StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Sayur

 1.    Cendawan Bersama Sotong Kering
 2.    Campuran Bersama Susu Cair
 3     Bunga Kubis Berdaging
 4.    Cendawan Vol Au Vent
 5.    Chap Chai(Masakan Sayur Campur)
 6.
    Cili Sumbat Berdaging
 7.    Dalca Sayur
 8.    Goreng Bendi Udang
 9.    Goreng Perut Kacang Botol
10. 
 Gulai Lemak Labu Dengan Udang
11.   Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Petai
12    Gulai Nenas

13.   Gulai Pisang Emas Muda
     

         kembali
 


Cendawan Bersama Sotong Kering

Bahan-Bahan:

40 gm kucai kuning
30 gm cendawan hitam
30 gm cendawan abalon
40 gm sotong kering
20 gm lada sulah
20 gm tauge
10 gm lada merah Serbuk perasa
Garam
Gula
1 camca teh kicap cair
1 camca teh tepung jagung
10 gm halia
10 gm daun bawang
10 gm sos tiram
10 gm bawang putih
Cara:
Rendam cendawan dalam air & hiris nipis-nipis. Potong cili hijau & merah nipis-nipis. Rendam sotong kering & potong. Potong kucai kuning kira-kira
2 inci. Goreng sekejap tauge bersama daun bawang & ketepikan. Hiris halia, bawang putih, daun bawang kemudian goreng. Masukkan cendawan, sotong kering, cili merah & hijau, serbuk perasa, garam, gula, kicap cair & goreng. Tambah dua camca air & tepung jagung, Kemudian masukkan kucai kuning &tauge. Akhir sekali, masukkan sos tiram secukup rasa.


 

Kembali ke atas...


 


Cendawan Bersama Susu Cair

Bahan-Bahan:

10 kuntung cendawan
250 gm brokoli
40 gm bihun
40 gm ayam
40 gm daging ketam
80 gm sos tiram 4 biji putih telur
70 gm sos tiram
tin susu cair
150 gm minyak masak
Gula
Serbuk perasa
Garam


Cara:
Goreng bihun & letak di tengah-tengah pingan.Celur brokoli bersama sedikit garam. Campurkan putih telur,ayam,isi
ketam & kemudian goreng. Masukkan serbuk perisa garam & gula secukup rasa.
Letak gorengan di atas bihun. Goreng cendawan bersama sos tiram. Tumbuk udang & letakkan di atas cendawan hitam untuk mengkukus. Susun cendawan & brokoli keliling pingan.


 

Kembali ke atas...


 


Bunga Kubis Berdaging

Bahan-Bahan:
1 biji kubis, dikukus
300 gm daging cincang
100 gm sayur campuran
1 camca teh serbuk jintan manis
5 biji bawang merah, digiling
1 ulas bawang putih, digiling 1.25 sm halia digiling
2 biji bawang besar, dipotong dadu
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng


Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan-bahan digiling, serbuk jintan manis. Tumis hingga garing. Masukkan daging cincang, garam dan sayur campuran. Kacau hingga rata. Biarkan hingga kering baru masukkan bawang goreng. Kacau lagi. Kubis dibuka kelopaknya dan masukkan daging goreng tadi. Hias ikut suka.

 

Kembali ke atas...


 




Cendawan Vol Au Vent

Bahan-Bahan:
1 keping kulirt Vol Au Vent (boleh dibeli di pasaran)
25 gm cendawan hitam (dicincang)
25 gm cendawan shitake (dicincang)
25 gm cendawan tiram (dicincang)
10 gm cendawan butang (dicincang)
5 gm kacang hijau
5 gm lobak merah (dicincang) 5 gm bawang (dipotong dadu)
2 camca besar krim Pekat
1 camca besar Aromat (boleh dibeli di pasaran)
2 camca besar pati ayam
camca teh serbuk lada
1 camca besar mentega
30 gm keju parut


Cara:
Goreng cepat-cepat cendawan dalam mentega. Masukkan pati ayam,aromat,lada.
Merenih 2 minit. Bubuh atas Vol Au Vent bersama keju parut.


 

Kembali ke atas...


 


Chap Chai(Masakan Sayur Campur)

Bahan-Bahan:
100 gm kulit tauhu kering(direndam)
300 gm tauhu putih(dipotong ikut suka)
50 gm lobak merah(dipotong ikut suka)
100 gm kobis(dipotong ikut suka)
10 gm halia(dihiris halus)
50 gm suun(direndam)
20 gm bawang putih(ditumbuk)
10 ml sos tiram
20 ml minyak jagung


Cara:
Halia,bawang putih ditumis hingga wangi.
Masukkan sayuran,kulit tauhu,suun & lobak merah.Masukkan sedikit air,biar mendidih baru masuk sos tiram.Gaul hingga rata & boleh dihidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Cili Bersumbat Daging

Bahan-Bahan:
200 g daging kisar
10 biji cili merah
8 biji cili hijau
2 ulas bawang merah ] dikisar
2 ulas bawang putih ] 1 biji kentang rebus
1 tangkai daun sup
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa


Cara:
Cili dibelah dua. Kentang dilecek hingga lumat. Gaulkan daging dengan kentang dan bahan-bahan yang lain hingga sebati. Sumbatkan daging ini ke dalam cili. Buat begini hingga habis. Goreng cili ini dalam minyak yang panas hingga masak.


