StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Lauk

 1.    Daging Cincang Goreng Berbendir
 2.   
Daging Goreng Masam Manis
 3.    
Hinava
 4.   
Rendang Ayam
 5.   
Rendang Pedas Daging/Ayam
 6.   
Rendang Pucuk Ubi
 7.   
Rendang Spesel
 8.    
Rendang Tok
 9.    
Sambal Tumis
 10. 
Tauhu Sumbat
 11.  
Tom Yam
 12.  
Udang Galah Masak Sari Manis


        Lain


 


DAGING CINCANG GORENG BERBENDIR

Bahan-bahannya:
4 ulas bawang putih
6 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 camca teh belacan
4 camca besar minyak sayuran
250 gm daging cincang segar Australia
sebelah atas, Knuckle, mata sepeha
300 gm bendir
1 biji lada Benggala merah, dipotong halus
2 camca besar kicap cair
1 camca teh gula

Cara :

1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah, bawang merah dan belacan.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
Masukkan daging cincang.
3. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.
Goreng hingga sayuran-sayuran masak.

 

Kembali ke atas...


 


DAGING GORENG MASAM MANIS


Bahan-bahan :
1/2 kilo daging ( potong nipis )
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
2 batang serai
skit kicap, cili sos dan garam...

Cara:

Gaul daging ngan sedikit kunyit dan garam.
Goreng hingga daging empuk.
Bahan2 yg lain dikisar halus dan ditumis hinga naik baunye.
Masukkan kicap, sos dan akhir sekali daging yg siap di goreng. Hidang

 

Kembali ke atas...


 


HINAVA

Bahan-bahan -
1. ikan tenggiri fresh (atau baru jerr masuk peti ais)
2. air limau purut, limau kasturi pun orait jugak
3. belacan
4. hirisan nipis bawang merah dan bawang besar
5. hirisan nipis lada
6. hirisan nipis daun kesum
7. hirisan nipis bunga kantan
8. hirisan nipis daun saderi dan daun bawang
9. hirisan nipis halia
10. cili padi

Cara
1. gaul isi ikan mentah dengan semua bahan lainnya.
2. tambah gula dan garam secukup rasa.
3. masukkan peti ais lebih kurang 1 jam

 

Kembali ke atas...


 


RENDANG AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam atau lebih
6 bwg merah
3 bwg putih
3 serai
3 cm lengkuas
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
2/3 sudu besar ketumbar
sedikit jintan
2 biji kelapa ( 1/4 dibuat kerisik, 3/4 santan pekat)
10 tangkai lada kering
daun kunyit atau daun limau purut
garam
gula

Cara:
ayam diperap ngan ketumbar, kunyit, bwg putih yg ditumbuk selama 1/2 jam @ lebih.
Pass tu.. goreng.. ketepikan.
lada kering, bahan rempah..ketumbar tu.., bwg semuanya dikisar sekali. Ops jgn kisar daun kunyit laks.. heheh
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi sampai naik minyak dan wangi.. emmm..
Masukkan ayam. kacau sebentar.. masukkan santan pekat, kerisik,asam jawa kalau suka, gula dan garam.
Nak kasi Pak Aji leh.. gak.. ikut suka..
Kacau perlahan sampai kering.
Bila dah agak pekat masukkan daun kunyit..
Kacau sampai naik minyak..
Boleh lah angkat
 

Kembali ke atas...


 


RENDANG PEDAS DAGING / AYAM


Bahan-Bahan
1 ekor ayam atau 1 kilo daging
5 ulas bawang merah - (di hiris halus)
2 ulas bawang putih -(dihiris)
3 batang serai - (dihiris)
halia sebesar ibu jari - (dihiris)
kunyit hidup sebesar jari kelingking - (dipecah)
cili kering sebanyak 20 keping - (blend le dulu)
2 biji kelapa (santan pekat)
Garam secukup rasa
Gula secubit

Cara:
Perah santan pekat dan masuk dalam kuali. Masukkan bawang merah, putih, halia, kunyit, serai sekali.. masukkan juga garam dan gula kemudian tanak dengan api sederhana..
Masukkan cili kering sebanyak 20 keping (blend le dulu) ke dalam ramuan-ramuan tersebut.
Bila mengelegak, masukkan ayam dan masukkan sikit santan cair..Kacau sekali sekala sampai kering...Lepas tu hidang sama lemang atau ketupat pulut atau makan dengan nasi..

 

Kembali ke atas...


