StayerKiller@Resepi

Make your own free website on Tripod.com
  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

Aneka Resepi Pencuci Mulut
 

 
 1.     Gulungan Nangka Bersira
  2.     Flan Epal
  3.     Halua Betik
  4.     Jelly Kelapa
  5.     Kisel Pisang Bermata Kucing
  6.     Kuini Bersantan
  7.     Krim Karamel Oren
  8.     Koktel Buah Beryougurt
  9.     Lassi Strawberi
  10.   Lompat Tikam
  11.   Manisan Mangga Bersantan
  12.   Nona Manis
  13.   Pai Epal Hijau
  14.   Pai Epal Dengan Aiskrim
  15.   Papaya Fool
  16.   Salad Buah-Buahan
  17.   Salad Tomato Dengan Cendawan
  18.   Salad Tropika
  19.   Suji
  20.   Yogurt Tomato
  21.   Triffle
     

          kembali
  


 


Gulungan Nangka Bersira

Bahan-Bahan:
10 ulas nangka masak
½ cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
¾ cawan anggur serbuk ½ cawan mentega
12 keping kepingan fillo pastry
2 sudu besar serbuk roti
Cara:
Buangkan biji nangka dan kemudian dihiris nipis. Campurkan nangka bersama gula, serbuk kayu manis, anggur kering dan 2 sudu mentega cair. Hamparkan kepingan fillo pastry dan beruskan mentega cair di antara kepingan fillo pastry dan letakkan campuran epal di tengah. Kemudian gulung mengikut saiz yang dikehendaki. Beruskan mentega cair di atas gulungan. Panaskan ketuhar 140C dan bakar gulungan nangka bersira selama 30 minit. Keluarkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.

 

Kembali ke atas...


 


Flan Epal

Bahan-Bahan:
200 gm tepung gandum
100 gm mentega
Secubit garam
Sedikit air sejuk
Gaul tepung gandum dengan sedikit air hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan mentega dan gaul hingga lembut. Bahan-bahan isi:
6 biji epal (dibuang kulit dan hiris setebal 1 cm)
60 gm gula kastor
1 sudu besar kepingan badam
½ sudu teh rempah campuran
50 gm mentega


Cara:
Canai pastri setebal 2 cm. Gunakan untuk melapik dasar dan tepi acuan kek bulat berukuran 10 cm. Dengan menggunakan garpu, tekan tepi pastri. Sejukkan selama setengah jam di dalam peti sejuk. Sementara itu masukkan bahan isi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit atau hingga epal lembut. Sejukkan sebentar. Tuang ke dalam pastri. Hias bahagian atas flan dengan lebihan pastri. Bakar selama 35 minit.


 

Kembali ke atas...


 


Halua Betik

Bahan-Bahan:
600 g gula pasir
1 sudu teh serbuk batu nasila 1 biji betik muda


Cara:
Betik dikupas kemudian digubah ikut suka. Kemudian rendamkan ke dalam air kapur selama 5 jam. Bila sudah keras angkat dan dibasuh, celurkan ke dalam air panas selama 5 minit. Gula dimasak dengan serbuk batu nasila hingga hancur. Bila air gula telah suam kuku tuangkan ke dalam betik tadi.

 

Kembali ke atas...


 


Jelly Kelapa

Bahan-Bahan:
300 gm agar-agar
3 biji kelapa muda gula
pewarna hijau


Cara:
Agar-agar dimasak bersama air kelapa dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan gula secukup rasa dan pewarna hijau (mengikut kehendak) bersama dengan isi kelapa yang telah dipotong nipis-nipis. Apabila sudah masak, tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan, biar hingga beku.

 

Kembali ke atas...


 


Kisel Pisang Bermata Kucing

Bahan-Bahan:
50 gm gula perang
65 ml pepsi
1 biji oren
2 biji pisang montel
1 cawan isi buah mata kucing
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Sedikit krim putar dan badam (hiasan)


Cara:

Jerang gula perang bersama pepsi dan perahan oren di dalam periuk hingga mendidih.
Masukkan pisang montel dan buah mata kucing di dalam gelas tinggi.
Tuang sedikit bancuhan tepung jagung di dalam campuran oren sambil dikacau selalu. Biar hingga ia pekat. Biar ia suam.
Tuang sedikit bancuhan oren di dalam gelas tinggi. Hias dengan badam dan krim putar.

