putih (dicincang) 1 camca teh serbuk perasa
1 mangkuk aur rebusan ayam
2 camca besar minyak masak
¼ camca teh serbuk lada sulah
30,tepung jagung


Cara:
Panaskan minyak dalam kulai.Tumis bawang putih 1/2 minit.Masukkan air rebusan ayam & recah perasa. Masukkan cendawan dalam kuah & masak 15 minit. Angkat & atur dalam pingan hidang.Pekatkan kuah menggunakan tepung jagung, tuang di atas cendawan & hidang.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Hitam Dengan Bebola Ayam

Bahan-Bahan:
10 kuntung cedawan hitam
5 keping tauhu
250 gm isi ayam
20 gm tiram kering
100 gm sawi 1 camca besar minyak bijan
1 camca besr cuka
150 gm minyak masak
Gula
Garam perasa


Cara:
Cingcang daging ayam & buat bebola. Goreng tauhu sehingga garing. Celur semua bahan & letak dalam pingan yang dikeliling sawi.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Liar Sumbat Zucchini

Bahan-Bahan:
25 gm cendawan hitam
25 gm cendawan shitake
10 gm morel
15 gm cendawan tiram
60 gm serbuk roti 30 gm daging lembu
2 camca besar mentega
1 biji zucchini
50 gm keju chedder parut
3 camca besar napolitana


Cara:
Potong dua zucchini & keruk isinya, tinggal kulitnya setebal 5 mm.Cincang isi itu bersama cendawan. Goreng dalam mentega sehingga lembut, bersama daging lembu.Campur 60 gm serbuk roti & napolitana. Longgokkan campuran itu dalam kulit zucchini. Tabur keju cheddar & kuah selebihnya di atasnya. Tutup & bakar 180'c selama 30 minit

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Masak Negeri

Bahan-Bahan:
6 keping cendawan
1 inci kunyit basah, (digiling)
1 inci halia,(digiling)
10 ulas bawang kecil (duhiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
20 biji cili api, (digiling) 1 helai daun kunyit (dihiris)
3 batang serai, (dihiris)
½ inci lengkuas ( digiling)
3 biji buah keras (digiling)
1 biji kelapa (santan)
Garam secukup rasa


Cara:
Masukkan bahan-bahan yang digiling & dihiris bersama santan dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana. Apabila kuahnya hampir pekat, masukkan cendawan & garam secukup rasa.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Segar Bersama Udang

Bahan-Bahan:
100 gm udang
8 kuntung cendawan hitam (sederhana)
120 gm brokoli 1 biji putih telur
Garam & lada
Gula
Tepung jagung


Cara:
Tumbuk udang sampai hancur.Tambah garm & serbuk perasa secukup rasa.Rendam cendawan dalam air sehingga lembut & buang batangnya. Celur brokoli. Letak udang diatas cendawan hitam & kukus. Goreng brokoli, tambah sedikit garam,lada,gula secukup rasa. Letak udang di tengah-tengah pingan & bubuh bunga brokoli di sekelilingnya. Masak Tepung jagung bersama sedikit air & masukkan serbuk perasa,garam,lada & gula. Tuang kuah ini dalam pinggan tadi.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Tiram Cameron Bersama Sos Tiram

Bahan-Bahan:
150 gm cendawan tiram
30 gm rebung
30 gm lobak merah
20 gm snow peas (kacang laper)
2 camca teh minyak masak
½ camca teh bawang putih ½ camca teh kicap putih
2 camca teh kicap cair
1 camca sos tiram
1 camca besar tepung jagung
¼ camca teh serbuk lada putih
½ mangkuk air rebusan ayam
¼ camca teh serbuk perasa


Cara:
Panaskan minyak masak kulai, masukkan bawang putih & kacau seminit.Kemudian masukkan cendawan,rebung,snowpeas,lobak merah & goreng 3 minit. Masukkan air rebusan ayam & perasa. Merenih tiga minit, pekatkan menggunakkan tepung jagung.

 

Kembali ke atas...

 


 

Cendawan Tumis Cili Padi

Bahan-Bahan:
150 gm cendawan
10 tangkai cili padi - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
7 ulas bawang merah - dihiris 1.5 cm halia
Garam
Serbuk perasa - jika suka


Cara:
Tumiskan bahan-bahan hirisan. Apabila rebusan mendidih masukkan cendawan. Biarkan seketika sebelum diangkat.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Shitake Dengan Sawi Cina

Bahan-Bahan:
105 gm sawi cina
120 gm cendawan shitake
60 gm ikan (dicincang)
15 gm cendawan hitam (dicincang) 1 biji putih telur
20 gm tepung jagung
½ camca teh serbuk perasa
1 camca teh kicap
½ camca teh serbuk lada
1 ¼ camca teh garam


Cara:
Satukan cincang udang-udang, ikan & cendawan. Gaulkan sebuk perasa, garam & lada. Rendam cendawan shitake 20 minit & keringkan. Isikan bahan cincang dalam cendawan & kukus 10 minit. Celurkan sawi cina bersama sedikit garam 2-3 minit & atur bersama cendawan. Bubuh semangkuk air rebusan ayam dalam kuali, masukkan kicap, serbuk perasa, 1/2 camca teh garam & pekatkan menggunakan tepung jagung,sebelum memasukkan putih telur. Tuang kuah siap sedia di atas cendawan dan sawi cina.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Rendang

Bahan-Bahan:
500 gm cendawan shatake (dibuang tangkai)
50 gm bawang besar (dihiris
30 gm bawang merah (dihiris)
10 gm bawang putih (dihiris)
20 gm kerisik
10 gm lengkuas (digiling) 4 batang serai (dihiris)
2 helai daun kunyit (dihiris)
10 biji buah keras (digiling)
40 gm minyak masak
100 gm cili masak (digiling)
1 biji kelapa -santan


Cara:
Panaskan minyak & tumis bawang yang dihiris hingga garing. Masukkan halia, lengkuas, buah keras.Kacau hingga naik minyak. Masukkan cili giling. Apabila sudah naik minyak, masukkan santan, masak hingga kuahnya pekat baru masukkan cendawan. Apabila hendak diangkat, baru masukkan kerisik, garam secukup rasa.

 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:
150 gm cendawan tiram
2 cawan santan daripada ½ biji kelapa
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor (sedikit garam)
1 camca teh bijan perasa, jika suka Bahan untuk dikisar :
2 camca kunyit hidup
2 camca lengkuas
2 biji cili padi
2 batang serai


Cara:
Bersihkan cendawan dan ketepikan.Masuk
kan santan di dalam yang dikisar.Kacau
perlahan di atas api hingga mendidih.
Kemudian masukkan daun kunyit, asam gelugor, garam, dan perasa. Akhir sekali masukkan cendawan.Hidangkan
panas-panas.
 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Hitam Ala Szechuan

Bahan-Bahan:

20 g sos tow pan
50 gm sos tomato
50 gm cendawan hitam
50 gm ayam cincang
50 gm sengkuang cina 10 ekor udang sederhana
2 biji telur
150 gm minyak masak
½ tin jagung manis
Garam


Cara:
Pukul telur & goreng. Gaulkan udang bersama serbuk perasa & garam. kemudian kukus. Goreng cendawan hitam, sengkuang cina, ayam cicang bersama sos tomato & sos tow pan. Letakkan semua bahan di atas telur goreng & gulung. Masak jagung muda,tambah serbuk perasa & garam secukup rasa. Atur udang kukus dalam pingan. Tuang jangung manis di atas udang.

 

Kembali ke atas...