StayerKiller@Resepi@resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Kuih
                                                                                                               

 1.    Apam Gula Merah
 2.    Badak Berendam
 3.   
Apam Gula Hangus
 4.    Bangkit Rapuh
 5.   
Akak Berlauk
 6
.    Apam Tepung Beras
 7.    Abuk-Abuk Pisang
 8.    Asam Gumpal
 9.    Bantal Kurma
 10. 
Kuih Cara
 11.  Puteri Ayu
 12.  
Kuih Makmur
 13.
  Talam Pandan

         lain

 


Apam Gula Merah


Bahan-Bahan:
500 gm tepung gandum

Sebesar ibu jari yis basah
cawan gula merah, dimasak dan tapis cawan gula pasir
4 cawan air

Cara :
Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati.
Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul.
Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam.
Adunan akan naik tiga kali ganda.
Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan.
Tuang adunan dan kukus hingga masak.
Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.


Kembali ke atas...


 


 

Badak Berendam


Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat 2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam


Cara :
Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut.
Ketepikan.
Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.
Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya.
Kemudian kukus hingga masak.


Kembali ke atas...


 


Apam Gula Hangus 
 

Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum 3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat

Cara :
Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air.
Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus.
Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu.
Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.


Kembali ke atas...


 


Bangkit Rapuh 

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung ubi

1 cawan tepung gandum 8 biji telur
1 cawan gula halus

Cara:
Tepung gandum dan tepung ubi direndang hingga wangi baunya.
Pukul telur hingga naik.
Gaulkan gula dengan kedua-dua jenis tepung tadi dan masukkan telur. Uli hingga menjadi lembut dan sebati.
Canai adunan tadi dan terap dengan acuan yang sesuai.
Bakar hingga molek kuningnya.

Kembali ke atas...


 



Akak Berlauk


Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum

Bahan untuk inti:
500 gm daging lembu

500 gm bawang besar 2 sudu besar rempah kermuk
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.


Cara membuat inti:
Daging direbus dan dihiris halus.
Bawang besar dipotong nipis.
Campurkan semua rempah yang telah digiling.
Sediakan kuali dengan minyak.
Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging.
Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa.
Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.

 

Kembali ke atas...


 



Apam Tepung Beras 
 

Bahan-Bahan:
600 gm tepung beras
yis secukupnya
air sejuk
2 cawan gula pasir pewarna merah
1 biji kelapa
acuan apam


Cara :
Gula pasir dilarutkan dan disejukkan.
Bancuh tepung beras dan yis.
Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah.
Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Kembali ke atas...


 



Abuk-Abuk Pisang


Bahan-Bahan:
10 biji pisang masam
1 cawan sagu biji mata ikan
1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam Sedikit

Cara:
Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya.
Buang kulit pisang dan belah dua.
Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan.
Bancuh santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api.
Masukkan sedikit pewarna merah.
Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku.
Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat.
Kemudian angkat.
Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang.
Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas.
Buat begini hingga selesai.
Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Asam Gumpal


Bahan-Bahan:
250 gm biji sago
2 liter air
5 gm garam halus Kuah:
1 liter santan
60 gm gula merah
15 gm biji halba
20 gm bawang merah (dihiris)
15 gm halia (dihiris)

Cara :
Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak.
Tapis dan sejukkan.
Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat.
Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya.
> Masukkan santan, gula merah dan biji halba.
Didihkan sehingga menjadi pekat.

Kembali ke atas...


 



Bantal Kurma
Bahan-Bahan:


100 g mentega
4 biji epal hijau (dibuang biji dan dipotong dadu)
Secubit serbuk rempah kek
75 g gula perang
2 camca besar gajus rangup (dikisar kasar) 1 camca besar tepung serba guna (dibancuh dengan 2 camca besar air)
12-15 kulit popia
Minyak masak (untuk menggoreng)


Cara :
Cairkan mentega di dalam periuk besar.
Ketepikan.
Masukkan epal, kacau hingga ia sebati.
Masukkan semua bahan lain, kecuali kulit popia dan minyak masak, kacau di atas api perlahan selama tiga minit
Kacau selama 8-10 minit di atas api kuat hingga epal karamel. Biar ia sejuk
Bubuh sedikit inti di dalam kulit popia dan bungkus (seperti ketayap).
Buat hingga habis inti dan kulit popia. Panaskan minyak di dalam kuali.
 

