StayerKiller@Resepi
RESEPI NASI | RESEPI BISKUT | RESEPI KEK | PENCUCI MULUT | LAUK-PAUK | |
KUIH | MINUMAN | ACAR | SAYUR | KOMEN |
Kek Ciffon
Bahan-Bahan:
7 biji telur ayam
1 ½ cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca baking powder
1 camca cream of tartar ½ camca kecil garam
4 camca besar minyak mazola
6 camca besar air
½ camca kecil vanila serbuk
1 camca kecil warna bijian
Cara :
Pukul putih telur dgn gula hingga kembang. Ayak tepung dgn baking powder. Air &
minyak dicampurkan sekali. Kuning telur dipukul dalam tempat lain. Kacau
perlahan-lahan, masukkan vanila serbuk & garam. Kacau hingga sebati. Kemudian
masukkan tepung & air dengan cara berselang-selang hingga habis, selepas itu
tuangkan adunan putih telur tadi. Panaskan acuan & tuangkanlah acuan tadi Bakar
hingga masak.
Kek Chocolate Traffer
Bahan-Bahan:
200 gm gula
10 biji telur
80 gm mentega 150 gm tepung
50 gm serbuk coklat
200 gm coklat krim
Cara :
Gaul gula, mentega dan tepung hingga naik. Sambil itu, masukkan telur sebiji
demi sebiji dan kacau. Kemudian gaul bersama coklat. Bakar dalam ketuhar hingga
kek masak. Kemudian tuangkan krim coklat keliling kek dan bakar lebih kurang 10
minit lagi. Kemudian hidangkan.
Kek Coklat Delight
Bahan-Bahan:
85 gm coklat masakan
2 camca sedang air
5 biji telur ayam
110 gm gula halus
55 gm mentega cair
110 gm tepung Superfine
1 camca teh parutan kulit limau
½ camca teh serbuk penaik
½ camca teh esen vanila Bahan-bahan Frosting Coklat:
170 gm coklat masak
230 gm krim putar
2 camca sedang gula aising
2 camca sedang minyak jagung
Cara:
Panaskan coklat dan masukkan air. Kacau hingga coklat hancur. Sejukkan. Ayak
tepung bersama serbuk penaik. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sambil
dikacau hingga pekat. Masukkan tepung, parutan kulit limau, mentega cair dan
coklat cair. Kacau rata. Bahagi adunan dua bahagian. Bakar di dalam acuan bulat
beralas kertas berukuran 17.78 sm yang dilengser sedikit mentega. Sejukkan. Sapu
frosting coklat di atas kek dan hias mengikut suka.
Cara membuat Frosting Coklat:
Coklat dimasak bersama minyak jagung hingga cair. Krim putar dipukul hingga
pekat. Masukkan gula aising dan coklat cair. Kacau hingga pekat.
Kek Coklat Epal Pecan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul) ½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut)
1/3 cawan kacang pecan
Cara:
Sapu acuan kek empat segi dengan mentega. Panaskan ketuhar pada 180C. Masukkan
tepung, gula dan koko ke dalam acuan. Kacau rata. Masukkan telur dan minyak.
Pukul adunan hingga sebati. Campurkan epal parut dan kacang pecan. Pukul lagi.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Ayakkan gula aising
sebelum dihidangkan.
Kek Coklat Gulung
Bahan-Bahan:
300 gm tepung berserbuk penaik
160 gm gula
2 camca besar coklat emulco 5 biji telur ayam
Sedikit jem atau krim segar
Cara :
Putar gula dengan telur hingga kembang dan putih. Masukkan coklat emulco dan
putar lagi. Ayak tepung sedikit-sedikit ke dalam adunan telur tadi. Kacau
perlahan-lahan hingga rata. Sediakan loyang empat segi yang beralaskan kertas
minyak dan berlengser sedikit marjerin. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan
bakarlah hingga masak. Setelah sejuk tanggalkan kertas minyak tadi dan alaskan
dengan kertas minyak yang baru. Sapukan jem atau krim segar rata-rata dan gulung
kemas-kemas.
Kek Coklat Span
Bahan-Bahan:
4 butir telur
100 gm gula
80 gm tepung 50 gm mentega
30 gm coklat cair
1 sudu teh serbuk penaik
Cara :
Putar gula dan telur sehingga kembang dan gebu. Masukkan coklat dan putar lagi
sehingga adunan mesra. Masukkan tepung dan serbuk penaik dan kaup perlahan-lahan
supaya adunan sebati. Masukkan coklat cair dan gaul lagi. Masukkan adunan ke
dalam bekas dan panaskan ketuhar sehingga 220 darjah Celsius. Bakar selama 10
minit atau sehingga masak.
Kek Gula Hangus
Bahan-Bahan:
2 cawan gula halus
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur 2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega
Cara :
Panaskan gula halus hingga menjadi hangus. Masukkan 2 cawan air dan biarkan
mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair,
tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan. Masukkan
baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam
kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.
