StayerKiller@Resepi

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK
   
  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                                                                      

 Aneka Resepi Nasi

 1.    Beriani Dua Sejoli
 2.    Beriani Tumis
 3.    Beriani Johor
 4.    Beriani Berempah Mudah
 5.    Nasi Goreng Cina
 6     Nasi Ayam Hainanese
 7.    Nasi Aneka Ragam
 8.    Nasi Arab Dua Warna
 9.    Nasi Ayam Belanga
 10.  Nasi Ayam Bertiram Madu
 11.  Nasi Ayam Masala
 12.  Nasi Bahgana
 13.  Nasi Ayam Beraroma
 14.  Nasi Beriani Lapis
 15.  Nasi Beringin
 16.  Nasi Bukhari
 17.  Nasi Nasi Bombay
 18.  Nasi Dal Tomato

        kembali

 



Beriani Dua Sejoli

Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak sapi
3 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar, dihiris
5 biji pelaga
5 cm kulit kayu manis
6 kuntum cengkih
½ camca teh serbuk kunyit
3 cawan beras Basmahti, dibasuh dan disejat 3 ½ cawan air panas
Garam secukupnya
1 cawan gajus
2 tangkai daun kari (15 helai)
3 biji cili hijau, dihiris dan dibuang bijinya
2 camca teh biji sawi
Serbuk lada hitam secukupnya
Cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang, pelaga, kulit kayu manis dan cengkih hingga bawang keperangan. Keluarkan separuh bawang goreng. Masukkan serbuk kunyit dan beras. Kacau hingga rata. Tuang air dan masukkan garam. Apabila air beras kering, kecilkan api dan tutup periuk. Biar hingga nasi masak. Panaskan baki minyak sapi dan minyak di dalam kuali. Goreng gajus hingga kuning. Angkat. Tumis daun kari, cili hijau dan biji sawi 2-3 minit lalu tuangkan pada nasi beriani. Kacau rata. Masukkan juga separuh bawang goreng tadi dan serbuk lada hitam.

 

Kembali ke atas...


 


Beriani Tumis


Bahan-Bahan:
1 ½ kg beras beriani
 biji gajus, digoreng
6 biji jagung muda, dikerat 3
8 biji tomato, dibelah 6 dan dibahagi 2
1 tin besar susu cair
250 gm minyak sapi
5 camca sedang serbuk rempah beriani
Garam secukupnya
Air mengikut banyak beras

Bahan-bahan digiling:

10 biji bawang merah 6 ulas bawang putih
5 sm halia

Bahan-bahan tumis:
5 sm kulit kayu manis
5 biji pelaga
1 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan hiasan:
Sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun bawang untuk tabur.


Cara:
Panskan minyak. Masukkan bahan tumis. Tumis hingga wangi. Masukkan bahan giling dan rempah beriani. Kacau rata hingga garing. Masukkan setengah bahagian tomato, air dan garam. Biar mendidih barulah masukkan susu dan beras. Kacau hingga rata. Tanak hingga hampir kering. Masukkan sebahagian lagi jagung dan gajus. Kacau rata. Kecilkan api dan biar nasi betul-betul masak. Ketika menghidang tabur bawang goreng, daun pudina dan daun bawang.

 

Kembali ke atas...


 



Beriani Johor

Bahan-Bahan:
8 cawan beras Basmathi
9 gelas air
1 cawan susu cair
1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani.
½ cawan bawang goreng
½ tin kecil tomato puree
1 biji tomato (potong dadu kecil)
½ cawan daun pudina (mesin)
3 batang cili hijau
10 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1")
Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
2 sudu makan minyak sapi
2 senduk minyak masak
garam secukup rasa
4 sudu makan gula
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang

Cara:
1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air.
2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang        telah dibancuh tadi.
5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan
memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar.
6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.
 

Kembali ke atas...


 



Beriani Berempah Mudah

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas 4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam


Cara:
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang. Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati. Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak. Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.


 

Kembali ke atas...


