StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Pencuci Mulut

 1.    Banana Egg Roll
 2.    Dadih Istemewa
 3.   
CoCoa Da Milk Shake
 4.    Bubur Barli
 5.    Buah-Buahan Pengantin
 6
.    Easy Custard Caramel
 7.    Bergedil Roti
 8.    Agar-Agar Seri Kaya
 9.    Mix Fruit Cocktail Punch
 10.  Karamel Gula Hangus
 11.  Puding Karamel
 12.  Puding Roti
 13.  Puding Jagung
 14.  Tapai Sarawak
 15.  Puding Pelangi
 16.  Pulut Seri Kaya

        Lain
 

 


Banana Egg Roll

Bahan-Bahan:

2 biji pisang berangan
2 keping kulit popiah
2 gm serbuk kulit manis
8 gm gula 1 biji kuning telur
20 gm gula merah
55 gm aiskerim
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)


Cara :

Kopek kulit pisang. Campurkan serbuk kayu manis dan gula. Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas pisang. Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas pisang. Bentangkan kulit popiah dan letakkan pisang, kemudian gulung. Letakkan kulit popiah dengan menggunakan kuning telur. Panaskan minyak dan goreng pisang yang telah digulung. Hidangkan bersama-sama aiskrim.

Kembali ke atas...


 


Dadih Istimewa  

 

Bahan-Bahan:

380 ml krim putar
120 g gula pasir
4 camca teh gelatin sayuran (direndam 90 ml air 10 minit)
540 ml dadih
1 camca teh esen vanilla Bahan untuk sos strawberi:

300 g strawberi (dikisar halus)
2 camca besar gula halus
1 camca besar perahan limau nipis


Cara Membuatnya:

Masukkan krim putar bersama gula pasir di dalam periuk kecil di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga gula larut. Ketepikan. Masukkan gelatin sayuran, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam mangkuk, biar lima minit. Masukkan dadih bersama esen vanilla, kacau hingga ia sebati. Kocak sedikit air di dalam acuan pilihan. Buang air (biar acuan basah). Tuang adunan tadi di dalam acuan, biar ia dua jam. Gunakan pisau dicelup di dalam air suam untuk mencungkil tepi dadih supaya ia mudah dikeluarkan daripada acuan. Bubuh dadih di dalam piring dan dihidang. Untuk sos strawberi pula, gaul strawberi bersama gula halus dan perahan limau nipis hingga ia sebati. Tuang sos di atas permukaan dadih tadi.


Kembali ke atas...


 


Choco Da Milk Shake

Bahan-Bahan:
2 sudu besar Milo
2 sudu besar susu Grow (perasa Coklat)
gelas aiskrim vanilla
gelas air masak

Cara :
Masukkan Milo dan susu Grow ke dalam bekas.Masukkan air masak dan kacau sehingga larut.
Kemudian, masukkan aiskrim vanilla kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga larut.
Dihidangkan serta merta.

 

Kembali ke atas...


 


Bubur Barli  

Bahan-Bahan:

1 peket barli
Air untuk merebus barli
Daun pandan
1 peket asam masin anggur
1 peket asam merah baldu - dipotong nipis
1 peket kismis yang tidak bergula
1 tin laici dipotong empat
1 tin coktail campuran
1 tin coktail nenas
Gula secukup rasa
10 biji kurma (dibuang biji dan dihiris kasar-kasar)

Cara:
Rebuskan barli sehingga empuk.
Apabila barli sudah empuk, masukkan kesemua bahan-bahan tadi.
Masak sehingga mendidh, kemudian bolehlah dihidangkan.



 

Kembali ke atas...


 


 

Buah-Buahan Pengantin

Bahan-Bahan:
biji tembikai (dibuat bebola)
biji betik (dibentuk daun)
2 biji epal hijau (dibentuk burung)
1 biji tembikai susu (digubah)
1 biji nanas
1 biji oren sunkist
600 gm anggur merah
Parsli
Bunga / daun

Cara :

Nanas dibelah serong & didirikan dalam dulang perak.
Tembikai susu digubah cantik & letakkan di tepi nanas.
Epal dibentuk seperti burung &rendam dalam air bergaram.

Anggur diatur sebelah tembikai susu.
Oren sunkist dipotong bentuk bintang. Betik dibentuk seperti daun & corakkan pada nanas menggunakan lidi.

Lekatkan 2 ekor burung epal pada tembikai susu.
Hiaskan dengan parsli, bunga & daun.