 

Kembali ke atas...


 


Dalca Sayur

Bahan-Bahan:

150 gm kacang dhal (rendam hingga kembang)
3 biji ubi kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
5 batang kacang panjang (dipotong 2 cm)
2 biji terung bulat (dibelah enam)
5 batang kacang bendi (dipotong dua)
biji kubis bulat (dipotong dadu)
6 biji tomato (dibelah enam)
2 labu bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 mangkuk kecil santan pekat
70 gm serbuk cili
120 gm serbuk kari ikan
50 gm jintan putih
Minyak masak
Garam


Cara:
Tumis bahan dihiris hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili dan tumis hingga naik minyak.
Masukkan serbuk kari ikan dan jintan putih. Biarkan seketika.
Curahkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan kacang dhal, ubi kentang dan biarkan setengah masak.
Masukkan sayur yang lain dan masak hingga sayur empuk dan masukkan garam.
Akhir sekali, masukkan tomato dan angkat.


 

Kembali ke atas...


 



Goreng Bendi Udang


Bahan-Bahan:
10 batang bendi
6 tangkai cili merah(di tumbuk kasar)
6 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar (ditumbuk kasar) 5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
kg udang basah
Garam secukup rasa
1 senduk minyak penumis


Cara:
Bendi dibasuhkan dan toskan. Apabila kering, potong serong-serong. Panaskan kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Campurkan udang dan garam lalu goreng hinnga setengah masak. Masukkan bendi dan kacau sebentar. Tutup kuali dua minit lalu angkat.


 

Kembali ke atas...


 


Goreng Perut Kacang Botol
 

Bahan-Bahan:
20 biji kacang botol
5 ulas bawang merah  dimayang
2 ulas bawang putih
300 g perut lembu
2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap
1 biji buah tomato - dimayang bulat
2 sudu besar minyak kelapa
Gula, garam dan ajinomoto


Cara:
Kacang dipotong sepanjang 7.5 sm dan dicelur sekejap. Perut dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian angkat dan dipotong kecil. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang. Bila garing masukkan perut. Gorengkan lagi. Setelah itu masukkan semua bahan yang lain. Goreng-gorengkan sekejap dan masukkan kacang botol yang telah dicelur itu. Angkat dan hidangkan.


 

Kembali ke atas...


 



Gulai Labu Lemak dengan Udang

Bahan-Bahan:
600 gm labu lemak
600 gm udang (sedang)
2 cm belacan
10 biji cili kering
biji kelapa
4 labu bawang merah 2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 hiris lengkuas
sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa


Cara:
Potong labu setebal 2.5 cm x 2.5 cm. Tumbuk atau mesin cili kering, bawang putih, bawang merah, lengkuas dan serai serta belacan. Gaul perencah bersama kunyit. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis perencah. Masukkan udang dan kacau. Masukkan kemancar santar dan labu. Kacau selalu. Setelah labu empuk, masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan garam. Apabila masak, angkat.

 

Kembali ke atas...


 



Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Petai

Bahan-Bahan:
200 gm pucuk ubi
1 biji kelapa
3 papan petai yang cukup tua
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 10 biji cili api
50 gm udang hidup
1 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Cara:
Bersihkan pucuk ubi. Petai dibelah-belah ambil isinya. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang putih hingga lumat. Serai dititik. Kelapa diambil santannya secukup untuk digunakan. Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk bersama pucuk ubi, petai dan serai. Kemudian jerangkan sehingga mendidih


 

Kembali ke atas...


 



Gulai Nenas

Bahan-Bahan:
5 keping ikan tenggiri
biji nenas (dipotong-potong)
cawan air asam
2 cawan air sejuk
1 sudu besar gula
Garam ikut rasa Digiling:
1 batang serai (dititik)
8 ulas bawang merah
10 biji cili kering
1.2 sm belacan
1.2 sm lengkuas
2.5 sm kunyit


Cara:
Panaskan minyakdan tumis bahan giling serta serai hingga naik baunya. Masukkan garam, gula, air dan nenas masaklah hingga mendidih. Bila telah mendidih masukkan ikan dan bila telah masak bolehlah diangkat.


 

Kembali ke atas...


 



Gulai Pisang Emas Muda

Bahan-Bahan:

1 sisir pisang emas muda
250 gm serbuk kari ikan
200 gm ikan bilis Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
10 tangkai cili kering
3 cm halia
1 biji kelapa (diambil santannya)
3 sudu besar minyak untuk menumis


Cara:
Kupas pisang dan potong isinya mengikut citarasa. Rendam di dalam air dan garam lebih kurang 10 minit.
Semasa proses rendaman, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar lebih kurang 5 minit.
Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. Tuskan pisang dan masukkan ke dalam tumisan.
Masukkan santan dan didihkan sehingga pisang empuk. Angkat dan hidangkan mengikut selera.
 

Kembali ke atas...