 



Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa


Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Ayam Hainanese

Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
2 helai daun pandan
2 susu mentega
Daun salad
Timun

Sup Ayam:
4 ulas bawang putih }
2 inci halia } kisar
1 ekor ayam
Garam Bahan kisar:
8 ulas bawang putih
4 inci halia

Sos cili:
10 batang cili merah
air limau kasturi
Gula


Cara:
Ayam yg telah direbus dipotong 4. Gaul dengan kunyit/tepung jagung/garam lalu goreng dlm minyak penuh.
Panaskan periuk tumis bahan kisar.
Bila garing masukkan daun pandan & beras bersama 4 tin susu dari sop ayam. Biar nasi masak. Bila dah masak ratakan dengan mentega & garam.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Aneka Ragam

Bahan-Bahan:
1 kg beras basmathi
200 gm isi ayam, dipotong kecil-kecil
200 gm udang kasar
200 gm isi ikan merah
200 gm sotong, dipotong bulat
50 gm daun pudina
2 helai daun pandan
200 gm lobak merah, didadu kecil-kecil
200 gm kacang hijau
1 liter air rebusan ayam
100 gm bawang goreng
Sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
15 gm kuma-kuma, direndam didalam air sejuk 250 gm minyak sapi
Garam secukupnya

Bahan-bahan digoreng bersama minyak:
150 gm gajus
150 gm kismis
150 gm badam

Bahan-bahan dimayang:

150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia


Cara:
Panaskan minyak. Tumis daun pandan dan bahan-bahan mayang hingga kuning. Masukkan air rebusan. Biar mendidih baru dimasukkan garam. Masukkan beras. Kacau dan tutup periuk. Biar 3 hingga 4 minit baru dibuka semula. Kacau hingga hampir kering. Perlahankan api. Masukkan isi ayam, udang, sotong, daun pudina, lobak merah, kacang hijau, biji gajus, kismis dan badam. Tutup dan biarkan 2 hingga 3 minit. Masukkan bawang goreng dan renjis kuma-kuma yang diwarnakan hijau, kuning dan merah. Tutup periuk dan biar hingga betul-betul masak.
 

Kembali ke atas...


 




Nasi Arab Dua Warna

Bahan-Bahan:
6 cawan beras arab atau basmati
6 cawan air atau susu
6 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam - secukup rasa

Cara:
Panaskan periuk tuang minyak masukan 2 cawan beras. Goreng sehingga beras menjadi garing dan berwarna perang.
Masukan kesemua beras yang berbaki dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng.
Masukkan garam ratakan beras tekan dengan senduk agar beras menjadi mampat, Masukan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana setelah air kering kacau dan tutup periuk,
Kecilkan api tunggu sehingga masak.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Ayam Belanga

Bahan-Bahan:

1 tin beras Siam
2 sudu besar marjerin sedikit rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis dan jintan putih buah pelaga)
Sehelai daun pandan
1¼ tin air, sedikit garam 3 ulas bawang putih
1 inci halia ditumbuk
Sedikit kicap
Sedikit minyak bijan


Cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Rebus sampai empuk. Air rebusannya disimpan untuk nasi. Beras dibasuh dan toskan airnya. Panaskan marjerin di dalam periuk setelah itu tumiskan rempah tumis bila telah naik baunya, masukkan beras. Bila nasi sudah separuh masak, aturkan potongan ayam yang telah dipotong yang sudah digaulkan dengan bawang putih serta halia yang telah ditumbuk. Sesudah itu masukkan air rebusan ayam dan tutupkan periuk. Perlahankan api. Bila sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Ayam Bertiram Madu

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk nasi:
4 cawan beras (dibasuh dan ditos)
5 cawan air rebusan ayam
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
2 cm halia (diketuk)
4 biji bunga cengkih
4 biji bunga lawang
3 cm kulit kayu manis
1 batang serai
1 sudu kecil buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk sos:
10 biji cili merah (dibuang biji)
1 labu bawang putih
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cm halia (diketuk)
1 cawan sos tiram
½ cawan madu
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
2 kiub Maggi Ayam Knorr
1 batang lobak merah
4 biji ubi kentang
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

Cara:
Cara memasak nasi:

1. Tumis semua bahan kecuali serai dan air rebusan ayam di dalam kuali.
2. Setelah terbit bau, masukkan air rebusan ayam dan serai ke dalam tumisan tersebut.
3. Tuang bahan-bahan tersebut ke dalam beras yang sudah dibasuh dan masak seperti biasa.