Kek Impian Ratu
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
180 gm gula kastor
½ cawan ceri merah, dipotong kecil
50 gm kelapa kering 4 biji telur
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
¼ cawan susu cair
Cara :
Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan
pukul lagi sehingga rata. Masukkan ceri dan kelapa, kacau adunan secara kaup
balik. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik ke dalam adunan,
lakukan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan susu cair, lakukan proses kaup
balik hingga adunan sekata. Bakar selama 30 minit pada suhu 150 darjah. Setelah
sejuk, balut kek dengan fondant aising. Hias mengikut suka.
Kek Keju Swairl Coklat Kopi
Bahan-Bahan:
1 bungkus water coklat
6 camca besar mentega (dicairkan)
¼ cawan krim putar
170 gm coklat separuh manis (dicincang halus)
2 camca besar serbuk kopi segera 1 camca besar air panas
3 ketul krim keju
250 gm kopi segera
1 cawan gula halus
3 biji telur
¼ cawan mentega yang dicairkan, disejukkan di dalam peti sejuk
Cara :
Ramas water coklat hingga halus & gaul bersama mentega cair hingga sebati.
Tekapkan adunan pada dasar acuan springform berukuran 22.86 cm lebar. Panaskan
krim putar bersama coklat cincang di atas api sederhana hingga coklat cair.
Ketepikan. Larutkan kopi segera dengan air panas. ketepikan.Putar krim keju bersama gula hingga sebati dan kembang. Masukkan telur sebiji
demi sebiji. Putar hingga rata.
Kek Keju Gateoux Coklat
Bahan-Bahan:
4 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
5 biji kuning telur - bahan gateoux 200 gm gula - bahan gateoux
500 gm krim keju - bahan gateoux
500 ml krim putar - bahan gateoux
10 gm serbuk agar-agar - bahan gateoux
100 ml air - bahan gateoux
Cara :
Pukul telur bersama gula hingga kembang dan masukkan tepung gandum dan tepung
jagung sedikit demi sedikit ketika pengadun masih berputar. Setelah sebati
masukkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit. Sementara menanti adunan masak
sediakan gateoux. Pukul telur dan gula hingga kembang sedikit. Masukkan krim
keju dan gaul lagi. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit ke dalam adunan
tadi. Bancuh serbuk agar-agar bersama air hingga larut, kemudian masukkan ke
dalam adunan tadi. Kacau sebati. Setelah adunan kek masak, keluarkan dan terap
menggunakan acuan bulat, buatlah tiga atau empat tekapan. Di dalam acuan susun
kek diselang-selikan dengan gateoux hingga habis. Sejukkan.
Kek Kopi Aprikot Prun
Bahan-Bahan:
2/3 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan susu cair
½ cawan mentega, dicairkan
1 cawan aprikot kering, direndam sejam di dalam air panas, disejat dan dicincang
kasar
1 cawan prun, dicincang kasar Bahan digaul bersama:
1 cawan gula perang
1 camca teh serbuk kayu manis
½ cawan walnut
Bahan diayak bersama:
2 ½ cawan tepung serba guna
1 camca sedang serbuk penaik
½ camca teh garam
Cara :
Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega.
Pukul gula bersama telur, susu dan mentega hingga sebati. Gaul bahan-bahan
diayak bersama dengan aprikot dan prun. Masukkan sebahagian adunan ke dalam
acuan dan tabur bahan-bahan digaul bersama ke atasnya. Kemudian tuang sebahagian
lagi adunan dan taburkan bahan-bahan diayak bersama. Bakar 50 minit atau hingga
masak.
Kek Kukus Buah-buahan
Bahan-Bahan:
350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur 400 gm mentega
½ tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila
Cara :
Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu
berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran
sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan
sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.
Kek Lembut Strawberi
Bahan-Bahan:
250 gm mentega cair
180 gm tepung jagung
250 gm tepung gandum
250 gula halus
20 biji kuning telur (telah disejukkan) 7 biji putih telur
30 ml air
1 camca sederhana emulsifier
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil esen strawberi
Cara :
Putar putih telur, kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, gula, air,
emulsifier, serbuk penaik dan esen strawberi hingga kembang dan pekat dengan
kelajuan sederhana. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi dengan
kelajuan minima hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit
minyak dan tuangkan adunan kek tadi. Bakarlah hingga masak.
Kek Panca Warna
Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
1 tin mentega(16ozs)
1 tin susu manis
1 tin kaya(sedang besar)
1 botol horlicks(kecil)
½ tin coco biji 1 gelas gula halus
1 sudu teh vanila
1 sudu teh baking powder
1 ½ gelas tepung gandum
½ tahil agar diberi warna merah
Cara:
Mentega dipukul dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, susu, kaya, vanila,
baking powder, horlicks & tepung, kacau rata-rata. Kemudian bagi 2.1 beri warna
kuning masuk coco yg hijau masuk dengan agar-agar yang sudah diwarna. Kemudian
kukus mengikut suka buatlah sampai habis lapisnya hingga masak.