StayerKiller@Resepi
RESEPI NASI | RESEPI BISKUT | RESEPI KEK | PENCUCI MULUT | LAUK-PAUK | |
KUIH | MINUMAN | ACAR | SAYUR | KOMEN |
Aneka Resepi Kek
1. Bebola coklat Hangus
2. Berkat Pandan Cup Cake
3. Blackberry Cheesecake
4. Chicago Orange Cake
5. Brownies Berbadam
6. Cinnamon Layer Cake
7. Flan Buah-Buahan Segar
8. Gulung Bluberry
9. Japonaise Cream Torte
10. Kek Aiskrim
11. Kek Aneka Jalur
12. Kek Aiskrim Istimewa
13. Kek Berkat Pengantin
14. Kek Bijan Berstrawberi
15. Kek Bakar Cempedak
16. Kek Buah Coklat
17. KekBuah Mewah
18. Kek Buah-Buahan Songsang
19. Kek Cawan Jem Roselle
20. Kek Buah Indera
Bebola Coklat Bergajus
Bahan-Bahan:
Span Mentega Coklat :
325gm tepung naik sendiri
75 gm serbuk koko
(ayak bersama kedua bahan ini 3 kali)
13 biji telur
½ sd teh baking powder
120 gm coklat masakan - dicairkan - double boiler
3 sd besar Quick 75
100 gm gula perang
100 gm gula icing - ayak
200 gm gula caster
1 sd makan susu cair
1 sd besar chocolate emulco/paste
2 sd teh esen butter-vanilla
400 gm mentega - dipukul hingga kembang
Bahan Coating :
(dimasak dgn double boiler hingga pekat - sentiasa dikacau dgn whisk)
750 gm coklat masakan
50 gm gula icing
½ cawan susu pekat
75 gm mentega
200 gm gajus - dipanggang suhu 140C hingga kuning dan kisar halus
100 gm mentega - dicairkan
100 gm gula icing
cawan keras besar secukupnya
taburan gula icing
chocolate rice secukupnya
ceri merah dan hijau
hirisan badam bakar
Cara:
Pukul telur bersama gula perang, gula icing, gula caster dan Quick 75 hingga
kembang dan pekat, masukkan tepung dan baking powder dan pukul sebati masukkan
susu cair, pukul hingga naik kelajuan tinggi 10 minit, masukkan esen mentega,
chocolate emulco dan pukul lagi kemudian masukkan cairan coklat yang telah suam.
Pukul hingga coklat larut baru masukkan mentega pukul sedikit2 hingga habis.
Pukul sebati dan tuang dalam tin 10 X 10 berlasa kertas gris dan bakar dalam
oven yg telah dipanaskan 20 minit suhu 160C. selama sejam. Sejukkan kek dan
tutup dgn kertas foil biarkan semalaman.
Peroikan kek menggunakan hujung jari yang kering, masukkan mentega cair, gajus
kisar dan gula, gaul hingga boleh dikepalkan sebesar bola golf.
Golekkan kepalan kek kedalam coklat cair dan golek pula diatas chocolate rice.
Hias dengan badam bakar dan ceri. Taburkan gula icing.
Hidangkan atau boleh disejukkan dalam peti sejuk.
Berkat Pandan Cup Cake
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
30 gm coklat nutella (nutella chocolate)
230 gm tepung naik sendiri
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan 6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri hijau untuk hiasan
Cara:
Mentega, nutella, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan
pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul,
ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang,
campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas,
hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu
150-175'C.
Blackberry Cheesecake
Bahan-Bahan:
Untuk Base:
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik
Untuk Filling:
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)
Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik
Panaskan oven pada suhu 180C.
Cara Untuk Base:
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base
itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.
Cara Untuk Filling:
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga
kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga
rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam.
Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam
peti sejuk.
Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera
(suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas
permukaan kek rata-rata.