 


RENDANG PUCUK UBI

Bahan-bahan

Pucuk ubi
ikan bilis
santan
cili api
garam
kunyit

Cara
Pucuk ubi tue rendam ngan air panas dan garam..nak kurangkan pahitnyerr
Pucuk ubi tue rendamkan ngan air garam..pastu goreng tanpe minyak dulu supaya layur..
didihkan santan..masukkan kunyit cili api dan bile dah mendidih masukkan pucuk ubi..pastu masukkan ikan bilis..kacau..sampai kuah tue mengering..jalan berenti mengacau..nanti hangus lak.. bile dah nak hampir kering kuah tue..letak garam..jangan mbanyak sangat sebab nanti masin lak bile dah kering kuah...
bile kuah dah kering..tutup api..

 

Kembali ke atas...


 


RENDANG SPESEL

Bahan-bahan:
ayam
rempah kari
kerisik
santan pekat
serai,halia, bawang putih, bawang merah..
garam secukup rasa.

Cara:
1)panaskan minyak
2)tumiskan bawang,serai,halia yg dah ditumbuk.
3)tumis
4)masukkan serbuk kari ngan kerisik yg dah dicairkan and tumis sampai pecah minyak..
5)bila dah naik minyak masukkan santan pekat and ayam sekali sampai pecah minyak..
6)masukkan garam secukup rasa..
7)tunggu sampai ayam empuk....

 

Kembali ke atas...


 


RENDANG TOK

Bahan-Bahan :

1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai dimesin
30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.


Cara.
Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian
masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama
daging. Biarkan mendidih.
Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan
kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak.

 

Kembali ke atas...


 


SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan
ikan bilis 2 genggam
bawang merah 10 biji (lagi banyak lagi bagus)***Bawang mahal weh
bawang putih 2 biji
cili kering 10 biji (di blend)
asam gelugor
belacan
garam dan gula secukup rase...

Cara:
ikan bilis digoreng terlebih dahulu..dan ketepikan dulu..
bawang di tumbuk..lagi sedap...
cili di blend bersama belacan...
mula2 tumis bawang..dgn minyak yg panas..sehingga bawang bertukar warna jadi kekuningan..
pastu..masukkan cili kering yg di blend....
masukkan asam gelugor, then masukkan gula..dan garam secukupnya..
apabila cili menjadi garing dan pekat...masukkan ikan bilis yg telah digoreng
Setelah selesai api dipadam...


 

Kembali ke atas...


 


TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan
5 kpg tahu (belah dua & goreng) - (asingkan 2 kpg isi tahu)
isi ikan kembung yg dah direbus - (ikan lain pun boleh)
2 biji telur (pukul)
daun kucai (potong-potong)
lada hitam (tumbuk)
garam & serbuk perasa
minyak utk menggoreng

Cara
1. gaul isi tahu dan semua bahan.
2. sumbat bahan dlm tahu.
3. celup tahu dlm telur dan goreng

 

Kembali ke atas...


 


Tom Yam

Bahan-Bahan
bawang merah,putih,besar
cili boh atau cili kisar
ayam/daging
sayur-sayuran ikut suka(carrot,cauliflower etc...)
paste tomyam
sikit asam keping
serai
air
asam jawa..

Cara
Tumiskan bawang putih dan merah samapai garing...
Pastu masukkan cili boh atau cili kering mengikut kadar kepedasan yang suka laa..
Bila dah garing tue ..masukkan bawang besar lak..bawang begar tie potong 4 tau..
Bile bawang tue dah agak layu ..masukkan paste tomyam..goreng sampai garing..jangan hangus lak..
Mase nie masuukan ayam ker daging ker sotong ker..aper-aper la haiwan yang korang nak.. agak-agak haiwan tue dah separuh masak, masukkan serai ..ketuk dulu serai tue supaya wangi skitt.., kemudian masukkan lah air ikut banyak maner nak air..

Bile dah menggelegak tue masukkan sayur-sayuran ..pastu masukkan asam keping supaya masam..raselah mase tue kalau kurang masam tambahkan asam keping atau pun asam jawa..
Kalau kurang perisa tambah lah paste tomyam tue lagik..lagi banyak paste lagi sedap lah..
Sesape yang suke pedas lagi boleh lah potong cili api untuk pedaskan lagi..
Sebagai penutup jangan lak lupe letak garam..
Sesape yang suka ajinomoto tue campurlah skitt...


 

Kembali ke atas...


 


UDANG GALAH MASAK SARI MANIS

Bahan-Bahan :
10 ekor udang galah (cuci bersih keringkan)
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
secawan minyak masak
garam secukup rasa

Cara
Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris
tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang,
Setelah masak angkatlah udang.
Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana.
Apabila berminyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat
masukkan tomato dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...