 

Kembali ke atas...


 


 

Easy Custard Caramel
 
Bahan-Bahan:


Untuk caramel:
4 senduk gula
2 senduk air

Untuk custard:
1 tin susu pekat
5 biji telur
1 sudu penuh tepung kastad
1 tin air ( ikut tin susu yg digunakan )

Cara :

cara membuat caramel:
masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak dengan api yg sederhana hingga gula menjadi pekat kuning keperangan.
tutup api dan tuang caramel ke dlm loyang pengukus.


cara membuat custard:
campurkan kesemua bahan susu, telur tepung kastad dan air ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati ( 2-3 minit).
Tuang bahan kastad ke atas caramel yg telah dimasukkan dlm loyang pengukus tadi.
kukus hingga masak ( 30 - 40 minit ). setelah masak sejukkan sebentar dan diterbalikkan dgn berhati-hati ke dalam piring.

 

Kembali ke atas...


 


Bergedil Roti

Bahan-Bahan:

5 biji ubi kentang
1 cawan tepung gandum (ikut suka)
daging cincang
daun saderi
bawang nesar
1 keping roti kosong (ikut suka)
Minyak masak Bahan untuk sos:
Bawang putih
Sedikit cuka
Lada merah


Cara :


Rebus ubi kentang jangan terlalu lembik
Daun saderi,bawang besar dicincang halus
Roti disoyat supaya menjadi halus
Setelah ubi kentang separuh masak, ubi tersebut hendaklah dilenyekkan kemudian gaul bersama tepung gandum tadi
Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang halus tadi
Seterusnya masukkan roti yang telah disoyat halus tadi
Kemudian gaul hingga rata dan goreng menggunakan minyak banyak dan panas
Bentukkan bulat

Untuk sos:

Bawang putih dan lada merah dikisar halus
Gaulkan lada dan bawang tersebut hingga rata kemudian masukkan sedikit cuka

 

Kembali ke atas...


 


AGAR AGAR SERI KAYA

Bahan-Bahannya
1 peket agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula pasir
2 biji telur
daun pandan 
1 biji kelapa ( ambil patinya anggaran 1 cawan ) 


Cara :
Rebus agar - agar bersama air kemudian setelah bahan ini larut masukkan pula gula pasir .
Biar hingga gula larut . 
Pukul telur bersama 2 sudu besar gula manakala daun pandan dan kelapa dikisar bersama kemudian perahkan patinya  .
Masukkan adunan telur dan santan ke dalam agar - agar .
Pastikan di atas api yang perlahan dan jangan dikacau terlalu kerap .
Apabila mendidih, masukkan ke dalam acuan dan biarkan ia beku. 

Kembali ke atas...


 

MIXED FRUIT COCKTAIL PUNCH 


Bahan-Bahan:
1 cawan jus nanas 
1 cawan jus oren 
Sebiji oren sunkist dipotong 
4 cawan ice-cream soda 
1 tin mixed fruit cocktail 
1 cawan nanas potong kiub 


Cara :
Campurkan semua bahan tu dan hidangkan ngan ais. 

Kembali ke atas...


 


 KARAMEL GULA HANGUS 

Bahan-bahan : 
Gula
1 cawan Air
1/2 cawan 
1 sudu esen vanilla 
4 biji telur 

1 tin susu cair 

 
Cara :
Pukul semua telur dan susu cair sampai gebu.
Kemudian masukkan esen vanilla, pukul sampai sebati..
Sambil tu panaskan gula sampai nampak warna kekuningan dan campur air tadi dan kacau sampai sebati;
Curahkan gula hangus tadi ke dalam bekas untuk dikukus.
Kemudian masukkan adunan telur, susu & vanilla ke dalam bekas yg berisi gula tersebut..Kukus selama 20 minit.. 
Lepas masak jangan terus masuk ke peti sejuk, tunggu dah sejuk sikit.. 

Kembali ke atas...


 


PUDING KARAMEL


Bahan-Bahannya 

1 cawan gula - untuk dibuat gula hangus
10 biji telur
1 tin susu cair

esen vanilla
Gula (jika suka manis) - dicampur bersama telur dan susu cair
sedikit air
sedikit pewarna kuning


Cara :
Campurkan gula dengan sedikit air. Masak hingga gula bertukar keperangan
Angkat dan tuangkan di dalam acuan dan diketepikan
Campurkan telur, susu cair, pewarna kuning, esen vanilla dan sedikit gula (jika suka manis)
Kacau hingga telur hancur dan sebati dengan susu tetapi jangan dipukul
Masukkan adunan ke dalam acuan yang berisi gula hangus
Kukus hingga masak

 

Kembali ke atas...