 

Kembali ke atas...


 


Kuini Bersantan

Bahan-Bahan:
2 biji buah kuini yang masak ranum
2 sudu besar gula kabung(dicairkan)
2 sudu besar gula pasir
1 cawan pati santan pekat
2 biji buah kembang semangkuk
Sedikit garam

Cara:
Hiris buah kuini berbentuk kiub.
Rendam buah kembang semangkuk dan ambil isinya.
Campurkan buah kuini, gula kabung, pati santan, buah kembang semangkuk, gula pasir dan garam ke dalam cawan koktel.
Sejukkan di dalam peti sejuk sebentar. Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan.
 

Kembali ke atas...


 


Krim Karamel Oren

Bahan-Bahan:

60 g gula halus
4 biji telur
560 ml susu sejat
2 camca teh esen vanila
1 camca teh esen oren
1 biji limau oren, diparut kulitnya Bahan-bahan gula hangus:
180 g gula pasir
150 ml air


Cara:

Masak gula pasir bersama air di dalam periuk hingga ia keperangan. Tuang gula hangus tadi di dalam beberapa biji mangkuk kecil. Ketepikan. Putar gula halus bersama telur hingga ia kembang. Masukkan susu sejat bersama esen vanila, esen oren dan parutan kulit limau oren. Putar hingga ia sebati. Tapis adunan ke dalam mangkuk kecil tadi. Kukus ia 30 minit. Keluarkan. Biar ia sejuk. Terbalikkan krim karamel ke dalam piring.
Cadangan Hidangan:
Jika suka, masukkan hirisan kulit oren ke dalam gula hangus.

 

Kembali ke atas...


 


Koktel Buah Beryogurt

Bahan-Bahan:
100 gm yougurt buah-buahan
30 gm betik (didadu) 30 gm tembikai (didadu)
30 gm tembikai susu (didadu)


Cara:
Satukan semua bahan dan sejukkan sebelum dihidang.


 

Kembali ke atas...


 


Lassi Strawberi

Bahan-Bahan:

1 bungkus yogurt asli
5 biji strawberi
½ cawan aiskrim perisa vanila Sedikit ketulan air batu
Sedikit ais
Beberapa helai daun pudina


Cara:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Racik strawberi kecil-kecil. Masukkan strawberi, yogurt, aiskrim, air batu dan ais ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya hingga hancur. tuangkan ke dalam bekas, hias dengan daun pudina dan buah strawberi. Taburkan sedikit gula-gula bintang.

 

Kembali ke atas...


 




Lompat Tikam

Bahan-Bahan:
3 kampit kecil tepung beras
5 cawan air
3 cawan santan
3 keping manisan (gula) kelapa
1 cawan gula
3 helai daun pandan
1 sudu garam
1 sudu kapur makan Bahan-bahan tambahan:
3 cawan beras pulut
1 sudu kecil warna merah
1 cawan santan kelapa


Cara:
Campurkan tepung beras, air biasa, air daun pandan dan kapur ke dalam kuali dan kacau atau adun sehingga sebati. Panaskan adunan di atas api yang sederhana dan kacau sehingga masak. Angkat adunan dan sejukkan ke dalam loyang. Masukkan santan, tepung beras dan sedikit air di dalam bekas yang berasingan dan sejukkan. Beras pulut yang telah direndam, ditos dan dikukus bersama santan sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Ambil tepung pulut, santan dan masukkan ke dalam bekas kesukaan anda, kemudian curahkan manisan (gula) kelapa secukup rasa.

 

Kembali ke atas...


 




Manisan Mangga Bersantan


Bahan-Bahan:

6 biji buah mangga (dibuang kulit)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa Gula secukup rasa
½ camca teh serbuk pelaga
½ cawan badam (cincang)

Cara:
Mangga dipotong-potong & dicetak hingga lumat. Tuang santan ke dalam periuk & masukkan garam, gula & mangga lecek. Kacau hingga pekat. Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila menghidang hiaskan dengan krim & ceri

 

Kembali ke atas...