Chicago Orange Cake
Bahan-Bahan:
5 Biji Telur Saiz Sederhana
1 ½ Cawan Gula Halus
1 ½ Cawan Marjerin
2 Cawan Tepung Naik Sendiri
1 Sudu Teh Esen Orange
1 Biji Limau Sunkist
Cara:
1) Parut kulit limau (ambil bahagian yang berwarna oren sahaja)dan jemur atau
goreng tanpa minyak supaya cepat kering. Ketepikan seketika.
2) Putar marjerin dan gula sehingga lembut.
3) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memutar sehingga kembang.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus putar.
5) Akhir sekali masukkan esen orange dan putar seketika. Masukkan kulit limau
yang telah diparut tadi dan kacau.
6) Bakar di dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin. sebaiknya
bakar di dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah-tengah.
7) Bakar sehingga bahagian atasnya berwarna agak keperangan. Untuk memastikannya
sudah masak, cucuk dengan lidi kecil dan rasa dengan jari. Sekiranya tidak
melekit, ia sudah masak.
Cadangan Hidangan:
Taburkan sedikit gula icing dengan cara mengayaknya di atas kek.
Tambahan:
Untuk mendapatkan sukatan yang lebih tepat, gunakan cawan 'arcoroc' yang jernih.
Brownies Berbadam
Bahan-Bahan:
150 g marjerin
2 camca koko
150 g gula kastor 2 biji telur
50 g badam cincang
50 g tepung berserbuk penaik
Cara:
Marjerin dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung dan badam, dikacau
hingga rata. Tuangkan campuran koko. Lenserkan tin kek empat persegi dan
tuangkan adunan brownies. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan
gas nombor 4 selama 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong kepada kepingan empat
persegi kecil.
Cinnamon Layer Cake
Bahan-Bahan:
Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris.
Lumurlagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.
Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila
Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain. Pukul hingga kembang.
Ketepikan.
Bahan B :
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik
Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2
lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan
400 gm tepung halus - diayak 4 kali
dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul
dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan
sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.
Bahan lain :
½ ketul mentega dibiarkan lembik
(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)
Cara:
Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas
bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam
tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C.
Keluarkan dari oven dan tukar ke gril (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan
diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila
keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat).
Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry
brush yang besar).
Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik.
Buatlah sehingga habis. Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa
menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak
kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat.
Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C.
Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil
dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk
mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.
Flan Buah-Buahan Segar
Bahan-Bahan:
1 buku kek span
450 gm krim putar
150 ml air gula
150 gm kepingan badam
20 biji strawberi segar 2 biji buah kiwi
2 biji buah pic
1 tin laici
500 gm anggur
200 gm jem aprikot
Cara:
Kek dipotong dua, menjadi dua tingkat. Sapu air gula di atas kek.
Sapu krim putar di antara dua lapis kek. Kemudian sapu lebihan krim kepada
seluruh kek.
Susun buah-buahan di atas kek. Kemudian sapukan jem aprikot.
Susun kepingan badam di sekeliling kek.
Gulung Blueberry
Bahan-Bahan:
3 biji kuning telur
6 biji putih telur
50 gm air sejuk
150 gm gula
1 camca sedang Quick 75
1 camca teh serbuk penaik 100 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 camca teh esen vanila
75 gm mentega cair
Pewarna merah
Cara:
Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Putar rata. Masukkan
mentega cair. Putar lagi. Masukkan pewarna merah. Kacau rata. Bahagi adunan
kepada dua bahagian. Masukkan ke dalam dua loyang pembakar. Bakar hingga masak.
Apabila kek masak, sejukkan baru dipotong enam jalur berlainan ukuran. Ambil
satu lagi kek dan letakkan di dalam acuan berbentuk V yang dilapik dengan kertas
minyak. Sapu krim mentega di tengah-tengah kek di dalam bekas V tadi. Sapukan
pula inti blueberry pada krim tadi. Letakkan jalur kek terkecil sekali di atas
blueberry. Tindih jalur-jalur kek yang dipotong tadi selapis demi selapis di
atas krim mentega dan inti blueberry hingga penuh bekas berbentuk V. Kemudian
balut kek dan simpan di dalam peti sejuk.