Kembali ke atas...


 


Kuih Cara


Bahan-Bahan
 300 g tepung gandum
1 biji telur ayam
biji kelapa
4 helai daun pandan 
garam secukup rasa
gula secukup rasa 
Alat: Acuan pembakar kuih baulu


Cara :
1.Ayakkan tepung gandum supaya ia menjadi ringan kemudian masukkan ke dalam mangkuk.    v 2.Pukulkan telur hingga menjadi kembang kemudian masukkan ke dalam tepung gaul hingga rata.   
3.Daun pandan ditumbuk dan campurkan sedikit air kemudian diperah ambilkan airnya.   
4.Tuangkan santan ke dalam tepung bersama air daun santan kemudian dikacau supaya tidak  berketul.   
5.Pastikan bancuhan tadi tidak terlalu pekat dan cair, masukkan garam secukup rasa.   
6.Panaskan acuan, sapukan dengan margerin dan masukkan bahan tadi ke dalam adunan, taburkan sedikit gula.  
7.Apabila bahagian tepinya sudah kuning bolehlah diangkat, ambilkan dua biji cara dan tangkupkan menjadi satu. Boleh dihidang.

Kembali ke atas...


 


Puteri Ayu


Bahan-Bahan
2 cawan gula halus 
2 cawan pati santan 
10 helai daun pandan 
6 biji telur ayam 
1 sudu teh ovalette dibancuh dengan satu sudu air suam 
2 sudu besar baking powder 
5 cawan tepung gandum 
kelapa parut (putih sahaja digaulkan dengan sedikit garam)


Cara :
1.Pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang, daun pandan dikisar ambil patinya sahaja.   
2.Masukkan santan, air, daun pandan, tepung dan baking powder ke dalam adunan gula sambil dikacau hingga sebati.   
3.Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan.
Setelah itu, masukkan kelapa parut ke dalam acuan dan tekankan hingga sebati.
4.Kemudian tuangkan adunan tepung ke dalamnya.
Buat hingga selesai dan kemudian bolehlah dikukus hingga masak.

Kembali ke atas...


 


Kuih Makmur


Bahan-Bahan
450 gm tepung gamdum
125 minyak sapi
4 biji telur ( ambil putih sahaja)
185 gm gula kisar
300 gm kacang tanah digoreng
2 sudu gula


Cara :  
1. Kacang ditumbuk dan digaulkan dengan gula
2. Masukkan ke dalam satu bekas untuk digunakan sebagai intinya
3.Minyak sapi dan putih telur dipukul hingga cair dan ramas-ramaskan   dengan tepung hingga lembut
4.Ambil sebesar ibu jari adunan dan leperkan di atas daun pisang   
5. Masukkan 1 sudu teh inti kacang ke dalamnya dan ditutupkan balik kulitnya
6. Bentukkan seperti buah durian dan sepit di atasnya
7. Bila telah siap, bakar selama 20 minit
8. Angkat, sejukkan dan taburlah gula kisar di atasnya
 

Kembali ke atas...


 


Talam Pandan
Bahan-Bahan


(Lapisan bawah)
2 cawan tepung beras
2 biji telur
5 cawan santan
1 cawan gula


(Lapisan atas)  
4 biji telur  
3 cawan santan 
5 sudu besar tepung 
1 cawan gula
esen pandan
pewarna hijau


Cara :
1.Campurkan semua bahan untuk lapisan bawah. Kukus di dalam loyang.
2.Campurkan semua bahan untuk lapisan atas dan pukul hingga sebati
3.Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak
4.Setelah sejuk barulah boleh dipotong.
 

Kembali ke atas...