 


PUDING ROTI  

Bahan-Bahannya:   

2 keping roti kosong gardenia 
gula secukup rasa 
1 peket agar-agar (rebus) 
1 tin Susu cair 
 Cara:   
1.Rendam roti dalam susu cair.
Bancuh sampai hancur. 
2.Agar-agar rebus dengan gula dengan sedikit air (agak-agak le) 
3.Tapis agar-agar bila sudah larut 
4.Masukkan roti dan susu tadi dalam agar-agar 
5. Kacau dan angkat. 
> 6. Sejukkan dalam peti sejuk   

Kembali ke atas...


 


PUDING JAGUNG

Bahan-Bahannya 
1 tin jagung 
1 tin susu cair 
3 biji telur 
1 mangkuk gula 
1 paket agar - agar
3 sudu besar tepung kastard ( bancuh dengan 3 atau 4 sudu besar air agar tidak bergentel )
Cara :
Rebus agar - agar bersama gula sehingga larut
Sementara itu pukul telur bersama 2 sudu besar  gula
Masak susu cair dan bancuhan tepung kastard 
Kacau kemudian masukkan jagung dan bancuhan agar - agar 
Kacau kira - kira 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam acuan 

 

Kembali ke atas...


 


 

TAPAI SARAWAK 
 Bahan-Bahan 
1 kg beras pulut 
1 biji ragi 
daun palas secukupnya untuk membungkus 
lidi kelapa untuk menyepit 
Cara : 

beras pulut dicuci bersih kemudian dikukus sehingga masak 
lepas itu angkat dan ratakan dalam talam dan disejukkan.   
ragi dijemur dahulu supaya kering 
lepas itu dihancurkan. 
taburkan rata-rata pada pulut yang sejuk tadi. 
gaulkan rata pulut tersebut dan kepalkan bulat-bulat seperti bola kecil  
buat hingga habis kesemuanya.   
sesudah itu masukkan dalam sebuah bekas yang bersih yang sesuai dan balutkan dengan kain rapat-rapat  
tiga hari kemudian bolehlah dimakan. 

 

Kembali ke atas...


 


PUDING PELANGI

Bahan-Bahannya(A)
20 agar-agar - direndam semalam
8 cawan air
2 cawan gula pasir
5 biji kuning telur
3 biji putih telur - dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Bahan-Bahannya (B)
1 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil esen kopi
 * kedua-duanya dicampurkan
1 sudu kecil esen strawberi dan pewarna ros


Cara :
Rebus agar-agar hingga hancur
Masukkan gula dan biarkan larut kemudian ditapis
Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, susu,garam dan vanilla
Masukkan ke dalam agar-agar
Campurkan mentega dan tutup api
Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati
Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian dibirkan dengan warna asal
Ambil satu senduk adunan puding untuk diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi
Satu senduk lagi adunan agar-agar diwarnakan strawberi dan pewarna ros
Tuangkan ke dalam acuan selang selikan antara ketiga-tiga warna seperti membuat kek marble
Tuangkan yang pertama dengan warna coklat, diikuti warna merah ros dan warna asal hingga ketiga-tiga warna habis
Biarkan beku sebelum dihidangkan

Kembali ke atas...


 


PULUT SERI KAYA

Bahan-Bahannya
600 gm. beras pulut
1 1/2 biji kelapa
1 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
4 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam


 Cara:
Beras pulut dibersihkan kemudian direndam selama 10 minit, dicuci kemudian toskan airnya
Kelapa diparut ambil santannya 3 cawan pekat dan 1 1/2 cawan santan cair
Masukkan pulut di dalam loyang kemudian tuangkan santan cair sambil digaulkan rata-rata
Kukus sampai masak
Keluarkan dari pengukus, tekan padat-padat di dalam mangkuk tahan panas dan bakarkan selama 10 minit
Campurkan gula dengan tepung serta masukkan telur sambil dikacau hingga gula hancur
Masukkan santan pekat, garam serta pewarna kuning dikacau hingga sebati kemudian ditapis
Tuangkan diatas pulut tadi dan bakarkan semula sehingga masak.

 

 

 

Kembali ke atas...