StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Minuman

 1.    Don Juan
 2.    Fatigue Fighter
 3.    Golden Colada
 4.    Isi Anggur Bersirap
 5.    Ice Blended Coffee
 6.    Jus Limau Nipis
 7.    Jus Teh Serailemon
 8.    Jus Cerana Special
 9.    Jus Instant Enegizer
 10.  Koktel Jelingan Manja
 11.  Miami Mocktail
 12.  Midday Power Boost
 13.  Minuman Epal Berpudina
 14.  Minuman Susu Bertelur
 15.  Panc Anggur Segar
 16.  Panc Nanas Bermangga
 17.  Panc Tiupan Bayu
 18.  Passion Juice
 19.  Pic Dewanga Sari
 20.  Primula Breeze
 21. 
Pussyfoot

        Lain

 


 


Don Juan

Bahan-Bahan:
inci halia
segenggam parsli
nanas


Cara:
Bersihkan semua bahan.Kisar kesemua bahan kecuali parsli dgn pengisar jus untuk mendapatkan jusnya.Kemudian masukkan jus yg telah dikisar itu tadi bersama parsli ke dlm pengisar buah.Boleh dihidangkan begitu saja.
Cadangan Hidangan:
Untuk mendapatkan kesedapan rasa bolehlah ditambahkan dgn kiub ais mengikut pilihan.

 

Kembali ke atas...


 


Fatigue Fighter

Bahan-Bahan:
1 biji oren
biji lemon 2 biji lobak merah


Cara:
Bersihkan semua bahan. Kisar lobak merah, buah oren & lemon ke dalam pengisar jus untuk mendapatkan jusnya. Masukkan ke dalam gelas.

 

Kembali ke atas...


 


Golden Colada

Bahan-Bahan:
Bahan 1:
60 ml jus oren
120 ml jus nanas
15 ml jus limau nipis
12 ml sirap gula
30 ml santan kelapa
Ketulan ais

Bahan Hiasan:
1 keping potongan nanas
1 biji ceri maraschino


Cara:
Campurkan kesemua Bahan 1. Kisar Bahan 1 dengan ketulan ais.Tuangkan ke dalam gelas. Hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Bolehlah dihiaskan dengan ceri & potongan nanas di tepi gelas.

 

Kembali ke atas...


 


Isi Anggur Bersirap

Bahan-Bahan:
cawan tepung gandum (diayak)
1 biji telur
3 - 4 camca besar air
sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng terendam cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 cm kulit kayu manis
2 camca teh jintan manis
Beberapa titik pewarna merah


Cara:
Bancuh tepung, telur, air dan garam hingga sebati. Tapis bancuhan ke dalam mangkuk kecil. Panskan minyak di dalam kuali. Celup jari-jemari ke dalam bancuhan tepung dan percikkan ke dalam minyak panas tadi. Apabila tepung menggelembung, angkat dan sejat. Lakukan begini hingga abis adunan. Masukkan isi anggur dan hidangkan bersama sirap. Untuk menghasilkan sirap pula, masak semua Bahan-bahan Sirap. Sejukkan sebentar ke dalam jag dan dicampur air sejuk dan ketula air batu.

 

Kembali ke atas...


 


Ice Blended coffee

Bahan-Bahan:
2 sudu susu pekat manis
1 sudu milo
1 sudu serbuj koko
1\2 sudu serbuk kopi
Ketulan ais
1 gelas air


Cara:
Larutkan bahan A dalam sedikit air panas.
Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar. Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula.

 

Kembali ke atas...


 


Jus Limau Nipis

Bahan-Bahan:
1 biji limau nipis sudu air gula

Cara:
Perah air limau nipis dan buangkan bijinya.
Selepas ditapis, tambahkan air gula dan air mengikut kepekatan masing-masing. Hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Jus Teh Serailemon

Bahan-Bahan:
2 helai daun sirih
1 sudu besar serbuk teh
1 biji limau

Cara:

potongkan sirih halus-halus dan campurkan serbuk teh sehingga sebati. masukkan air mendidih kedalam cawan tunggu sehingga dua minit, tapiskan dan perahkan limau dan bancuh dengan susu atau gula.
Cadangan Hidangan:
baik dihidangkan pada waktu pagi dan malam.ia mempunyai khasiat yang baik untuk badan.

 

Kembali ke atas...


 


Jus Cerana Special

Bahan-Bahan:
biji oren
biji epal
biji belimbing 1 hiris tembikai
3 biji longan
biji tomato

Cara:
Bersihkan kesemua buah. Buang biji dan kulitnya. Oren, epal, belimbing, longan dan tomato hendaklah dikisar sehingga larut dan sebati bersama sedikit air. Masukkan longan terlebih dahulu ke dalam gelas dan tuangkan jus yang telah dikisar dan tuangkan jus yang telah dikisar tadi ke atasnya. Masukkan ketulan ais batu sebelum menghidangkannya.

 

Kembali ke atas...


 


Jus Instant Energizer

Bahan-Bahan:
sebiji epal(yg dibuang biji)
3 batang lobak merah(dibuang kulit)
sedikit daun parsely
sebiji buah kiwi(dibuang kulit)

Cara:
Campurkan kesemua bahan tersebut & mesin hingga mengeluarkan jus.Masukkan kiub ais jika suka.

 

Kembali ke atas...


 



Koktel Jelingan Manja

Bahan-Bahan:
1 batang lobak merah, dihiris
1 batang timun, dihiris
cawan hirisan parsli cawan gula halus
2 cawan air
Air secukupnya

Cara:
Kisar lobak, timun, parsli dan gula bersama air hingga hancur. Tuang bahan-bahan kisat ke dalam gelas berisi ais.