Cara memasak sos:
1. Kisar cili merah dan bawang putih sehingga halus.
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan masak di atas api sederhana kira-kira 15 minit.

Cara memasak ayam:
1. Kukus ayam bersama halia kira-kira 20-30 minit
2. Setelah dikukus, lumurkan ayam dengan sos tiram dan madu. Perap kira-kira 15 minit.
3. Goreng ayam dengan minyak yang secukupnya.

Cara memasak sup:
1. Gunakan air rebusan dari ayam yang dikukus tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dan didihkan sehingga ubi kentang dan lobak empuk dan masak.
3. Hias dengan daun sup dan bawang goreng di atasnya.

Cadangan Hidangan:
Untuk 6 orang. Boleh ditambah dengan sayur salad, tomato dan timun yang dihiris untuk menambahkan keenakan nasi ayam.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Ayam Masala

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (1200 gm)
1.8 kg beras
1 tin minyak sapi atau marjerin
1 tin susu cair
1 tin sup tomato
2 biji buah pelaga
1.5 cm halia
1.5 cm kulit kayu manis
250 gm ketumbar biji 6 labu baang merah
8 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar air mawar
4 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara:
Tumbuk atau mesin ketumbar, jintan putih, jintan manis, bawang putih dan halia. Gaul dengan ayam yang dipotong lapan. Panaskan 2 sudu besar minyak sapi atau marjerin di dalam kuali dan tumiskan 3 labu bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Masukkan air diikuti dengan sup tomato, susu cair, garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih. Sementara itu bersihkan beras dan toskan. Masukkan beras itu ke dalam periuk dan kacau hingga kering. Tutup periuk untuk setengah jam. Masukkan ayam yang telah dimasak dan kacau rata-rata. Tutup periuk semula. Sebelum diangkat, tabur air mawar dan kacau nasi rata-rata.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Bahgana

Bahan-Bahan:
2 camca besar minyak makan
2 ulas bawang besar ] dicincang
1 ulas bawang putih ]
1 camca teh jintan putih 750 gm beras (dibasuh dan ditoskan)
Secubit garam
5 cawan air mendidih
½ cawan bawang goreng


Cara:
Pijarkan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan jintan putih hingga kuning sedikit. Kecilkan api. Masukkan beras, garam dan air. Didihkannya. Kecilkan api dan masak perlahan-lahan hingga hampir masak. Letakkan sekeping pengalas di bawah periuk. Tanak dengan bertutup, di atas api yang kecil hingga nasinya cukup masak.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Ayam Beraroma

Bahan-Bahan:


Bahan asas:
Beras 3 pot susu

Bahan-bahan untuk dijadikan
air rebusan ayam:

½ ekor ayam dipotong 2 bahagian
1 kiub stok ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia (ditumbuk bersama dengan bawang putih dan dijadikan 2 bahagian)
Air anggaran 1 periuk

Ayam Goreng Hitam:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan untuk dibuat sup:
Air rebusan ayam dari ½ periuk
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
3 ulas sedang bawang merah
1 labu bawang besar (dijadikan bawang goreng - dihiris nipis-nipis dan digaul bersama tepung gandum)
1 tangkai daun sup
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam Ulam-ulaman:
2 pohon daun salad/boleh gunakan daun salad bulat
1 biji tomato mekar
1 biji mentimun muda


Sos halia (dikisar halus)
½ inci halia muda
2 biji cili merah
secubit garam
sedikit sos cili


Cara:
1. Ayam direbus bersama stok ayam, halia, bawang putih. Tunggu hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram dan kicap manis. Ketepikan (goreng ayam dalam minyak yang tidak terlalu panas).
2.Basuh beras dalam rice cooker dan gunakan 1/2 air rebusan ayam untuk memasak nasi.Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan garam 1/2 sudu teh. Tunggu sehingga nasi mendidih dan agak kering, baru masukkan 2 sudu minyak sapi dan 2 sudu minyak masak. Kacau dan tunggu hingga masak.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Beriani Lapis