Japonaise Cream Torte
Bahan-Bahan:
250 gm putih telur
100 gm gula
250 gm serbuk badam
250 gm gula
50 gm mentega (dicairkan) Bahan-bahan inti:
1200 gm whipped cream
20 gm gelatin (dimasak hingga pekat)
Cara:
Asingkan bahagian asas kepada dua bahagian iaitu setiap kek mempunyai tiga
keping. Begitu juga dengan whipping cream dibahagikan kepada dua bahagian.
Setiap bahagian disapukan dengan sedikit coklat yang yang telah dicairkan.
Lekatkan setiap bahagian yang disapu dengan coklat dan akhir sekali hiaskan
dengan whipped cream. Hiaskan seperti dalam gambar.
Kek Aiskrim
Bahan-Bahan:
Bahan kulit:
80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya
Bahan inti:
Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.
Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.
Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.
Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.
Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar
agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.
Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi
selama sejam.
Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.
Kek Aneka Jalur
Bahan-Bahan:
14 biji kuning telur
7 biji putih telur
140 gm gula halus
140 gm tepung gandum
1 ½ camca besar Quick 75
1 ½ camca teh serbuk penaik
120 gm mentega, dicairkan
2 camca besar serbuk koko, diayak 1 camca teh esen vanila
1 camca teh esen badam
6 camca besar susu segar - krim ganache
120 gm coklat masak, dihiris - krim ganache
1 camca teh esen ros - krim ganache
240 gm gula aising, diayak - krim ganache
350 gm mentega - krim ganache
Cara:
Putar kuning telur dan putih telur bersama gula halus, tepung, Quick 75 dan
serbuk penaik hingga kembang dan pekat. Kaup dan balikkan mentega cair hingga
rata. Bahagikan adunan dua bahagian. Sebahagian aduan dimasukkan serbuk koko dan
esen vanila manakala satu lagi dibubuh esen badam.
Ratakan adunan di dalam dua tin bakar berukuran 22.5 cm x 32.5 cm yang dialas kertas timah dan dilengser dengan sedikit minyak. Bakar pada suhu 190'C hingga masak. Apabila kek masak keluarkan dari tin bakar dan sejukkan. Satu kek dipotong empat keping. Kemudian setiap keping dipotong lagi empat keping nipis. Dua kek menjadi 16 keping kesemuanya. Sapu krim ganache pada setiap keping kek dan susun dua warna kek tadi berselang-seli - mulakan dengan lapisan kek coklat.
Apabila siap dilapis simpan 30 minit di dalam peti sejuk. Potong kek yang dilapis-lapis tadi pepenjuru supaya mendapat empat keping segi tiga. Sapu krim ganache pada setiap lapis dan susun mengikut suka untuk mendapatkan 2 biji kek berlainan jalur.
Simpan sejam di dalam peti sejuk sebelum dipotong. Untuk menyediakan krim
ganache, masak susu menggunakan api sederhana hingga hampir mendidih. Angkat.
Masukkan coklat masak dan putar hingga coklat cair. Bubuh esen ros sambil
dikacau sekali-sekala. Angkat dan biar sejuk baru disimpan 30 minit di dalam
peti sejuk. Putar gula bersama mentega 10 minit atau hingga kembang. Tuang
adunan gula ke dalam adunan coklat perlahan-lahan. Kacau sebati.
Kek Aiskrim Istimewa
Bahan-Bahan:
8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai
Bahan-bahan A (untuk aiskrim):
40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat Bahan-bahan B (untuk aiskrim):
180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk
1 camca teh vanila
Putar hingga pekat
Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telur
Dipukul hingga pekat
Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar
Cara:
Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang. Masukkan badam halus
dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula
hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata.
