Make your own free website on Tripod.com

StayerKiller@Resepi

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
       
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Nasi

 1.    Nasi Lemak
 2.    Nasi Ulam
 3     Nasi Kerabu
 4.    Nasi Paprik
 5.    Nasi Beryani
 6
.
    Nasi Kabuli
 7.    Nasi Dagang
 8.    Nasi Tomato
 9.    Nasi Goreng Cina
 10. 
Nasi Goreng Pataya
 11.  Nasi Goreng Kerabu
 
        Lain



 



Nasi Lemak


Bahan-bahannya:-

500 gm Beras (basuh dan toskan)
3 cawan Santan
garam dan daun pandan


Cara:-

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak nasi hingga cukup kering


Bahan Sambal:-

125 gm ikan bilis (digoreng)
125 gm bawang merah (digiling)
60 gm cili kering (digiling)
5 cm belacan (digiling)
2 camb. minyak masak
1 camt. gula
cawan air asam
sedikit garam


Cara :-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah digiling.
  2. Masukkan ikan bilis, air asam, garam dan gula, biarkan hingga agak pekat.
  3. Angkat serta hidangkan dengan nasi lemak dan hidangan tambahan.


Kembali ke atas...



Nasi Ulam


Bahan-bahannya:-
1 tin susu beras (basuh dan toskan)
2 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
biji kelapa
1 helai daun kunyit
1 helai daun halia
1 tangkai daun kesum
1 tangkai daun kemangi
1 tangkai daun serai kayu
1 hiris serai
1 hiris halia
1 sudu teh lada hitam

Cara :-

  1. Beras di bersihkan. Kemudian ditanak seperti biasa.
  2. Ikan kembung dibersihkan kemudian dipanggang hingga masak. Setelah itu ambil isinya dan ditumbuk.
  3. Serai dan halia dimayang halus kemudian campurkan dengan kelapa dan digoreng hingga garing. Daun kunyit, daun halia, daun kesum, daun kemangi dan daun serai kayu dimayang halus-halus.
  4. Gaulkan daun-daun yang telah dimayang dengan sambal kelapa pada nasi ketika dihidangkan.


Kembali ke atas...


Nasi Kerabu

Bahan-bahannya:-
2 tin susu beras
2 tin susu cair
1 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang merah
sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung bakar


Bahan untuk ulam:-
sedikit kacang panjang (dimayang halus)
sedikit daun kunyit (dimayang halus)
sedikit taugeh (dimayang halus)


Cara :-

  1. Beras di bersihkan. Kemudian ditanak hingga masak dengan 2 tin susu cair.
  2. Ikan kembung diambil isinya kemudian ditumbuk hingga lumat bersama lada hitam, bawang merah dan kelapa parut. Tambahkan garam secukup rasa, setelah itu goreng sebentar tanpa minyak hingga kering kemudian angkat ke tepi.
  3. Gaulkan nasi bersama bahan ulam serta sambal kelapa ketika menghidangkan.


Kembali ke atas...


Nasi Paprik

Bahan-bahannya:-
1 mangkuk nasi putih
100 gm ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
1 cm halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu cili boh
Cili merah (dihiris)
Cili hijau (dipotong memanjang)
Bunga kubis
Daun bawang (dihiris)
Sedikit kicap cair
Garam dan serbuk perasa


Cara :-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan sedikit bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan kacau selama 1 minit. Selepas itu masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak merah,kicap cair, bunga kubis dan daun bawang.
  3. Kacau semua bahan-bahan ini sehingga sebati dan sama rata.
  4. Biarkan selama 2 minit kemudian angkat. Hiaskan dengan daun salad, cili merah yang dipotong berjurai-jurai.
  5. Taburkan bawang goreng di atas nasi ketika menghidang.


Kembali ke atas...


Nasi Beryani

Bahan-bahannya:-
4 cawan beras (basuh dan toskan)
1 cawan susu cair
1 biji air perahan limau
5 sudu besar minyak sapi
4 cawan air sejuk

Bahan Giling:-
20 biji badam
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1.2 cm halia


Cara :-

  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling kemudian masukkan susu cair serta air.
  2. Bila mendidih masukkan beras dan biarkan hingga kering airnya.
  3. Ambil sekeping ayam beriyani masukkan ke dalam nasi dan tutup semula dengan nasi.
  4. Biarkan di atas api hingga nasinya tanak.


Kembali keatas...


Nasi Kabuli

Bahan-bahannya:-
900 gm beras (basuh dan toskan)
2 biji kelapa parut
5 cm halia (dititik)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun limau purut
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji telur (didadar)


Bahan Giling:-
@ sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam


Cara :-

  1. Kelapa di perah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
  2. Masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya.
  4. Taburkan telur dadar di atasnya bila menghidangkan.


Kembali keatas...


Nasi Dagang

Bahan-bahannya:-
1 kg beras (direndam semalaman)
300 gm beras pulut (direndam semalaman)
2 cawan santan
1.2 cm halia (diracik)
10 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
1 sudu teh halba
Sedikit garam dan gula

Cara :-

  1. Beras dan pulut ditoskan kemudian dikukus sampai masak.
  2. Masak santan, gula dan garam hingga mendidih. Masukkan nasi serta bahan yang diracik dan halba.
  3. Kacau rata-rata kemudian dikukus lagi sampai lembut dan berminyak.


Kembali keatas...


Nasi Tomato

Bahan-bahannya:-
2 cawan beras (basuh dan toskan)
cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih (dimayang)
cawan bawang merah (dimayang)
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 cawan air
1 cawan sos tomato

Cara :-

  1. Panaskan minyak sapi dan goreng bawang.
  2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
  3. Masukkan beras, air dan garam biarkan mendidih.
  4. Bila nasi hampir masak gaulkan tomato sos dan biarkan nasi tanak.
  5. Hidangkan dengan potongan telur rebus, bawang goreng dan daun bawang.


Kembali keatas...


Nasi Goreng Cina

Bahan-bahannya:-
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat-siatkan)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul)
5 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 pokok daun bawang (dihiris)
garam ikut suka

Cara :-

  1. Panaskan minyak dan tumis cili, kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.
  2. Biarkan selama 5 minit, kemudian masukkan telur sambil dikacau-kacau.
  3. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.
  4. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang taburkan daun bawang.


Kembali keatas...



Nasi Goreng Pataya

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa

Cara :-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
  2. Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
  3. Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
  4. Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
  5. Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.


Kembali keatas...




Nasi Goreng Kerabu

Bahan-bahannya:-
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dihiris)
50 ml susu cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili hijau (dihiris-hiris)
Sedikit kelapa parut
1 ekor ikan kembung
1 sudu besar minyak masak
Garam serta serbuk perasa
Sedikit kacang panjang (dipotong-potong)
Sedikit daun kunyit (dihiris)
Sedikit taugeh
Sedikit kobis (dihiris)

Cara:-

  1. Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Panaskan minyak, di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan lada hitam.
  2. Tunggu hingga naik baunya dan masukkan daging, kacang panjang, daun kunyit, taugeh, kelapa parut, kobis, isi ikan kembung, garam, serbuk perasa, dan cili hijau.
  3. Akhir sekali masukkan nasi dan susu cair tadi dan kacau hingga sama rata. Biarkan di atas dapur selama 5 minit dan teruskan mengacaunya hingga sebati.
  4. Selepas itu bolehlah di angkat dan hiasinya dengan lobak merah dipotong bulat, cili hijau, cili merah, potongan kacang panjang, taburan bawang goreng dan daun bawang.


Kembali keatas...