Bahan-Bahan:
1 kg beras Basmathi
1 cawan susu cair
3 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar rempah tumis
2 batang serai (dititik)
15 ulas bawang merah (dikisar halus)
10 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
4 cm halia (ditumbuk)
7 helai daun pudina (dikisar halus) Setangkai daun ketumbar (dikisar halus)
Setangkai daun sup (dikisar halus)
Setangkai daun bawang (dikisar halus)
2 biji cili hijau (dikisar halus)
2 sudu besar serbuk badam
1 sudu besar serbuk buah keras
½ cawan kismis (digoreng)
1 sudu besar air mawar
1 cawan minyak sapi


Cara:
Beras dibasuh bersih dan toskan airnya.
Didihkan air dan masukkan garam secukupnya, serai dan rempah tumis. Rebus beras sehingga kembang dan setelah itu dibuang airnya.
Di dalam periuk lain, letakkan sehelai kain putih (agak-agak boleh membungkus beras). Masukkan beras yang direbus tadi, susu, minyak sapi, rempah beriani dan bahan kisar lain. Jerang di atas api yang perlahan sehingga masak. Buka bungkusan dua atau tiga kali dan kacau-kacau nasi untuk mensebatikan rempahnya.
Sebelum mengangkat nasi daripada dapur, renjis nasi dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning.
Lubangkan bahagian tengah nasi dan masukkan ayam beriani. Tutup semula dengan nasi. Hidang bersama bawang goreng.

 

Kembali ke atas...


 


Nasi Beringin

Bahan-Bahan:
250 gm beras panjang (dibersih dan disejat)
½ biji kelapa (diambil santan secukupnya seperti sukatan nasi lemak biasa)
1 sudu teh halba campur
2 helai daun pandan
Sedikit garam dan gula

Bahan-bahan hiris:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia Bahan-bahan lain yang sudah siap:
Sambal tumis
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun


Cara:
Jerang beras bersama santan, halba campur, daun pandan, garam, gula dan Bahan-bahan dihiris halus di dalam periuk. Masak seperti nasi lemak. Hidang nasi bersama sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan hirisan timun.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Bukhari


Bahan-Bahan:
4 tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam
3 biji buah tomato
2 camca besar jintan manis
4 camca besar ketumbar
5 biji ubi kentang
1 labu bawang besar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa


Cara:
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Bombay

Bahan-Bahan:
1½ kati beras
¾ auns minyak sapi
1 botol kecil air mawar
Koma-koma (alat pewarna)
3 biji bawang putih
10 biji bawang merah 1 inci halia
2 biji bawang besar
½ tin susu cair
Sedikit bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis


Cara:
Bawang putih, halia dan bawang merah (4 biji) ditumbuk. Bawang besar dihiris untuk menumis. Panaskan minyak sapi, tumiskan bawang besar hingga kuning. Kemudian masukkan bawang merah yang telah ditumbuk. Diikuti oleh cengkih, pelaga, kayu manis, halia dan bawang putih. Sukat air sebanyak sukatan beras, tuangkan ke dalam periuk bersama-sama sedikit daun pandan, susu, air mawar, garam dan tunggu hingga mendidih. Akhir sekali masukkan beras yang telah dicuci dan toskan. Maskkan hingga tanak. Bila menghidangkan hiaskan dengan bawang merah goreng, buah gajus dan buah-buahan.

 

Kembali ke atas...


 



Nasi Dal Tomato

Bahan-Bahan:
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Bahan untuk hiasan:

15 gm gajus goreng
50 gm kismis goreng (ditabur di dalam nasi)
20 gm gajus goreng

Cara:
Bersihkan dal dan rebus sehingga tiga suku empuk, tuskan airnya dan ketepikan. Basuh pula beras dan tuskan.
Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris sehingga naik baunya dan masukkan pula bahan tumis dan kacau hingga wangi.
Masukkan pula puri tomato, kacau sebentar dan tuangkan air.
Apabila air mendidih bolehlah dimasukkan beras diikuti susu cair, garam dan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
Apabila hampir kering, masukkan kismis, setengah bahagian bawang goreng dan dal, kacau rata dan tutup kembali periuk, kecilkan api dan biarkan sehingga masak sempurna.
Ketika menghidangkannya tabur pula bahan hiasan.
 

Kembali ke atas...