 

Kembali ke atas...


 


Miami Mocktail

Bahan-Bahan:
150 ml jus oren
150 ml jus nenas
150 ml jus anggur 1 sudu besar grenadine syrup
1 potong nenas dan oren
Sedikit ketulan ais

Cara:
Jus oren, jus nenas dan jus anggur hendaklah dikisar terlebih dahulu sehingga berbuih. Sediakan gelas yang sesuai, masukkan terlebih dahulu grenadine syrup terlebih dahulu. Setelah itu masukkan ketulan ais diikuti dengan jus yang telah dikisar tadi. Akhir sekali hiaskan potongan nenas dan oren di bahagian tepi gelas. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Midday Power Boost

Bahan-Bahan:
2 biji epal
1 helai daun saderi
1 genggam bayam
1 potong sengkuang cina

Cara:
Bersihkan semua bahan,kisar buah sengkuang cina,epal,bayam& daun saderi dgn pengisar jus untuk mendapatkan junya.Masukkan ke dalam gelas.

 

Kembali ke atas...


 


Minuman Epal Berpudina

Bahan-Bahan:
400 ml air
4 cm kulit kayu manis
4-5 camca besar gula perang
2 biji epal hijau, dibuang empulur 1 camca teh esen mentega
camca teh esen pudina
1 camca besar serbuk roti (putih)
Sedikit serbuk kulit kayu manis

Cara:
Masak air bersama kulit kayu manis dan gula perang hingga gula hancur. Angkat dan keluarkan kulit kayu manis. Kisar air bergula bersama epal hingga epal hancur. Masukkan esen mentega dan esen pudina serta kacau rata. Tuang minuman ke dalam gelas, taburkan sedikit serbuk roti dan serbuk kulit kayu manis. Hidangkan panas-panas.

 

Kembali ke atas...


 


Minuman Susu Bertelur (mereneh)

Bahan-Bahan:
1 biji telur baru
250 ml susu 2 sudu kecil gula
sudu kecil esen vanila

Cara:
Sediakan telur. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan gula & pukul baik-baik. Sediakan susu. Panaskan susu hingga mencapai suhu badan. Angkat dari dapur & tuangkan ke dalam campuran telur yang telah dipukul. Kacau rata-rata & masukkan esen vanila. Hidangkan semasa panas.

 

Kembali ke atas...


 



Panc Anggur Segar

Bahan-Bahan:
20 biji anggur hijau
10 biji anggur hitam
1 biji limau Sunkist
1 tin susu cair 1 camca teh esen ros
Air gula secukup rasa
Secubit garam
Ketul air batu

Cara:
Campur susu, garam, esen ros dan air gula. Kacau rata. Kisar 10 biji anggur hijau bersama sebiji limau. Tapis dan ambil airnya. Masukkan ke dalam gelas dan masukkan selebih anggur hijau dan anggur hitam. Tuangkan campuran susu tadi dan masukkan ketul air batu.

 

Kembali ke atas...


 


Panc Nanas Bermangga

Bahan-Bahan:
1 cawan hirisan nanas
1 cawan hirisan mangga
cawan madu 2-3 camca besar gula halus
2 cawan air masak
5-6 ketul ais

Cara:
Kisar semua bahan hingga hancur. Tapis bancuhan ke dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 


Panc Tiupan Bayu

Bahan-Bahan:
2 cawan air tembikai
1 cawan air laici
2 cawan air delima
1 cawan air kelapa
cawan sirap manis 1 biji limau nipis, diambil perahannya ais
Beberapa hirisan limau nipis-untuk hiasan
Sedikit longan-untuk hiasan
Sedikit bebola tembikai-untuk hiasan
Daun pudina- untuk hiasan

Cara:
Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam gelas berisi ketulan ais. Hias mengikut suka menggunakan bahan-bahan hiasan.

 

Kembali ke atas...


 


Passion Juice

Bahan-Bahan:
150 ml jus laici
150 ml jus anggur
1 sudu sirap
100 ml aiskrim soda 1 sudu besar susu ideal
Sedikit ketulan ais
Hirisan oren

Cara:
Jus laici, jus anggur, sirap dan susu ideal dikisar terlebih dahulu sehingga berbuih. Sediakan cawan, masukkan ketulan ais diikuti dengan jus yang dikisar tadi. Tuangkan aiskrim soda lalu hiaskan tepinya dengan hirisan oren. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 


Pic Dewanga Sari

Bahan-Bahan:
biji timun
1 cawan hirisan jambu air
2 cawan air masak cawan puri pic
1 cawan soda ais krim
Ais secukupnya

Cara:
Kisar timun bersama hirisan jambu air dan air hingga lumat. Tapis bahan-bahan dikisar ke dalam mangkuk panc dan masukkan puri pic serta soda ais krim. Hidangkan minuman bersama ais.

 

Kembali ke atas...


 


Primula Breeze

Bahan-Bahan:
hirisan tembikai wangi
1 senduk aiskrim vanila
30 ml limau kesturi
30 ml perahan epal
1 biji buah laici


Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar jus. Kisar. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai. Hiaskan.

 

Kembali ke atas...


 



Pussyfoot

Bahan-Bahan:

Bahan 1:
60 ml jus oren
60 ml jus mangga
60 ml jus nanas
15 ml jus limau nipis
12 ml sirap gula
15 ml sirap grenadine Bahan Hiasan:
1 keping lemon
1 keping limau nipis
1 biji ceri maraschino

Cara:
Campurkan kesemua Bahan 1. Kisarkan Bahan 1 tadi dengan ketulan ais. Tuangkan di dalam gelas, hiaskan dengan Bahan Hiasan

 

Kembali ke atas...