Masukkan minyak jagung. Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40
sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.
Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang
setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya.
Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam. Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak
dingin beku enam jam.
Cara membuat aiskrim:
Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian.
Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.
Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.
Kek Berkat Pengantin
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
230 gm gula halus
210 gm tepung berserbuk penaik
20 gm serbuk krim kelapa
7 biji kuning telur
Ceri hijau untuk hiasan 5 biji putih telur
2 camca teh pes pandan
½ camca teh serbuk penaik
¼ camca teh sodium benzoate, supaya kek tahan lama
Cawan kek secukupnya
Cara:
Pukul pes pandan bersama mentega hingga rata. Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
Masukkan tepung berserbuk penaik dan serbuk krim kelapa. Pukul hingga rata
ketepikan. Pukul putih telur bersama gula, serbuk penaik dan sodium benzoate
hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega. Gaul rata. Kemudian masukkan di
dalam cawan kek. Bakar setengah jam menggunakan kepanansan 180 darjah. Apabila
masak keluarkan dan hias ceri di atasnya.
Kek Bijan Berstrawberi
Bahan-Bahan:
225 gm mentega
225 gm gula perang
3 biji kuning telur
225 gm tepung serba guna
1 ½ camca teh serbuk penaik
100 gm bijan, disangrai keperangan
100 ml susu segar 1 camca teh strawberi Emulco
3 biji putih telur
Sedikit garam
6 camca besar jem strawberi
Krim Putar dan strawberi segar untuk hiasan
Cara:
Lapik tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak dan lengserkan dengan
sedikit mentega. Putar mentega bersama gula hingga gebu. Masukkan kuning telur
sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Gaul tepung bersama serbuk
penaik hingga rata dan masukkannya ke dalam bancuhan berselang-seli dengan susu
segar, bijan dan strawberi Emulco. Kacau hingga sebati. Putar putih telur
bersama garam hingga kental. Kaup dan balikkannya ke dalam adunan hingga rata.
Bakar adunan 1-1 1/4 jam atau hingga kek masak. Biarkan kek suam baru
dikeluarkan dari tin. Panaskan jem dan sapu pada permukaan kek. Apabila kek
betul-betul sejuk baru sapu krim dan hias mengikut suka.
Kek Bakar Cempedak
Bahan-Bahan:
130 gm gula pasir
135 gm tepung gandum
4 biji telur
450 ml santan 1 sudu teh garam
½ sudu teh pewarna kuning
10 ulas cempedak
Cara:
Cempedak dibuang biji dan dikisar atau dicincang halus.Pukul telur hingga
kembang.
Campur garam dan pewarna pada santan dan aduk rata.
Campur tepung berselang seli dng santan kedalam telur tadi dan gaul sebati.
Akhir sekali campur isi cempedak ke dlm adunan .
Tuang ke dlm loyang yang telah disapu sedikit marjerin dan bakar pada suhu 180
darjah selama 1 1/2 jam atau sehingga masak dan garing sedikit di atasnya. Biar
sejuk dahulu baru boleh dipotong.
Kek Buah Coklat
Bahan-Bahan:
500 g mentega
300 g gula perang
350 g tepung gandum
2 camca besar serbuk penaik] diayak
½ camca teh rempah kek ] bersama
½ camca teh garam halus ] 1 camca besar jus oren
200 g badam cincang
4 kotak campuran buah-buahan (1500 g)
250 g coklat buku (dicairkan)
10 biji telur
Cara:
Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan dipukul sedikit.
Seterusnya diikuti dengan tepung, jus oren, badam dan buah-buahan campuran.