 



Nona Manis


Bahan-Bahan:
100 g buah betik
100 g buah longan
50 g limau mandarin
1 biji kelapa muda 1 biji ceri
2 skop aiskrim perasa vanila
2 skop ais krim perasa kelapa
Sedikit krim putar


Cara:
Buah kelapa dipotong bahagian atasnya dan dibersihkan. Masukkan buah-buahan ke dalamnya. Bubuhkan aiskrim dan hiaskan mengikut citarasa.


 

Kembali ke atas...


 




Pai Epal Hijau

Bahan-Bahan:
8 biji epaql hijau
2 sudu jus lemon
1 sudu tepung jagung
100 gm gula kastor
15 gm mentega Bahan-bahan pastri:
250 gm tepung gandum
125 gm mentega
Secubit garam
Sedikit air sejuk


Cara:
Gaul tepung, gula kastor dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh sederhana lembap. Sejukkan 30 minit. Bahagi dua pastri dan canai untuk melapikkan acuan pai. Nipiskan satu lagi untuk bahagian atas. Sejukkan. Sementara itu sediakan isi pai. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak selama lima minit. Sejukkan. Masukkan ke dalam acuan yang telah dialas pastri tadi. Ratakan dan tutup dengan sekeping lagi bahagian pastri. Hiasi tepi pastri dan bakar. Bakar selama 45 minit. Hidangkan sebahagian makanan pencuci mulut bersama krim atau aiskrim.

 

Kembali ke atas...


 




Pai Epal Dengan Aiskrim

Bahan-Bahan:
225 gm gula perang
45 gm tepung gandum
30 gm mentega
1 sudu teh perahan lemon
¼ sudu teh serbuk kayu manis
Secubit serbuk pala
5 biji epal (kupas kulit dan hiris nipis)
Aiskrim vanila Bahan-bahan doh:
150 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
45 gm mentega
175 ml susu


Cara:
Dalam periuk yang sederhana besar, masak 250 ml air bersama gula perang hingga pekat. Sejukkan. Masukkan mentega, perahan lemon, serbuk kayu manis dan buah pala ke dalam air gula tadi untuk dijadikan sos. Sementara itu susun hirisan epal ke dlaam dulang pembakar berukuran 12 x 8 cm. Curahkan sos ke atasnya. Panaskan ketuhar pada kepanasan 190C. Untuk membuat doh, ayak tepung dan serbuk penaik. Gaul tepung dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Campur susu ke dalam adunan. Uli hingga mendapat adunan lembut tetapi tidak lembik. Dengan menggunakan senduk, lapiskan adunan ke atas epal yang telah disusun. Bakar selama 40 minit. Bahagian atas sepatutnya berwarna perang. Hidangkan dengan aiskrim sebagai hidangan pencuci mulut, minum pagi atau petang.

 

Kembali ke atas...


 




Papaya Fool

Bahan-Bahan:
1 biji kecil betik (dibuang kulit & bujinya dilecek
air dari ½ biji lemon
gula halus secukup rasa 2 biji telur
120 ml susu
2 boiji putih telur (dipukul hingga kental)


Cara:

Campurkan isi betik, air lemon & gula bersama-sama. Kacau hingga sebati. masukkan kuning telur ke dalam susu. kemudian campurkan ke dalam campuran buah-buahan tadi, Masykkan puti telur,
Hidangkan dengan gelas-gelas aiskrim yang telah disejukkan atau mangkuk-mangkuk manisan pencuci mulut.


 

Kembali ke atas...


 




Salad Buah- buahan

Bahan-Bahan:
5 biji epel washington state red delicious (dipotong dadu)
100 gram anggur (dibelah dua dan di buang bijinya)
2 keping pic (california cling paeches),
(dipotong dadu) 1 biji limau puting, ambil airnya
1 cawan sirap (jika suka) atau pun air perahan limau

Untuk hiasan :
Ceri
Daun pudina


Cara:
Satukan semua bahan & gauk rata. Masukkan sirap secukup manis,ataupn air perahan limau, jika mahu. Sendukan ke dalam gelas aiskrim. Hiaskan ceri & daun pudina di atasnya. Bolehlah dihidangkan terus. Resepi untuk hidangan empat hingga enam orang.

 

Kembali ke atas...


 




Salad Tomato Dengan Cendawan

Bahan-Bahan:
6 biji tomato
150 gm cendawan shitake segar
150 gm cendawan bulat 100 gm cendawan butang
10 gm daun salad
4 dl kuah vinaigrette


Cara:
Basuh dan keringkan cendawan. Hiris cendawan nipis-nipis & letakkan dalam mangkuk pengadun. Hiris tomato nipis-nips & atur dalam pingan.Bubuh kuah vinaigrette & cendawan dalam mangkuk & gaul. Hiaskan dengan hirisan & persli & salad.

 

Kembali ke atas...


 




Salad Tropika

Bahan-Bahan:
½ biji kubis salad
200 gm anggur merah atau hijau, dibelah dua
2 biji lemon diambil airnya
1 camca teh garam 1 camca teh serbuk lada putih
2 camca sedang minyak zaitun
2 biji epal hijau, dihiris nipis
2 biji oren, dihiris nipis
100 gm gula halus


Cara:
Kubis di cuci dan dihiris halus memanjang. Sejat hingga kering. Kemudian masukkan di dalam bekas. Campurkan bersama garam, minyak zaitun, dan lada putih. Tutup bekas dan masukkan didalam peti sejuk. Buah-buahan dicuci dan dimasukkan di dalam bekas. Bubuh gula halus dan air lemon. Tutup dan masukkan di dalam peti sejuk. Apabila hendak dihidangkan barulah dicampur kedua-dua bahan dan digaul rata.

 

Kembali ke atas...


 




Suji

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung suji(semolina)
1 tin susu cair
200g gula(1 cawan)
Minyak sapi 1 sudu kecil
Daun pandan 3 helai Buah pelaga 2 atau 3,kayu manis 1 ibujari atau kurang
Air 3 ½ tin susu cair
Pewarna kuning ½ sudu kecil atau kurang sikit
Air mawar 1 sudu kecil


Cara:

Mendidihkan air 3 1/2 tin tadi.
masukkan daun pandan,buah pelaga,kayu manis.
Bila sudah mendidih,wangi,angkat bahan tadi dan ketepikan(buang)kerana tidak digunakan lagi. Tuang warna kuning.
Tuang gula,susu cair,kacau.
Tuang tepung suji sedikit demi sedikit sambil dikacau, sampai pekat sedikit. Api perlahan.
Tuang minyak sapi 1 sudu kecil dan air mawar sambil di gaul sebati untuk mengelakkan hangus.


Cadangan Hidangan:
Bila sudah siap suji tadi, hiaskan diatasnya dgn kismis dan badam potong persegi(ada dijual di kedai bahan2 kek).
Goreng kismis dan badam dulu, cara menggoreng, api perlahan,minyak sudah panas, gunakan tapisan sewaktu menggoreng kerana kismis cepat jadi hitam/hangus,kismis dah gelembong sikit,angkat segera.


 

Kembali ke atas...


 



Yogurt Tomato

Bahan-Bahan:
4 biji tomato
30 ml mentega
3 ulas bawang merah (dipotong dadu)
4 biji cili hijau (dipotong dadu) 80 ml yougurt kosong
1.5 ml stok ayam
Garam
Lada sulah


Cara:
Panaskan periuk dan masukkan mentega.
Campurkan tomato, cili hijau dan bawang. Kacau.
Masukkan yogurt, garam, lada sulah dan stok ayam.
Gaul perlahan-lahan hingga mesra. Angkat dan hidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Triffle

Bahan-Bahan:
Sponge cake (potong ikut suka)
1 peket agar² (perasa ikut suka)
1 tin mixed fruit
Whipped cream
1 cawan custard
4 cawan air
2 sudu besar gula pasir

Cara:


  Untuk Custard

- Campurkan tepung custard dan air.
- Masak atas api perlahan²
- Masukkan gula
- Masak sehigga custard agak pekat

  Untuk Agar²
- Campurkan sepeket agar² dengan air yg panas.
- Susun kek yg dah dipotong dalam mangkuk
- renjiskan sedikit dengan air buah dalam tin
- Tuangkan custard yang dah siap dimasak atas kek (ikut selera nak berapa banyak)
- Bila custard dah hampir set, tuang agar² di atas custard
- Last sekali, pancitkan whipped cream atas agar²
- Kemudian, sumbat dalam peti sejuk



 

Kembali keatas...