Gaulkan adunan sehingga rata. Tuangkan coklat cair yang telah disejukkan
terlebih dahulu dan kacau lagi hingga sebati. Lenserkan dua tin pembakar (tin
loaf) dengan marjerin cair dan tuangkan adunan kek. Bakar di dalam ketuhar
bersuhu 150C atau menggunakan gas nombor 2 selama 1 jam, kurangkan suhu kepada
135C atau menggunakan gas nombor 1 selama setengah jam lagi.
Kek Buah Mewah
Bahan-Bahan:
1 kek span vanila persegi (dipotong tiga lapisan)
Bahan hiasan:
300 gm whipping krim (dipukul kembang)
300 gm kastard segera
50 gm badam keping (dibakar dahulu)
100 gm buah campuran di dalam tin
Cara:
Sapu setiap lapisan kek dengan whipping krim dan kastard segera.
Tabur buah campuran pada setiap lapis.
Buat sehingga habis.
Sapu juga bahagian atas kek dan hias dengan buah-buahan.
Tabur badam disekeliling kek.
Kek Buah-Buahan Songsang
Bahan-Bahan:
110 gm gula perang
1 camca teh serbuk kulit kayu manis
1 biji epal, dikupas kulit, dibuang bijinya dan dihiris
2-3 keping nanas berkaleng, disejat
5-6 biji ceri merah
20 biji zaitun hijau 3-4 biji pir bermadu
50 gm tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
5 camca besar susu segar
4 biji telur, diasingkan putih dan kuning
60 gm gula halus
Cara:
Alas kertas minyak pada dasar tin berukuran 17.5 cm dan lengserkan dengan
sedikit mentega. Tabur gula perang pada dasar tin dan ratakan serbuk kulit kayu
manis pada gula perang. Atur epal, nenas, ceri, zaitun hijau, zaitun merah, dan
pir bermadu. Ketepikan. Menggunakan garpu, gaul tepung bersama serbuk penaik,
susu segar dan kuning telur. Putar putih telur bersama gula hingga separuh
kembang. Kaup dan balikkan adunan kuning telur hingga rata. Ratakan adunan pada
permukaan buah-buahan yang diatur. Bakar 25-30 minit atau hingga kuning pada
suhu 200'c.
Kek Cawan Jem Roselle
Bahan-Bahan:
250 gm campuran span koko (sponge mix)
100 ml air
4 biji gred A 50 gm mentega cair
Cawan-cawan kertas secukupnya
Sedikit krim mentega dan jem roselle
Cara:
Campurkan semua bahan kecuali mentega cair, pukul selama 10 minit. Mulakan
dengan kederasan rendah diikuti dengan kederasan tinggi. Campurkan mentega cair,
gaul dengan spatula hingga rata. Isikan dalam mangkuk-mangkuk kertas dan bakar
selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak. Apabila sejuk, paipkan krim
mentega dan jem roselle di atasnya.
Kek Buah Indera
Bahan-Bahan:
1 ketul mentega
1 cawan gula
1 cawan air
1 kotak buah-buahan campur
½ sudu teh soda bikarbonat 9 oz tepung gandum
3 biji telur ayam
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh esen vanilla
Cara:
1. Cairkan mentega di dalam periuk
2. Masukkan air dan gula
3. Masukkan 1 kotak buah-buahan campur dan soda bikarbonat
4. Masak hingga campuran menjadi agak pekat dan berwarna perang
5. Biarkan campuran tersebut menjadi sejuk
6. Apabila bahan tadi telah sejuk, ayak tepung bersama baking powder
(Jangan lupa panaskan oven )
7. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan esen vanilla
8. Sekarang ada 3 bahagian iaitu buah yang telah dimasak, tepung dan juga telur
yang telah kembang
9. Masukkan satu senduk buah yang dimasak tadi ke dalam telur, kacau
10. Kemudian masukkan pula satu senduk tepung, kedalam telur.
11. Ulang proses ini berselang seli hingga buah dan tepung habis
12. Masukkan kedalam acuan pembakar yang dilapik dengan tracing paper
13. Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit